Kuih Penyaram ( Istilah orang Sarawak)

(copy paste dari: https://www.facebook.com/borneodihati/photos/?tab=album&album_id=1912181172341901)





Bahan-bahan : 
1 cawan gula 
4 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
2 cawan gula apong
3 cawan air suam

# Pastikan gunakan saiz cawan yang sama



Pertama sekali, gaul tepung gandum dan tepung beras terlebih dahulu.

Seterusnya, gunakan bekas berlaian untuk campur dan gaul gula apong, gula pasir bersama air suam. Gaul sehingga sebati.

Langkah seterusnya, masukkan adunan gula apong ke dalam bekas tepung tadi, sedikit demi sedikit sehingga adunan nampai agak cair.

Sesudah itu,tapiskan adunan tadi dan perap (atau rehatkan) 2 hingga 3 jam atau semalaman.







Sesudah itu gunakan minyak yang sedang cukup untuk mengoreng sebiji penyaram.

Siap!


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

TERKINI : Sarang Burung Walet Untuk Dijual.

Eh Eh... Orang Kampung saya laa