Isnin, 27 November 2017

Usaha dan Doa mesti Bergandingan

Assalamualaikum.

Sambil-sambil kita usahakan dengan usaha fizikal dan duniawi untuk kesembuhan dan perawatan, kita juga semestinya mengiringnya dengan doa kepada Allah untuk kesembuhan dan rawatan.

Kesembuhan dan kesihatan kita datang dari Allah. Letakkanlah pengharapan sepenuhnya kepada Allah s.w.t., kerana sesungguhnya nyawa kita berada di tangan Allah s.w.t. . Dan Allah s.w.t yang empunya rahmat tanpa batas, dan menguasai segala sesuatu. Maka selayaknya, Allah s.w.t tempat kita memohon kesembuhan.

Allahua'alam.



Khamis, 23 November 2017

Kisah Ibu Sakit Badan dan Akibatnya

Shidah termenung jauh di sofa ofis. Dan kawan sepejabat, Nina memerhatikannya. Macam ada sesuatu tak kena.

Nina pun mendekati Shidah dan duduk di sebelah.

"Shidah, kenapa ni? Sedih je." Tanya Nina

Shidah senyap seketika. "Sebenarnya aku rasa sedih sikit la hari ni."

Gambar Hiasan

"Kenapa pula?"

"Aku kebelakangan ini sakit-sakit badan la Nina. Nak buat kerja rumah pun rasa macam susah sangat. Nak main dengan anak sembil berbaring pun sakit. Kadang-kadang, dah duduk di lantai nak bangun ambilkan susu anak, atau nak dukung anak, Ya Allah azabnya." Shidah berhenti seketika.

"Yang buat aku sedih ialah, aku nak bermain dengan anak-anak, nak main lari-lari pun susah. Nak buat apa-apa untuk anak pun susah. Kadang-kadang aku terpaksa biarkan anak-anak aku main sendiri-sendiri. "

"Sian ko kan. " Nina pun senyap seketika sambil-sambil menghayati kesusahan Shidah.

Tiba-tiba Nina bersuara, "Apakata Shidah cuba amal makan Ostematris Shaklee. ?" 

"Saya masa mengandung pun rasa sakit-sakit badan, kawan aku syorkan Ostematrix Shaklee untuk kurangkan kesan sakit-sakit badan. Berkesan. "

Maka Shidah pun mendapatkan Ostematrix Shaklee. Setelah sebulan pengambilan, terasa berkurangan rasa sakit-sakit badan. Bukan itu sahaja, pagi membuang air lebih lancar.



** Kisah di atas adalah kisah senario, yang penulis tuliskan untuk pemahaman bahawa sakit-sakit badan boleh menjejaskan aktiviti harian dan juga aktiviti bersama keluarga. Dan berdasarkan pengalaman penulis sendiri yang menghadapi sakit belakang yang agak lama, sehingga mengganggu masa bersama anak-anak.

Ingin mendapatkan Ostematrix Shaklee?

Senang sahaja, pilih cara 1 atau 2

1. Klik Link Ini Ostematrix Shaklee Online Shop

2.  Boleh  tinggalkan mesej  - www.wasap.my/60168749195  



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended o diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia.

Nak beli Produk Shaklee?
Nak Jadi Ahli Shaklee?
Nak buat side-income dengan Shaklee?

Whatsapp ke 016-874 9195




Rabu, 22 November 2017

Set Shaklee untuk Setiap Peringkat Hidup Wanita

Assalamualaikum.

Bagaimana anda mengenali produk-produk Shaklee? Selalu yang saya dengar dari kawan-kawan sepejabat, mereka membeli produk Shaklee semasa mereka perlukan makanan tambahan untuk tambahkan susu.

Tapi, tahukah kakak-kakak, adik-adik sekalian, yang sebenarnya produk Shaklee bukan sahaja untuk waktu menyusu sahaja, malah lebih dari itu.

Saya tak nafikan saya sendiri mengambil produk Shaklee sewaktu saya menyusu anak sulung saya. Pada mulanya saya skeptikal, walaupun dah membeli produk Shaklee, tapi tak makan lagi. Tapi dengan izin Allah, status seorang kawan pejabat telah membuka mata saya, yang produk Shaklee ini memang berkesan.

Kita berbalik kepada kaum hawa dan produk Shaklee ini. Sebenarnya kita memerlukan makanan tambahan untuk mengisi 'lompong' nutrien dalam badan kita. Apabila kita makan, tidak semua makanan membekalkan nutrien yang cukup besar untuk tubuh kita. Cuba buat catatan pemakanan kita seharian. Kita akan perasan yang makanan kita tidak memenuhi RDA (Keperluan Nutrien Harian @ Recommended Dietary Allowance).

Wanita adalah golongan yang melalui bermacam-macam fasa dalam sepanjang hidupnya - dari remaja, dewasa, berkahwin, mengandung, bersalin, menyusu anak, dan akhir sekali menopaus.

Tahu tak fasa yang paling menjadi perhatian wanita? Iaitu fasa hendak mengandung, hamil, dan menyusu. Sebab fasa ini tubuh badan wanita mengalami pelbagai perubahan fizikal. Dan ini adalah paling kritikal dalam hidup wanita.

Jadi, kita sebagai wanita patut membekalkan dan menyiapkan tubuh badan kita dengan nutrien yang cukup untuk kita 'membawa' zuriat kita yang suci.

Saya ingin cadangkan set  Shaklee yang sesuai untuk 3 peringkat penting hidup wanita ini : Usaha untuk mengandung, fasa hamil dan fasa menyusu anak.


Set Pre-Natal
Set Pre-Natal ini sangat sesuai untuk wanita dalam pelbagai fasa hidupnya.

Sebagai wanita, pemakanan kita banyak mempengaruhi kesihatan badan kita. Maka kita perlu menjaga pemakanan kita, agar tubuh kita lebih kuat dan sihat untuk 'membawa' bayi dan juga kuat untuk menjaga bayi selepas lahir.

Untuk membeli Set ini, kakak-kakak dan adik-adik boleh terus klik link di bawah untuk pembelian terus.

Order Online : Set PreNatal

p/s : Hendak dapatkan penjimatan dalam pembelian Set Prenatal ini, sisters sekalian boleh wasap saya untuk maklumat lanjut   www.wasap.my/60168749195

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended o diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia.

Nak beli Produk Shaklee?
Nak Jadi Ahli Shaklee?
Nak buat side-income dengan Shaklee?

Whatsapp ke 016-874 9195






Jumaat, 17 November 2017

GLA Comple Shaklee dan Wanita

Assalamualaikum.

Hari ini, kita mulakan dengan perkongsian kebaikan salah satu produk di dalam Shaklee.

Saya memilih untuk kongsikan produk GLA Complex. Kenapa saya pilih GLA Complex? Pertama sebab saya wanita dan saya peka dengan produk yang memberikan kebaikan yang banyak kepada wanita. Kedua, promosi istimewa untuk GLA Complex bulan ini. Ketiga, ingin tingkatkan kesedaran tentang keentingan GLA ini untuk semua.

Sebenarnya GLA ini bukan hanya untuk golongan wanita sahaja malah lelaki juga boleh mengambil GLA. Tetapi kerana GLA Complec lebih kepada memberi kesan baik kepada wanita yang mengalami masalah sewaktu kedatangan haid, maka produk ini lebih condong kepada golongan wanita.

GLA dalam bahasa saintifiknya ialah GAMMA LINOLENIC ACID.  Ini adalah sejenis asid lemak juga, dan tidak boleh dihasilkan secara semulajadi oleh badan kita.

Apa Kebaikan GLA?

A. Kulit yang Cantik dan Sihat - 
Kulit yang cantik dan sihat adalah kulit yang cukup kelembapan dan GLA membantu melembapkan kulit. GLA mengekalkan kelembapan kulit dengan mengurangkan kehilangan air melalui permukaan kulit.

