Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2013

Kenapa Menyertai Shaklee?

Imej
Salam.

Kali ini saya nak ceritakan sedikit kenapa menyertai Shaklee? Apa yang menyebabkan Shaklee istimewa? Apa yang anda tahu tentang Shaklee?  Mari kenali Shaklee.

Latar belakang Shaklee - Lebih daripada 50 tahun, Shaklee menerajui perniagaan produk kesihatan semula jadi yang kukuh. Dr. Forest C Shaklee lebih mendahuluinya dengan mencipta "Vitalised Minerals" multivitamin pertama di dunia pada tahun 1915.  Pada 1956, Dr. Forrest C. Shaklee menubuhkan syarikat mesra alam dengan menghasilkan produk bagi meningkatkan kesihatan insan dan bumi.
Mari kita kenali latar belakang Dr. Forrest C. Shaklee. Dr. Forrest C. Shaklee dilahirkan pada tahun 1894 dan beliau mengidap penyakit 'tuberculosis' atau batuk kering semenjak lahir. Doktor pada waktu itu berpendapat bahawa Dr. Shaklee takkan hidup lama. Namun, ibubapa mempunyai keyakinan kepada benda-benda alami (natural) membawa Dr. Forrest yang masih kecil berpindah ke utara Amerika. Di sana, dengan tanah yang subur mereka meng…

Perancangan Mini

Salam.

Saya terfikir untuk menyediakan bekalan makanan dari rumah ke pejabat. Tapi saya nak benda yang senang dan mudah. Saya terfikir untuk membawa bekal kerana nak jimat masa dan wang, dan juga nak sediakan makanan kegemaran sendiri ke ofis. Tapi yang sedang di fikiran, masakan apa yang senang dan mudah disediakan pada waktu pagi? Nak mulakan amalan bawa bekal laa, supaya saya boleh kawal pemakanan dan juga khasiat nya.

Jazakallah.

Mengimbau blog lalu

Salam.

Hari ini saya membaca balik entri-entri yang pernah saya karangkan di blog saya iaitu blog Dairi Mama Rugged. Blog ini dimulakan semasa saya hamil bulan ke-6 (kalau saya tak silap, berdasarkan entri di blog). Kehamilan suatu pengalaman yang sangat ajaib. Walaupun bermacam-macam kesakitan, 'kerenah badan' dan juga cabaran harian, tetapi itulah masa yang paling bahagia buat kaum wanita. Entri-entri yang saya karang di blog itu pendek-pendek sahaja. Apabila dibaca balik, mengundang memori dan kenangan, dan saya sendiri tersenyum membaca catatan pendek pendek tersebut.

Blog adalah peribadi bila kita jadikan blog peribadi, blog akan jadi sebuah perniagaan jika  kita yang jadikan sebuah blog perniagaan. Sebenarnya, ada sesetengah blog adalah kenangan peribadi. Blog adalah seakan saksi, seakan dairi di dunia maya. Blog ini boleh jadi macam-macam. Kadang-kadang ayat pendek sahaja, namun memikat hati sesiapa sahaja yang membacanya.

Permulaan saya memulakan blog Dairi Mama Rugg…

Senarai 3 Perkara Pagi & 3 Perkara Petang (Log 2)

14 NOVEMBER 2013

3 Perkara Pagi
Solat Sunat Dhuha (dicapai)Kemas meja kerja saya (tak tercapai - ada kemungkinan memang saya tak suka mengemas)Susun atur (organize) fail-fail dalam pendrive (dicapai_3 Perkara Petang (selepas habis waktu kerja)
Buat iklan untuk Personal / Fanpage FB - 2 iklan  (tidak tercapai)Buat promosi/iklan dalam Blog Lenny Cute Cute Shop - min. 1 iklan (tidak tercapai)Buat tips di Blog Tips, Health, Supplements and Life's Happiness (tidak tercapai)1 Perkara Petang (sebelum tidur)

Muatnaik 1 iklan di web Lelong - iklan Telekung, Sarang Burung Walit (tidak tercapai)

Ulasan (pada 15 November 2013):

Banyak perkara yang tidak tercapai dek saya tidak fokus pada apa yang hendak saya capai. Berbanding dengan masa saya mengingati dan fokus pada perkara yang hendak saya lakukan. Maka kesimpulannya, kita mesti fokus dan ingat tujuan dan kenapa suatu tugasan itu hendak dilakukan.


Terima kasih, jazakallah kerana melawat blog ini.