GLA juga melegakan kulit yang keradangan, kerana GLA bersifat anti-keradangan. Kulit yang sihat didapati memmpunyai kandungan GLA yang mencukupi.



Image result for which one is the skin barrier


B. Melegakan PMS
Sewaktu kitaran haid, hormon wanita yang turun dan naik memberikan kesan kepada emosi dan juga kesihatan fizikal wanita. GLA didapati boleh membantu mengurangkan kesakitan di kawasan pinggan dan ketidakselesaan, sakit kepala dan sakit payudara. Selain itu, mengurang kecelaruan emosi semasa pra- haid.

Selain itu boleh mengurangkan masalah senggugut.

C. Melegakan Simtom-simtom menopaus.
GLA didapati membantu melegakan simtom-simtom menopaus seperti  badan rasa panas, masalah nak tidur, perubahan emosi dan kulit menjadi kering bagi wanita-wanita yang lewat usianya.


Image result for gla complex shaklee

Ingin mendapatkan GLA Complex ini?

Boleh tinggalkan mesej di --- >  www.wasap.my/60168749195



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended o diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia.

Nak beli Produk Shaklee?
Nak Jadi Ahli Shaklee?
Nak buat side-income dengan Shaklee?

Whatsapp ke 016-874 9195

Selasa, 31 Oktober 2017

Segi Empat, Persepsi dan Kepercayaan

Assalamualaikum.

Saya ingin kongsikan sesuatu  yang saya dapat dari Program Team Building. Saya telah menghadiri satu program TeamBuilding yang dianjurkan oleh Mdec pada 27 Oktober 2017 sehingga 29 Oktober 2017.

OK, bukan saya nak kongsikan tentang pengalaman Team Building, tetapi saya ingin kongsikan tentang inspirasi dan aspirasi yang saya dapat dalam satu daripada permainan tersebut.

Macam mana main permainan itu? Fasilitator  berikan arahan bagaimana permaian itu dijalankan.
Arahan nya ialah:
1. Letakkan kedua kaki di dalam 'segi empat'
2. Apabila arahan 'TUKAR'diberikan, bergerak ke segi empat yang lain.
3. Permainan tidak akan diteruskan sehingga kedua-dua kaki di dalam segi empat.

* Permainan ini kena dijalankan di dalam kumpulan besar.
* Segi empat yang diberikan oleh fasilitator adalah helaian surat khabar.

Semasa permainan berjalan, pada awal permainan peserta bermain dengan santai, sebab tiada kiraan masa. Sehingga suatu tempoh di dalam permainan, helaian surat khabar dihilang atau diambil. Maka 'segi empat' yang diberikan semakin berkurang.

Rabu, 25 Oktober 2017

Protein dan anda. Tahukah anda fakta-fakta tentang Protein?

Assalamualaikum.

Tahukah anda, tubuh badan kita (manusia) asasnya adalah protein?
Umpamakan protein adalah blok binaan tubuh badan. Kalau kita bina rumah batu, yang membentuk struktur rumah dan dinding adalah batu-bata - Lebih kurang begitulah protein kepada tubuh kita.



Sebenarnya kita hari-hari makan protein, tetapi adakah kita tahu protein yang kita ambil itu berkualiti dalam membentuk sel-sel tubuh kita?

Saya hendak kongsikan beberapa fakta yang saya belajar dari Shaklee:

1. Fakta tentang protein dan tumbesaran:
Protein adalah nutrien penting sewaktu di alam kanak-kanak, remaja dan kehamilan. Protein membantu membina sel-sel, menyokong sistem imun dan membantu mengoptimalkan fungsi-fungsi di dalam tubuh,  termasuk menghasilkan rambut yang bersinar, kulit lebih licin dan kuku lebih kuat.

Protein dan komponen-komponennya - asid amino juga berfungsi sebagai hormon, enzim dan sebagai pengangkutan kepada nutrien-nutrien lain.


2. Fakta tentang Protein dan tenaga lebih tahan lama
Minuman tenaga dan kopi cuma membekalkan tenaga sementara. Namun demikain, dengan mengambil protein yang mencukupi boleh membantu mengekalkan tenaga tubuh anda kerana untuk menguraikan protein mengambil masa yang lebih panjang, ini membekalkan tenaga yang lebih tahan lama supaya anda boleh menjalani hari  dengan  penuh semangat dan kecergasan.

Image result for man working energetic

3. Fakta tentang Protein dan Pengurusan Berat Badan
Diet yang memasukkan protein yang tinggi boleh membantu kurangkan berat badan kerana rasa kenyang yang lebih lama. Kajian menunjukkan mencapai berat badan yang sihat (ideal) boleh memanjangkan usia.

4. Fakta tentang Protein dan Kesihatan Jantung
Kajian prospektif selama 20 tahun mendapati golongan yang mengamalkan diet rendah karbohidrat dan lebihkan lemak berasaskan tumbuhan atau protein mempunyai 30% kurang risiko mendapat penyakit jantung. Dengan itu, dengan memasukkan protein berasaskan tumbuhan ke dalam diet harian boleh mengurangkan masalah kardiovaskular serta membantu mengekalkan dan memperbaiki fungsi jantung.

5. Fakta tentang Protein dan Kesihatan Tulang
Protein juga memainkan peranan dalam menjaga kesihatan tulang. Banyak penemuan menyatakan pemakanan yang kaya dengan protein dikaitkan dengan merendahka risiko kerapuhan tulang. Dalam percubaan baru-baru ini, peningkatan pengambilan protein bersama-sama dengan kalsium dan vitamin D dalam diet harian boleh mengurangkan kerapuhan tulang dan meningkatkna kekuatan otot.

6. Fakta tentang Protein dan Kesihatan Otot
Kehilangan jisim otot berlaku selaras dengan penuaan dan ini boleh berlaku tanpa disedari kerana disertai dengan peningkatan lemak badan. Apabila menjelang usia emas dalam umur 60an dan lebih berlaku kehilangan jisim otot yang ketara. Untuk mengurangkan melambatkan isu ini, adalah disarankan mengambil diet kaya protein.

Rabu, 18 Oktober 2017

Promosi 3 Hari - Ostematrix

Assalamualaikum.

Bersiaran di waktu malam. Menahan mata kerana hendak menyahut cabaran 10 entri.

Alhamdulillah, hati masih teguh dengan produk Shaklee. 

Hari ini nak cerita tentang promosi Shaklee untuk 3 hari bermula 18/10/2017 sehingga 20/10/2017.


Promosi Ostematrix  selama 3 hari adalah pembelian 3 dengan diskaun sebanyak 5%. Menarik dan menjimatkan. Ini adalah bersempena hari osteoperosis. Berapa ramai yang peka dengan isu osteoperosis? Saya rasa dah ramai yang dah peka dengan isu ini. Tahu tak kenapa? Sebab sekarang banyak iklan berkaitan produk yang menghalang osteoperosis di dalam TV.

Saya sendiri, pun tahu tentang osteoperosis melalui TV. Kita lupakan sekejap TV ya.

Berbalik kepada Ostematrix ini, golongan wanita adalah kumpulan yang sangat memerlukan Ostematrix ya.



Mari saya ceritakan kenapa. Wanita ini bermula remaja, mengalami haid. Ikut sensei Cina dulu-dulu, haid ini mempengaruhi tulang ( saya sendiri tak sahih pasal ini ya, just nak add in je). Kemudian, selepas kahwin, wanita hamil. Dan kalsium amat-amat diperlukan oleh si ibu, kerana pembentukan bayi di dalam perut akan mengambil kalsium dari si ibu. 

Kemudian, selepas bersalin, ibu perlukan kalsium untuk penyusuan badan, untuk penyembuhan badan juga (sebab mak saya yang kata). Kemudian dah ada anak, kena dukung anak. Anak makin hari makin besar pun, ibu akan tetap mendukungnya. Jadi tulang kena lah kuat.

Tahu tak apa yang paling menyakitkan? Apabila sakit belakang, ibu hendak bermain dengan anak susah, nak menjalankan tanggungjawab ibu pun terasa amat payah. :( Sedih rasa.

Ostematrix ini bagus juga untuk wanita yang dah meningkat ke tahap warga emas. Senang diserap oleh perut.

Usah lepaskan peluang untuk mendapatkan kalsium (Ostematrix) yang ohsem ini.

Ingin membeli Ostematrix Beli 3 Diskaun 5%  anda boleh :

(1) Klik link ini untuk pembelian online langsung : Ostematrix Buy 3 Discount 5%
(2) Wasap sahaja ke no 0168749195 



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended o diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia.

Nak beli Produk Shaklee? 
Nak Jadi Ahli Shaklee?
Nak buat side-income dengan Shaklee?

Whatsapp ke 016-874 9195


Sabtu, 7 Oktober 2017

Mesej Kecil - Mari Menjana Pendapatan

Assalamualaikum.

Dah lama saya berblogging, saya macam terlupa sesuatu. Terlupa nak beritahu yang saya pengedar Shaklee di kawasan Bandar Baru Bangi, Putrajaya dan Cyberjaya. Maksudnya saya boleh c.o.d di area Bandar Baru Bangi, Putrajaya dan Cyberjaya.

Sekiranya, anda ada keperluan akan produk Shaklee, boleh whatsapps saya di 016 874 9195. 
Bukan itu sahaja, Shaklee menawarkan peluang untuk menambah pendapatan dengan menjadi pengedar sah Shaklee.



Untuk para wanita, ini adalah peluang keemasan untuk anda. Tak kira, anda wanita bekerja, suri rumah, tengah mencari kerja, yang sedang belajar di universiti, ini adalah pilihan untuk anda menjana pendapatan.

Sekiranya, anda berminat, boleh tinggalkan mesej di Whatsapp 016 874 9195 atau emel lenny.boniface@gmail.com.




Jumaat, 6 Oktober 2017

Menulis dengan Usaha

Assalamualaikum.

Bersiaran di waktu pagi. Hari ini kita bercakap tentang penulisan.

Bagaimana nak menulis? Susah juga nak jawab soalan ini.

Daripada beberapa bacaan saya, hendak menulis tak senang. Tetapi untuk menjadi seorang penulis yang senang nak menulis bila-bila masa sahaja, serta boleh menulis apa sahaja, seseorang itu perlu bermula dengan menulis setiap hari. Tak kira la apa sekalipun yang ditulisnya. Janji tulis/karang.

Menulis ini satu bakat, tapi bagi yang rasa dia tidak berbakat tidak bermakna anda tidak boleh menulis. Anda boleh. Cuma anda perlu berlatih hari-hari. Tuliskan sahaja apa sahaja yang terlintas di dalam otak. Tapi tulis la yang baik-baik sahaja. Kerana hidup kita mengajak kepada kebaikan.

Saya sendiri pun sedang usaha untuk menulis dan mengarang. Saya ingin menghasilkan karya berasaskan cerita seram dan misteri. Belum ada ilham lagi.

Itu sahaja sedikit perkongsian pagi. Sambil belajar mengarang.

Isnin, 2 Oktober 2017

Bulan Oktobe Bulan Hebat

Assalamualaikum.

Hari Isnin, hari yang positif dan ceria. Semua berdasarkan perspektif diri. Sudah bermula bulan Oktober. Bagi kami yang berkecimpung dalam Shaklee, Oktober memberikan kelainan dari bulan lain. Ada OFFER.

OFFER apa ya?
ESP - Energizing Soy Protein.
Sesiapa yang pernah minum protein soya ini, (kebiasaannya ibu-ibu menyusu) akan mencintai ESP ini.

Ibu-ibu, kalau menyusu badan, cepat lapar dan letih. ESP ini membantu ibu-ibu menahan kelaparan yang keterlaluan akibat menyusu badan, selain itu, badan lebih bertenaga.

Saya sendiri merasainya. Kisah ini pernah diceritakan dahulu. Takpelah saya ulang dalam versi pendek. Saya pernah membeli set menyusu Shaklee. Dan set ini datang dengan ESP. Tapi saya tak minum ESP. Saya makan sahaja vitamin-vitamin lain. Sehinggalah suatu hari saya terbaca status ofismate yang minum ESP semasa berpuasa dan pada masa yang sama menyusu badan. Status FB beliau lebih kurang bermaksud begini : Minum ESP berpuasa tak lapar sangat dan tak letih walaupun menyusu. (lebih kurang gitu lah bunyi nya.) . Apa lagi, saya terus capai ESP saya yang tak buka-buka lagi dan cuba.

Ya. Memang terbukti tak cepat lapar, dan tak letih walaupun menyusu di bulan puasa. Sejak itu, saya jatuh hati dengan Shaklee. Dan terus ingin menjadi ahlinya.

Alhamdulillah, saya masih setia dengan Shaklee, kerana saya yakin dengan produknya.

Jadi, bulan Oktober ini ada promo beli 4 ESP dan dapat diskaun 5%.

ESP bukan sahaja untuk ibu-ibu menyusu sahaja, ia sesuai untuk semua golongan.



Untuk pembelian boleh online boleh klik sini ->   ESP BUY 4 Get 5%

Sabtu, 23 September 2017

Kejayaan Kecil Diri ini

Assalamualaikum.

Saya ingin mula balik keinginan saya untuk menulis dan membaca. Kehidupan ini, memang sangat mengganggu keinginan kita.

Saya dulu suka membaca. Tak tau la sebab genetik atau dari kecil suka membaca. Masa bujang dahulu pun masih juga suka membaca. Selepas berkahwin, memang susah hendak meluangkan waktu dengan buku, terutama bila ada anak-anak yang perlukan jagaan dan perhatian.

Tapi, usah jadikan itu alasan. Membaca itu bagi saya secara peribadi adalah sangat 'liberating'. Hari ini saya berjaya membaca buku sebanyak 5 ke 6 mukasurat. Bagaikan satu kejayaan kecil bagi diri ini. Saya harus menambahkan usaha lagi untuk membaca dan kurangkan 'browsing' dalam smartphone seharian. Tapi saya tak nafikan, saya sangat suka menonton filem / movie. Serius saya katakan saya boleh habiskan masa banyak dengan menonton movie dan drama kegemaran.

Saya harus membahagikan masa yang bersesuaian untuk dua-dua hobi saya ini, membaca dan menonton wayang. Ya la, movie duration dia 1 jam ke 2 jam. Membaca buku, paling lama pun boleh 30 minit, sebab nanti anak nak mama dia.

Bangga pula rasa hari ini dapat membaca buku. In shaa Allah akan saya kongsikan intipati buku yang saya baca. Saya tak baca novel. Saya lebih kepada buku motivasi dan bantu diri.

Jumaat, 15 September 2017

Special nya Radiant 4


Assalamualaikum.
Kulit yang sihat, cantik dan berseri-seri adalah impian ramai wanita, bahkan ada juga kaum lelaki yang juga mengimpikannya. Tahu tak pengambilan supplemen boleh membantu anda untuk mendapat kulit yang berseri-seri. Kerana dalaman yang sihat boleh membantu mencantikkan kulit.
  
 
 
 
Bulan September ini, Shaklee melancarkan Set Radiant 4. Set ini, mengandungi nutrient yang disasarkan untuk membantu meremajakan kulit, selain itu membantu anda melawan oksidan di sekeliling kita.
 