Senarai 3 Perkara Pagi & 3 Perkara Petang (Log 1)

Salam.

Memandangkan saya menggunakan medium blog untuk mencatatkan progres saya dalam kehidupan seharian, bermula hari ini saya akan memulakan Log 3 Perkara Pagi, 3 Perkara Petang & 1 Perkara malam.
Saya bermula dengan 3 perkara, kerana demikian lebih mudah dan senang bagi saya untuk catat dan ingat, berbanding 5 perkara. 5 Perkara adalah banyak bagi diri saya. Maka, saya akan mulakan dengan 3 perkara, in shaa Allah, dimudahkan segala urusan.


13 NOVEMBER 2013

3 Perkara Pagi
Makan Supplemen Shaklee saya - (Siap)Solat Sunat Dhuha - (Siap)Kemas meja kerja saya- (tak siap - ada juruteknik mengerjakan PC saya pagi-pagi)3 Perkara Petang (selepas habis waktu kerja)
Buat iklan untuk Personal FB - 2 iklan - (Siap)Buat promosi/iklan dalam Blog Lenny Cute Cute Shop - min. 1 iklan- (Siap)Buat tips di Blog Tips, Health, Supplements and Life's Happiness(Siap)1 Perkara Petang (sebelum tidur)

Muatnaik 1 iklan di web Lelong - iklan Telekung- (tak siap - Tertidur semasa menyusukan anak)
Terima kas…

Tips / Teknik Berguna yang Didapati dari Buku - "5 Sebelum 11"

Imej
Salam.

Berkisar semula tentang buku yang saya baca "7 Minutes Solutions"; Tips dan teknik menarik yang boleh saya kongsikan pada kali ialah '5 sebelum 11'. Apa yang dimaksudkan '5 sebelum 11' ini? Mari kita hayati asal-usulnya.

Idea ini datang dari seorang wanita berkerjaya yang berjaya bernama Mimi Bock. Idea ini muncul apabila dia menghadiri program mencari jalan untuk menghasilkan sebuah kerangka kerja  berkaitan proses dan sistem yang akan mengubah kehidupan dan meningkatkan produktiviti dan juga jualan syarikat. Pada masa inilah Mimi Bock menyatakan bahawa dia mengaplikasikan "Daily Progress Report" yang diajarkan oleh Allyson Lewis (penulis buku 7 Minutes Solutions). Kehidupan Mimi Bock memang sangat padat dengan kerjanya sebagai pekerja di industri servis kewangan, yang juga mengendalikan sebuah division syarikat multinasional yang berharga $400 million. Berikut kisah yang diceritakan oleh Mimi Bock sendiri:

"Kehidupan saya 'complica…

Nota-nota Untuk Mengesan Pencapaian

Imej
Salam.

Entri kali ini saya akan mencatatkan beberapa nota yang saya baca dari buku Mudahnya Menjemput Rezeki. Catatan ini adalah sebagai nota untuk saya mengesan pencapaian saya atau progres yang saya buat untuk mencapai impian saya. Dan juga kepada pembaca, digalakkan melakukan catatan seperti ini untuk melihat dan mengesan pencapaian yang dibuat dalam hidup kita.

Berikut adalah 10 aspek kehidupan yang perlu diperhatikan dalam proses memburu impian:

KESIHATANSPIRITUALKERJAYAKEWANGANKELUARGAIBADAHREKREASIPEMBINAAN DIRIRAKAN & MASYARAKATAKHLAK & PEKERTI
Kemudian, saya akan buatkan jadual seperti contoh di bawah dan catatkan.

Seeloknya saya buat di dalam jurnal atau buku catatan. Tahu tak kenapa? Kerana apabila kita sendiri menulisnya menggunakan tangan kesannya adalah berbeza. Kerana dengan menulis, otak memproses, tangan kita mencatat  (tangan bergerak untuk membentuk tulisan, dan pergerakan tulisan tangan adalah pelbagai gerakan berbanding menaip hanya menekan-nekan papan kunc…

Menulis Untuk Mendapatkan Duit?

Salam.

Artikel ini adalah aritkel saya di blog saya yang lain. Dan saya ingin kongsikan di blog ini.


Ada banyak cara untuk mencari rezeki. Sesungguhnya rahmat Allah berada di mana-mana sahaja, sekalipun dalam diri kita, diri anda. Konsepnya: Apakah potensi diri anda?

Salah satu bakat yang paling menarik dan ajaib di dunia ialah bakat menulis.
Dengan bakat menulis Anda boleh mencipta dunia anda, mencipta diri anda kepada suatu keadaan yang tak pernah dibayangkan, meluahkan perasaan anda, melepaskan geram di jiwa.