Dalam Set ini terdapat :
1. ESP
2. Collagen Powder
3. Vitamin C
4. GLA Complex
 
Empat-empat produk ini boleh membantu kulit anda dalam:
1. Membina
2. Menegangkan
3. Melindungi
4. Melembapkan
 
 
Tahukah anda :
1. Jika mengambil protein yang mencukupi boleh membantu mencantikkan kulit?
2. Semakin usia meningkat, kolagen dalam tubuh makin berkurang, sebab itu kulit kita kendur dan sendi-sendi mula sakit
3. Hormon yang bercelaru menyebabkan pelbagai masalah seperti jerawat, jeragat kulit kering dan lain-lain.
4. Oksidan dan radikal bebas merosakkan kulit kita dan juga kesihatan kita
 
Disebabkan fakta-fakta di atas, maka Shaklee merumuskan set ini sesuai untuk membaiki kesihatan dan kulit.
 
 
 


Anda berminat mendapatkan Radiant 4 ini? Boleh klik link di bawah untuk pembelian secara online.



Jika anda ingin mendapatkan dari saya, boleh wasap ke  0168749195.
Nasihat pengambilan diberikan percuma kepada pelanggan yang telah membeli sahaja.
 
 
 


Khamis, 14 September 2017

September Specials

Assalamualaikum.

Lambat pula saya buat posting pasal September Specials ini. Lebih baik lambat daripada tidak post langsung kan.

Untuk anda yang bukan ahli Shaklee, saya mengalu-ngalukan anda untuk menjadi ahli supaya dapat bersama-sama menikmati September Specials ini.

Pada 16  September 2017 ini, anda (ahli Shaklee) mendapat peluang cabutan bertuah. Syarat-syarat nya tertera di dalam poster di bawah.



Untuk cabutan bertuah ini, pembelian secara online atau walk-in semuanya layak dengan pembelian sebanyak 200 UV dalam satu resit.

Bukan itu sahaja, sekiranya anda walk-in ke HQ Shaklee dan cawangan, terdapat acara seperti pemeriksaan kesihatan, talks (cawangan tertentu sahaja) dan ada juga acara untuk anak-anak.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Shaklee ya.


Specials kedua di Shaklee pada bulan ini ialah Radiant 4 set (sila rujuk poster di bawah).

Kepada anda lelaki atau wanita yang ingin mendapatkan kulit yang berseri-seri dan sihat, boleh lah dapatkan set di bawah dengan wasap ke no saya 016 874 9195 Atau pun anda boleh klik link di bawah untuk pembelian secara online.


Maklumat tambahan, bagi anda yang membeli set dan juga mendaftar pada masa yang sama, anda layak untuk mendapat e-vouceher dari Shaklee. (E-voucher hanya untuk ahli yang berdaftar sahaja)




Sekiranya berminat untuk mendapatkan makumat tambahan berkaitan apa-apa tentang Shaklee sama ada produk atau business plan Shaklee boleh lah hubung saya di 

Wasap  016 874 9195

Jumaat, 8 September 2017

Pengalaman Pertama Anak Sulung Jumpa Dentist

Assalamualaikum.

Saya nak share momen kali pertama anak sulung saya pergi ke dentist. Ye la, susah tau nak bagi Iman cuba benda yang baru dan asing ni.

Hari sabtu lepas, 19.08.2017, saya dah rancang untuk membawa Iman ke mana-mana dentist untuk tampal giginya yang dah berlubang. Lubang besar pula tu.

Panjang kisah nya, tapi saya pendekkan sehingga saya sampai ke Klinik Pergigian Putra Kajang. Tak jauh dari rumah kami.

Sampai ke Klinik pun sebab guna Google, Google Map, dan Waze. Heheheh.. punya lah nak juga cari klinik pergigian kan. Ini pun kira cubaan pencarian kali ke 4 baru jumpa Klinik ini. Alhamdulillah.
Allah memang nak bawa kami ke sana.


Sampai-sampai klinik ini, saya terus tanya " Boleh walk-in ke?" Alhamdulillah, boleh.

Secara peribadi saya suka suasana klinik ini.  Iman ada sudut  nak main sementara menunggu.  Juga disediakan buku-buku yang berkaitan. Cuma sayang  ada buku telah dirosakkan.  Tengok gambar pun dah best. Environment dia tenang, kemas dan bersih.


 
 

 

 
 

 
Ini adalah gambar Kali Pertama Iman berjumpa doktor. Dan doktor sangat friendly, dan berjaya memujuk anak manja saya untuk buka mulut dan buat tampalan. Sangat hebat lah.
 
Sekiranya, ada anak-anak yang jenis takut benda baru macam Iman ni, boleh lah bawa ke klinik ini untuk tujuan pengenalan kepada rawatan gigi.
 
Iman kena pergi lagi untuk rawatan tampalan gigi yang lain.
 


Untuk maklumat lanjut, boleh pergi terus ke alamat tertera di bawah atau lawat ke media social Klinik Pergigian Putra Kajang.

KLINIK PERGIGIAN PUTRA KAJANG
NO 32-G, JALAN PUTRA 2
TAMAN PUTRA KAJANG
43000 KAJANG SELANGOR.

No Tel:   03 8740 7992/  014 6215782
Email: klinikpergigianputrakajang@gmail.com 
fb: Klinik Pergigian Putra Kajang
Blog: klinikgigiputrakajang.blogspot.com


Rabu, 23 Ogos 2017

Hendak Maintain Tenaga Yang Stabil?

Assalamualaikum.

Pernah kah anda mengalami kelaparan yang amat sangat pada waktu tertentu? Misalnya sebelum tengah hari, ( waktu-waktu dekat-dekat nak haid atau semasa haid). Saya kebiasaan akan mengalaminya waktu-waktu sebegitu, terutama dekat-dekat tengah hari.

Ataupun anda jenis yang selalu terasa lapar sepanjang masa?

Saya pernah belajar pasal makanan ini. Pasal Glisemik Indeks atau GI.

Saya terangkan sedikit mengenai GI ini. Makanan ini ada ideks glisemik. Mengikut penerangan dari website www.glysemicindex.com -

The Glycemic Index (GI) is a relative ranking of carbohydrate in foods according to how they affect blood glucose levels. Carbohydrates with a low GIvalue (55 or less) are more slowly digested, absorbed and metabolised and cause a lower and slower rise in blood glucose and, therefore insulin levels.

Maksudnya, GI ini adalah penetapan tahap karbohidrat dalam makanan dan bagaimana ia mempengaruhi tahap gula dalam darah.   Karrbohidrat yang mengandungi indeks GI yang rendah ( 55 atau ke bawah ) adalah dihadam, diserap dan termetabolisma dengan kadar lebih perlahan, dan ini menyebabkan peningkatan gula dalam darah dalam kadar yang lebih perlahan dan juga tahap insulin.

Dalam terma orang biasa makanan yang GI dia rendah, badan akan serap secara perlahan dan stabil. Tapi untuk tahap GI yang tinggi ia akan cepat diserap dan cepat dihadam, maka anda akan cepat lapar balik, kerana makanan telah dihadamkan dengan cepat.

Untuk individu yang mempunyai penyakit kencing manis adalah lebih baik mengamalkan makanan dengan GI rendah, supaya hormon insulin dalam badan lebih stabil.

Shaklee ada satu produk yang saya sendiri ambil yang mempunyai GI rendah iaitu - ESP (Energizing Soy Protein).



Testimoni saya sendiri, kalau puasa ambil ESP, memang mengekalkan tenaga sepanjang hari. Satu lagi kalau diamalkan, kulit jadi lebih gebu.

Kalau anda orang yang jenis nak tak kena lapar yang melampau pada waktu tertentu dalam satu, saya cadangkan ambil produk ini untuk maintain tenaga dan tahan lapar.


Isnin, 31 Julai 2017

Berdakwah itu apa?

Assalamualaikum.

Dah lama tak meluahkan isi kandungan otak dan hati di blog kesayanganku ini. Apa khabar?

Hari ini saya nak kongsi rasa dan pendapat. Apa pendapat anda tentang dakwah? Coretan ini adalah berdasarkan pendapat saya ya. Tiada sumber.

OK. Pada pendapat peribadi saya, dakwah adalah ilmu yang kita ada kita sampaikan. Contoh, cikgu saya, dia ada ilmu sejarah, dia sampaikan kepada saya setiap hari. Itu adalah dakwah.

Bagi saya dakwah itu penting, tanpa dakwah, saya tidak akan bertemu cahaya Islam. Dakwah itu penting untuk manusia mendapat pendedahan dan ilmu.

Orang biasa macam saya ini boleh berdakwah ke? Saya tidak tahu. Tapi apa salahnya jika ilmu yang diukur dengan sudu kecil, saya kongsikan dengan orang kan. Kongsikan, bukan paksakan.


Rabu, 21 Jun 2017

Kemas dan Bersih

Assalamualaikum.

Kemas dan bersih serta simple adalah amat penting. Bagi saya, saya bukan seorang yang 'organized'. Tapi hari ini, saya amat memerlukannya - Organized and declutter.

Saya jenis orang yang paling susah nak mengemas dan 'membuang' barang. Semua benda nak simpan. Itu personaliti saya. Hari ini saya hendak berubah kepada personaliti seorang yang selalu kemas bersih dan simple.

Banyak faktor yang membuatkan kita berubah. Nanti saya akan tuliskan satu per satu.

Rabu, 7 Jun 2017

Bloglovin

<a href="https://www.bloglovin.com/blog/18932185/?claim=6573m9zmqqn">Follow my blog with Bloglovin</a>

Sabtu, 3 Jun 2017

Nutriferon Shaklee - Pengenalan

Assalamualaikum.

Hari ini saya ingin memperkenalkan produk Shaklee - Nutriferon. Produk ini saya sendiri pernah makan dan akan makan sekiranya badan kurang sihat.

Apa fungsi Nutriferon ini? Nutriferon ini diformulasikan untuk membantu meningkatkan sistem imun tubuh badan

Secara persendirian, Nutriferon ini sangat bagus dan berkesan.Jika anda rasa anda atau ahli keluarga anda jenis yang senang mendapat sakit seperti flu, batuk dan demam, cuba amalkan pengambilan Nutriferon untuk tingatkan sistem imun tubuh.

Apa beza Nutriferon dengan ubat-ubat dan supplemen lain? Sebab ia memang dicipta khusus untuk sistem imun, selain itu ia semulajadi dan organik. Produk yang semulajadi sepatutnya menjadi pilihan ibu-ibu dan bapa-bapa. Selain itu ia mudah hadam.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended o diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia.

Nak beli Produk Shaklee? 
Nak Jadi Ahli Shaklee?
Nak buat side-income dengan Shaklee?

Whatsapp ke 016-874 9195




Rabu, 31 Mei 2017

Ah huat Coco Review

Assalamualaikum.

Bulan lepas saya menerima satu sampel minuman koko dari Ah Fatt. Dihantar melalui pos. Dalam sampel itu ada 2 paket. Maka saya pun cuba.


 


Add caption

Ikut panduan yang tertera di paket, ada dua cara boleh menikmati Coco Ah Huat ini iaitu sejuk atau panas.


 


Saya suka minuman panas, jadi saya bancuh dengan air panas. Apa rasanya? Sedap lemak berkrim.



 



 

Jika berminat mencuba Ah Huat Koko boleh lah dapatkannya di kedai bedekatan.

Log Ramadhan 5

Assalamualaikum.

Bukan senang nak keep up dengan catatan sendiri. Maksud akak, bila kita kata nak catat setiap hari, ada saja yang membawa kita ke kerja lain. Boleh juga disebut halangan. Tapi bagi saya la kan tu bukan halangan tapi distraction. 

Banyak yang saya nak buat tapi tak terbuat kerana kuasa fokus saya sangat lemah. Kena latih tubi nampaknya.

****rehat*****

Sekarang ini malam. Ingin menambahkan entri di blog.  Sebentar tadi melawat blog zenhabit. Saya suka gaya penulisannya. Dan penulisannya berpengaruh.

Untuk menjadi penulis yang efektif bukan ambil masa sehari dua. Tapi bertahun-tahun dengan latihan setiap hari. Semoga saya boleh mencapai gaya penulisan efektif.


Isnin, 29 Mei 2017

Log Ramadhan Hari ke - 3

Assalamualaikum.

Alhamdulillah Ramadhan ke 3. Hari ini bersahur macam biasa. Cuma semalam tak sempat buat bubur nasi Aina untuk bekalnya hari ini.

Hari, saya berada di Hospital Serdang untuk followup kardio.

Tak ada apa yang menarik lagi, masih menunggu. Semoga saya bertabah. 

*****rehat****

Sabtu, 27 Mei 2017

Log Ramadhan 2017 yang Pertama

Assalamualaikum.

Kali ini saya buat lagi catatan berkaitan Ramadhan yang saya lalui tahun ini. Nak sangat rekodkan untuk tatapan diri sendiri di masa hadapan.

Harin ini Ramadhan Pertama. Bangun sahur. Tapi otak belum adjust untuk suasana berpuasa. Sipi-sipi lagi tadi nak capai makanan.

Saya doakan Ramadhan tahun ini, saya boleh baca Al-Quran a.k.a paksa diri baca Al- Quran biar 1 ayat pendek. Amin Amin Amin. Makbulkanlah doa saya.

Semalam saya dan geng pejabat ada majlis Tahlil dan baca Yasin. Tiba-tiba saya diberikan ilham oleh Allah yang Maha Berkuasa, - Persoalan dan permasalahan yang saya hadapi sekarang ialah berkaitan DOA.

Iman saya nipis, ilmu cetek. Semalam saya mendapat ilham dari Allah berkaitan Doa. Doa adalah hubungan kita dengan Allah. Selama ini saya anggap doa ini macam permintaan kita. Tapi semalam saya mendapat ilham - bahawasanya doa adalah hubungan kita dengan Allah. Doa menunjukkan kebergantungan manusia kepada Allah, dan menunjukkan bahawa kita percaya Allah lah Kuasa paling tinggi yang akan menolong hambaNya.  ( Coretan ini pemikiran saya, maafkan jika mengangggu anda). Dan saya ingin rekodkan di sini untuk peringatan kepada saya, kenapa saya berdoa, dan kenapa perlunya saya berdoa.

Berbalik kisah berpuasa hari ini, tahap kesabaran masih di tahap paling rendah. Sebab asyik marah-marah anak. Kena latih tubi lagi ini.

****rehat*****

Berbuka puasa tadi dengan Spageti. Alhamdulillah, ala kadar. Tidak berlebih-lebihan. Secara peribadi bagi saya la kan, boleh berbuka dengan sedikit makanan dah cukup nikmat. Teringat zaman bujang dahulu, saya hanya berbuka dengan apa yang ada di dapur sahaja. Tidak ada juadah bazar ramadhan dan sebagainya. Kerana saya pun jenis malas nak cari makanan masa puasa ini. Apa yang ada itulah dia. Masak pun kadang-kadang malas. Hehehe.

Saya doa suatu hari nanti, memasak bukan sesuatu beban kepada saya. Tetapi sebagai pilihan saya nak masak atau tidak dan tiada paksaan dan bebanan di situ. Amin.

Hari ini sempat baca 2 ayat akhir Surah Baqarah. Alhamdulillah. Ada juga membaca al Quran. Semoga konsisten.

Saya hendak meletakkan target untuk dicapai sepanjang masa.

1. Hidup minimalis.
2. Menjadi pengedar Shaklee yang Efektif dan Berjaya
3. Menjadi penulis yang Efektif.



Jumaat, 26 Mei 2017

Doaku Untukmu

Assalamualaikum.

Hari ini 26 Mei 2017 - Jumaat, hari terakhir sebelum bermula Ramadhan.

Dengan ini, saya ingin mendoakan dan mengucapkan Selamat Berpuasa di Bulan Ramadhan kepada semua. Semoga semua diberi pengampunan dosa dan keberkatan pahala.

Amin.

Isnin, 15 Mei 2017

Perasaan hari ini

Assalamualaikum.

Hari ini nak catatkan perasaan saya. Pernah tak saya katakan dulu, bahawa saya tak pernah bayangkan saya akan berkeluarga. 

Entah. Tiada siapa yang boleh meramalkan takdir Allah dan menghalangnya. 

Hari ini saya mempunyai suami dan 2 anak. Siapa pernah sangka kan. Kenapa saya nak catatkan ini? 

Entah sebagai bukti bahawasanya kita takkan agak apa akan jadi masa depan. 

Dulu saya sangat 'lone ranger' ke mana sahaja seorang, janji mak tak halang. Sekarang ke mana sahaja ada 3 orang ikut. Kecuali kalau kerja ataupun saya kena pergi tanpa keluarga.

Entri hari ini tanpa dirancang. Cuma nak catat sebagai rakaman kehidupan saya. 

Pesanan saya, walau apapun situasi hidup kita, sentiasa bersyukur. Sebab itu semuaa kurniaan dari Allah.

Selasa, 9 Mei 2017

saja fikir

Selama mana kita laburkan usaha, selama tu kita akan dapat hasil walaupun sikit

Jumaat, 5 Mei 2017

Petua Atasi Hidung Sumbat di Kalangan Bayi dan Kanak-kanak (tanpa ubat)

Assalamualaikum.

Bersiaran lewat malam ni. Baru balik dari meronda-ronda di bandar Putrajaya dan Bangi.

Saja nak buat sharing dan juga sebagai nota sendiri di masa hadapan (or maybe nota untuk anak di masa akan datang bila ada anak sendiri. Mana tau kan).

Kisahnya Aina dan Iman selsema kebelakangan ini. Dan malam-malam kadang-kadang hidung mereka sumbat akibat selsema. Tadi baru teringat dulu suami ada amalkan satu petua ni, guna bawang merah dan bawang putih.

Image result for stuffy nose child


Ada sekali tu, suami hidung sumbat akibat selsema, jadi pak mertua bagi la satu petua dia dapat dari internet, iaitu dengan meletakkan bawang merah dan bawang putih dipotong-potong di dalam bilik masa tidur. Berkesan juga. Suami pun kata hidung clear, hilang sumbatnya.

Jadi malam ini, saya pun minta tolong suami buatkan bawang potong letak di dalam bilik. Semoga membantu si kecil kami tidur lebih lena. Kemudian, masa suami potong-potong bawang tadi, tiba-tiba tanya pasal kunyit hidup. Baru teringat, ada orang bagi petua sapu kunyit hidup di pangkal hidung bayi untuk kurangkan hingus. Berkesan juga untuk anak-anak kami.

Satu lagu petua untuk elak anak hidung sumbat, pakaikan stokin masa tidur.

Semoga membantu ya.

Jumaat, 28 April 2017

Kisah Puting Luka

 Assalamualaikum.
 
Waduh.. waduh waduh... sungguh lama tak meng-update blog kesayangan beta ini.
Alhamdulillah. Hari ini ada kesempatan sedikit untuk meng-update perkembangan terkini beta ni.
 
Salam Jumaat ye. Lupa pula.
 
Kebelakangan ini saya mengalami macam-macam hal sikit. Yang paling ingin nak kongsikan ialah 'kecederaan' pada puting akibat penyusuan badan. Sewaktu anak pertama saya mengalami juga 'kecederaan' puting. Tapi tak teruk.
 
Kali ini agak teruk sehingga saya trauma hendak menyusu badan atau mengepam susu.  Susu badan pun merudum. Erm alahai...
 
Apapun, saya cuba mengubati puting luka ini. Puting saya kelihatan seperti  melecet, berkuping dan juga sedikit luka-luka kecil seperti bintik.
 
Keadaan semakin teruk semasa saya balik kampung 18hb April lepas. Disebabkan kerap menyusu sewaktu di kampung, luka dan lecet makin menjadi-jadi. Saya belum lagi menemui doctor lagi kerana fikir keadaan masih boleh dikawal.
 
Saya ingin kongsikan ikhtiar yang saya lakukan. Pertama sekali saya pergi ke farmasi terdekat untuk mencari nursing cream. Dan saya menemui brand Palmer's. Palmer's Nursing Cream ini agak bagus untuk saya. Tetapi saya ada juga Google review pengguna-pengguna produk ini, ada yang tidak serasi. Biasa la tu.
 
 
Apa yang saya suka pasal produk ini, ialah setiap kali saya sapukan selepas mengepam atau menyusu, saya tak perlu basuh. Selamat untuk bayi. Sebab ia tertera pada packaging produk, jadi saya rasa selesa guna. Tak perlulah setiap kali nak menyusu kena pergi basuh.
 
Kemudian, tak lama kemudian saya masih merasa kesakitan puting, jadi saya pun fikir untuk cari breastshield atau nipple shield untuk menyusu. Mula-mula tanya kat farmasi, mahal, brand Medela. Jadi tak beli.  Kemudian saya pun pergi Lazada untuk cari yang lebih murah sedikit, dan menjumpai brand Autumnz. Saya dan produk Autumns ini agak serasi jadi terus nekad beli. Saya beli sekali dengan Nursing Cream Jenama Buds Nurturing Nursing Cream.
 
Saya beli lagi Nursing Cream kerana risau yang Brand Palmer's itu cepat habis sebab kecil je kan. Tapi Alhamdulillah, kecil kecil pun tahan lama juga, sebab saya sapu sikit je kan. Sebab kawasan puting tu kan kecil je. Saya tak boleh review pasal Buds Nurturing Cream ni, pasal saya hanya sapu sekali je. Palmer's tak habis lagi, jadi tunggu brand Palmer's habis baru boleh apply yang Buds punya krim. 
 
 
 
 Untuk Nipple Shields ini saya baru guna dua kali. Alasannya, babyku Aina Humairah marah bila hisap benda ini. Dia hisap sampai satu masa dia geram dia gigit, menjerit la saya. Tapi tak apa, saya akan cerita sedikit pasal nipple shield. (Kemudian hari saya cerita). 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ahad, 9 April 2017

Mendobi di pagi hari

Assalamualaikum.

Bersiaran dari dobi. Heheheh.
Pagi-pagi dah sampai dobi untuk keringkan baju.

Kenapa ye? Sebab hakak nak semua baju kering cepat, supaya tengah hari nanti boleh lipat siap-siap.

Dulu plan nak basuh kain selang sehari, dan jemur. Tapi nampaknya kurang efisien. Hakak jadi lambat nak lipat baju, sebab asyik lupa baju di ampaian.

Jadi dengan kumpul sekali semua, terus ke pengering baju di dobi, hakak tak lupa lagi nak angkat baju di ampaian.

Kehidupan ini kena ada trial and error baru tahu apa sesuai, apa yang efisien. Kan?

Selamat hari minggu, enjoy ya.

Jumaat, 17 Mac 2017

Mencari Peluang Menambah Pendapatan?

Assalamualaikum.

Hari ini, hari yang baik. (Buruk bagaimanapun hari kita, katakan "hari ini hari yang baik." - Saya sedang applykan ye)

Hari ini, saya telah bertemu dengan kawan lama dari kolej dulu - Kolej Lagenda Langkawi. Namanya Mala. Nama penuh tak ingat.

Actually, kami berjumpa sebab na bercerita tentang bisnes Shaklee. Tapi kerana dah terlalu lama tek berjumpa, kami hanya bercerita tentang kisah zaman muda mudi dulu. Heheheh. Rindu la zaman tu.

Back to real thing,

Saya nak cerita tentang peluang untuk menambah pendapatan anda, sebagaimana saya bercerita dengan kawan saya (lebih kurang la)



Bisnes Shaklee adalah seperti bisnes lain, kena menjual dan ia adalah bisnes Network Marketing. Ada orang panggil MLM. Apapun, Shaklee tetap adalah satu perniagaan.

Jadi dalam perniagaan mesti ada jual beli dan memandangkan ia adalah Network Marketing bisnes, sebaik-baiknya menaja orang, kalau boleh seberapa banyak yang boleh.

TAWARAN

Saya ingin menawarkan peluang menambahkan pendapatan dengan Shaklee. OK.
Hubungi saya melalui WhatsApp 016 874 9195 , tinggalkan mesej dan saya akan menghubungi anda balik.

Ada benda yang saya nak cik-cik, puan-puan, tuan-tuan dan abam-abam faham pasal bisnes Shaklee dan apa yang saya tawarkan.

Pertama:
Shaklee adalah perniagaan. Jadi wajiblah menjual barang/produk seperti perniagaan biasa.

Kedua:
Shaklee adalah network marketing bisnes. Jadi makin ramai anda taja di bawah organisasi anda semakin akan bertambah maju perniagaan anda.




Ketiga:
Untuk permulaan, saya akan memberikan tunjuk ajar kepada anda yang masuk tajaan saya ini, berkaitan produk dan sistem Shaklee sehingga anda dah boleh 'kayuh' sendiri tanpa saya. Semua tunjuk ajar adalah secara online dan whatsapp. Dan ada kumpulan sokong (support group) khusus untuk belajar bermacam-macam perkara.

Keempat:
Modal membership adalah RM 79.50. Dan setiap tahun renew dengan RM 30 sahaja. Dan sediakan modal tambahan sedikit untuk bisnes dan stok. Maksudnya, layan bisnes ini serius dan ada tabung bisnes yang khusus untuk Shaklee.

Wake up Call:
Bagi anda yang berpendapat Shaklee adalah bisnes mudah untuk kaya raya, anda salah. Kerana, bisnes ini perlukan usaha, kegigihan keberanian dan kesabaran untuk berjaya.

Jika anda rasa anda boleh menyambut tawaran ini, sila hubungi saya ya melalui whatsapp.

Semoga kita akan membentuk organisasi yang berjaya.

Amin





Selasa, 14 Mac 2017

Tips untuk Meningkatkan Sistem Pertahanan Badan

Assalamualaikum.

Malam ini permata hati ku, Iman demam. Susah hati mama. Tambahan dengar pula macam-macam di whatsapp group.

Mama doa kuat-kuat agar Iman cepat sembuh.

Malam ini, saya akan kongsikan beberapa tips untuk meningkatkan sistem pertahanan badan anak-anak kita dengan produk Shaklee.

Ada beberapa produk yang saya nak cadangkan kepada ibu-ibu dan bapa-bapa di luar sana untuk meningkatkan lagi sistem pertahanan anak-anak. Sebab sekarang ini, dengan cuaca yang tidak menentu, pencemaran alam sekitar, dan pelbagai penyakit yang berjangkit, adalah lebih baik kita tingkatkan sistem pertahanan badan anak kita sebagai langkah berjaga-jaga.

Produk Shaklee Yang Disyorkan untuk Anak-anak

1. Meal Shakes - Mengandungi khasiat yang diperlukan oleh kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar. Di dalamnya mengandungi vitamin dan mineral penting, serat, protein dan juga kalsium.
Ia adalah makanan segera yang padat dengan khasiat, memang sangat membantu ibubapa yang sentiasa sibuk dan mengejar masa. Ini adalah pemberian berharga untuk anak-anak.

2. OmegaGuard  - Minyak ikan. Berkualiti tinggi. Apa yang ada pada minyak ikan?  Dalam minyak ikan ada Omega-3. Dalam Omega-3 ada EPA dan DHA. Apa pentingnya minyak ikan ini? Minyak Ikan ini membantu meningkat sistem pertahanan badan kita (dewasa dan kanak-kanak) dan juga mengurangkan masalah sesak nafas atau asma.

3. Vita-Lea for Children - Ini adalah Multivitamin yang khusus untuk anak-anak. Berperisa anggur.  Mengandungi 18 vitamin dan mineral penting untuk kesihatan kanak-kanak. Dalam bentuk pil kunyah. Sedap dikunyah. Memudahkan ibubapa berikan kepada anak-anak.




Ibu bapa boleh pilih produk-produk di atas untuk diberikan kepada anak-anak. Anak-anak sihat, ibubapa bahagia.

Usaha meningkatkan kesihatan anak adalah sesuatu yang berbaloi kita sebagai ibubapa lakukan. Ini tidak bermakna mengambil supplemen anak-anak tidak akan jatuh sakit selamanya. Tak. Maksudnya, jika kita berikan anak-anak supplemen, kebarangkalian untuk anak-anak mendapat sakit adalah rendah. Dan tubuh badan anak-anak kita lebih kuat dan membesar dengan ideal.

Terima kasih kerana membaca entri ini.




Sabtu, 11 Mac 2017

Kebaikan Minyak Ikan untuk Anak-anak

Assalamualaikum.

Anak-anak... Saya pada suatu masa dahulu tak pernah membayangkan kehidupan dengan mempunyai anak-anak.

Berbalik pada topik kita.  Anak-anak dan minyak ikan. Siapa ingat iklan Scott Emulsion? Seingat saya, zaman kanak-kanak saya dah ada iklan Scott Emulsion.

Sejak dulu sudah ada supplemen minyak ikan khas untuk anak-anak, tujuannya untuk kecerdasan otak dan membina sistem imun badan yang kuat.

Apa kebaikan minyak ikan untuk anak-anak kita? Selain untuk kecerdasan otak, dan sistem imun, minyak ikan juga mempunyai beberapa fungsi yang membantu anak kita.




Minyak ikan terbukti membantu anak-anak yang mempunyai sesak nafas atau asma, dengan mengurangkan kebarangkalian mendapat serangan asma. Selain itu, bagi anak-anak yang diserang penyakit batuk, minyak ikan juga membantu mencairkan kahak.

Bercerita tentang minyak ikan, amalan memberikan anak-anak supplemen minyak ikan sangat membantu ibu bapa. Dengan membina ketahanan tubuh anak-anak kita, apabila kita menghantar anak-anak ke taska atau sekolah, kebarangkalian untuk anak-anak kita dijangkiti selsema dan batuk adalah rendah, berbanding yang tidak diberikan supplemen minyak ikan.

Minyak ikan mengandungi Omega-3, yang membantu perkembangan otak anak-anak kita. Dan salah satunya kebaikannya membantu anak kita lebih fokus di dalam kelas.

Sebenarnya, amalan memberikan anak-anak makanan tambahan mempunyai banyak kebaikan. Yang paling utama ialah kesihatan anak-anak kita adalah lebih kuat dari jangkitan penyakit dari persekitaran.

Khamis, 9 Mac 2017

Minimalis - Apa Maksudnya?

Assalamualaikum.

Minimalis, suatu konsep yang saya cuba adaptasikan atau aplikasikan ke dalam hidup saya.

Apa itu minimalis?
Minimalis ini adalah konsep gaya hidup, di mana individu mengamalkan meminimakan 'barangan' dalam kehidupan harian mereka. Ambil contoh baju, baju dalam kuantiti yang minimal tapi cukup untuk kehidupan seharian. Kalau boleh hanya 5 helai baju untuk sepanjang tahun. MINIMAL.

Contoh lain, mengurangkan barangan seperti pinggan mangkuk di dapur. Pada yang Minimalis akan mengurangkan perkakasan dapur sehingga apa yang perlu sahaja dan tidak menambahkan lagi barangan dan perkakasan dapur sehingga lah mana-mana perkakasan rosak sehingga tidak boleh digunakan lagi.

Kenapa saya nak jadi MINIMALIS?
Sebenarnya, saya dah sampai satu tahap di dalam hidup di mana saya rasa "I comsumed too many stuff I don't need." Barangan fizikal yang saya miliki terlampau banyak, sehinggakan saya dah tak kuasa nak mengemas dah. Dan satu-satu jalan penyelesaian ialah 'declutter'.





Buat masa sekarang, saya masih dalam proses pembelajaran bagaimana hendak menjadi minimalis.
Dan satu sahaja yang sekarang saya berjaya lakukan sepanjang target saya nak menjadi minimalis - tidak membeli barang yang tidak perlu dan tidak menambah koleksi barangan peribadi. Cuma langkah seterusnya ialah 'membuang' barangan yang saya tidak perlukan dalam hidup saya. Yang ini mengambil masa sedikit, sebabkan ada kaitan emosi saya dengan barangan-barangan tersebut.

Apa Gunanya Mengamalkan Konsep Minimalis?
Secara peribadi, saya amat mengagumi kehidupan simple, di mana kita tidak terikat dengan barangan. Tetapi, kita menjalani hidup dengan mengamalkan kesederhanaan dan bergembira. Maksud saya, tanpa ada hambatan perasaan yang saya perlu ada barangan seperti apa orang lain ada. Sebab bagi saya, apa yang ada itu cukup memadai.

Salah satu kebaikan mengamalkan minimalis ini, kalau pergi ke blg-blog atau youtube yang membincangkan minimalis ini, sebenarnya kehidupan minimalis ini membantu kita menyimpan duit. Bukan kedekut ya. Ada silver lining antara minimalis dengan bakhil. Hanya orang yang memahami akan nampak perbezaannya.

Dalam mengamalkan gaya hidup minimalis, duit tidak dibazirkan untuk baranagn fizikal, tetapi duit yang dikumpulkan digunakan untuk menambah ilmu atau pengalaman.

Contoh, kita kurangkan pembelian baju-baju dan gajet-gajet, dan duit yang dijimatkan itu disalurkan ke dalam tabung peribadi yang kita labelkan, misalnya tabung melancong, tabung belajar membuat arca, dan lain-lain. Duit yang ada kita menambah nilai jati diri dan bukan menambah barangan fizikal yang hanya semata-mata hiasan luaran.


Selasa, 7 Mac 2017

Apa Pentingnya Minyak Ikan?

Assalamualaikum.

Minyak Ikan, atau 'fish oil'. Dalam masyarakat kita masih kurang lagi pengetahuan tentang kebaikan dan kepentingan minyak ikan ini.

Dalam terma saintifik, minyak ikan juga disebut asid lemak omega-3.



Minyak ikan ini ditemui di dalam lapisan lemak ikan yang berada di lautan dalam yang sejuk. Selain itu, terdapat juga pada kerang, tumbuh-tumbuhan, kekacang (walnut) dan beberapa lagi tumbuhan semulajadi.

Apa pentingnya minyak ikan kepada manusia?

Sebut sahaja minyak ikan, apa yang muncul dalam fikiran anda? Mesti perkataan-perkataan ini keluar kan :

# Kolesterol
# Scot Emulsion
# Jantung
# Otak

Memang betul. Minyak ikan ini penting untuk kesihatan jantung, dan otak. Dan banyak kajian telah membuktikannya. Dan pada zaman makin canggih ini, memang banyak lagi kajian dibuat tentang minyak ikan ini.

Antara kebaikan pengambilan awal dan berterusan minyak ikan ialah :
1. Mengurangkan risiko penyakit darah tinggi
2. Mengurangkan keradangan / kebengkakan
3. Mengurangkan risiko kemurungan
4. Meningkatkan sistem pertahanan badan
5. Mengurangkan penyumbatan arteri
6. Mengurangkan risiko sakit-sakit sendi

Sebenarnya, minyak ikan ini memainkan peranan penting dalam menyeimbang dan mengawalatur fungsi dan sistem badan seperti mana fungsi pelincir dalam mesin.

Amalan mengambil minyak ikan sebagai makanan tambahan membantu anda untuk menjaga kesihatan anda terutama yang berkaitan jantung dan darah tinggi. Kita bukan tidak pernah dengar bagaimana seseorang individu sihat dan muda mengalami masalah kolesterol dan ini mejejaskan kesihatan. Apakata, masukkan minyak ikan atau omega-3 ke dalam diet harian sebagai insuran untuk membantu menjaga jantung kita.







Selasa, 21 Februari 2017

Jom Berniaga

Assalamualaikum.

Mari la kita, mommies berniaga.
Saya mengajak ni.

Kenapa?
Saja.

Sambil2 tu kalau ada untung sikit kita boleh buat amal jariah - sedekah, zakat dan lain2.

Berminat berniaga?
Modal bermula serendah rm 80.

Wasap kepada saya untuk maklumat lanjut.

In Shaa Allah saya akan berikan panduan sedikit sebanyak dalam menjalankan bisnes ini. Doakan ya.



Rabu, 15 Februari 2017

Simplyfy

Assalamualaikum.

Saya ingin me-"simplify" blog saya ini. Maksudnya saya nak kurangkan widget-widget di blog ini.

Dan juga saya nak masukkan elemen minimalis ke dalam blog ini.

Tapi bagaimana? Otak saya berpusing-pusing memikirkan caranya.

Mula-mula kena mula dari perancangan entri blog. Apakah isu-isu yang saya  nak masukkan?

Dalam otak :
 

  1.  Shaklee Bisnes
  2. Minimalis
  3. Tips keibubapaan
  4. Perkongsian Info


Jadi, segmen itu nak buat bagaimana ya?

Saya tanya pembaca pula. Takpe2. Biar saya buat perancangan dahulu, kemudian saya akan update di sini ya.

Oh ya, saya rebrand Blogshop saya. Ini linknya : http://green-eye-shop.blogspot.my/ 
Sudi-sudikanlah singgah ke blogshop saya ya. Moga-moga ada produk untuk anda.



Selasa, 14 Februari 2017

Bukan Senang Nak Senang

Assalamualaikum.

Fuhhh.... memang tak senang.

Saya telah ambil keputusan untuk menjayakan diri sendiri. Tapi ia bukan kerja senang.

Kenapa?

Saya mempunyai 'habit' buruk yang tidak dapat menjayakan diri sendiri.

Dan paling susah sekali ialah saya kena melawan 'habit'.

Bayangkan 'habit' dari kecil disemai dalam diri samada dari keluarga ataupun diri sendiri, ingat senang nak buang??

Contoh 1: Saya memang jenis susah nak fokus. Dan bila buat sesuatu perkara, otak dan pemikiran akan meleret dan melayang ke mana-mana entah.

Tapi ada satu saja kebaikannya ialah apabila saya tuliskan perkara tersebut, in shaa Allah akan saya lakukan sampai berjaya. Kalau setakat fikir saja memang takkan jadi.

Contoh 2 : Tak boleh / tak pandai mengemas. Dan untuk itu, saya tengah cuba mengimplimentasikan konsep MINIMALIS. Konsep yang memudah saya tak perlu mengemas. Tapi... tetap tak mudah. Ingat mudah nak FOKUS. Nak buang benda-benda yang tak penting tapi sentimental value.

Lepas tu, kata nak buang kain ke plastik ke, saya ingat pencemaran alam. Jadi saya 'hold-on'. Jadi macam mana nak jadi???

Tapi yang mudah tentang garapan minimalis ni ialah jangan tambah barang yang tidak perlu. Ini memang mudah bagi saya. Dan juga membantu menyelamatkan duit dalam poket. 

Kesimpulannya, memang tak senang nak jadi senang.