Penulisan adalah keajaiban.  Jika anda berbakat dalam penulisan anda boleh membuka jalan kepada pendatan sampingan. Oop-oop... yang tak berapa minat atau pandai menulis, jangan berputus asa. Anda cuma perlu berlatih lebih daripada biasa. (Contoh seperti saya, saya tak ada bakat menulis, tetapi kerana selalu kena menulis/mengarang maka secara semulajadi diri menjadi peka untuk menghasilkan idea untuk dituliskan).

Namun.. namun... namun.... anda mesti terfikirkan, menul…

Alam Sekitar dan Wanita

Salam.

Hari ini, saya ingin mengemukakan isu alam sekitar, dan bagaimana kita, wanita boleh membantu mengekalkan alam sekitar kita supaya tidak tercemar. Di sini saya merujuk 'kita' iaitu wanita kerana kehidupan seharian kita banyak berkisar tentang pengurusan produk rumah tangga yang mempengaruhi alam sekitar. Contohnya, beg plastik, kita banyak menggunakan plastik di rumah, sama ada sebagai pembungkus sampah, pembungkus makanan, pembungkus peralatan, dan sebagainya. Contoh lain pula, botol plastik, kita menggunakan produk pencuci pinggan atau pencuci baju yang dimasukkan ke dalam botol atau bekas plastik.

Banyak lagi contoh yang boleh kita rujuk. Wanita adalah berupaya memberi kesan positif kepada alam sekitar, kerana kita adalah pengurus rumah tangga dan kita mempunyai ruang dan peluang untuk menyumbang kepada alam kita.

Saya sebenarnya amat memikirkan alam sekitar, dan niat di hati saya, walaupun sikit sahaja yang boleh saya buat untuk bumi ini, saya akan buat. Misalnya, …

Pengasuh dan taska - Apa pilihan kita ada?

Salam.

Kebelakangan timbul isu taska yang mendera kanak-kanak. Dan ini sangat menakutkan dan menyedihkan saya. Kanak-kanak adalah insan yang suci dan belum mengenal erti kehidupan ini. Dan kanak-kanak sangat perlu dilindungi. Realitinya, kehidupan ini sangat menakutkan. Semua dewasa faham apa yang saya maksudkan. Apabila melihat kanak-kanak menangis, ataupun hanya mendengar kanak-kanak menangis, hati saya dah rasa disiat-siat, walaupun saya tidak tahu sebab kanak-kanak itu menangis. Ya Allah, sejak menjadi seorang ibu, hati ini terlalu lembut, sehinggakan kadang-kadang saya tak sanggup medengar kanak-kanak menangis, apatah lagi melihat kanak-kanak yang didera.

Persoalan yang saya cuba kemukakan di sini ialah apa pilihan yang ada pada kita sebagai ibubapa selain taska dan pengasuh? Sebenarnya hidup ini ada pilihan, sama ada kita percaya atau tidak. Pengalaman dan persepsi saya apabila saya melihat kanak-kanak yang dihantar ke rumah pengasuh (semasa saya juga menghantar anak saya ke pen…

Resepi "Gingerbread Man Cookies"

Resepi Kek / Kek Cawan - Vanila

Bahan-bahan:

250g / 1 buku        Mentega Buttercup (boleh guna mana-mana brand yang anda 
                                suka)
  1  1/2 cawan        Gula kastor (sila guna cawan penyukat yang dikhususkan untuk 
                                menyukat pepejal)
              3 biji         Telur gred A
  1 sudu besar       Vanila esen (tablespoon - guna penyukat yang dikhususkan)
        3 cawan         Tepung naik sendiri / tepung kek (diayak)
      2 sudu teh        Soda bikarbonat (diayak bersama tepung)
      1 sudu teh        Baking powder (diayak bersama tepung)
          secubit         Garam (diayak bersama tepung)
  1 1/2 cawan        Susu penuh krim Dutch Lady (boleh guna brand yang anda suka)  


Cara-cara Membuat

Masukkan mentega dan gula kastor dalam bekas adunan. Dengan menggunakan pengadun elektrik(hand mixer),pukul adunan ini sehingga kembang, iaitu adunan menjadi warna kuning krim.Masukkan esen vanilla dan telur ke dalam adunan. Pukul sehingga sebati. (Tak perlu lama)Kemudian, t…

Berita Gembira (05 November 2013)

Imej
Gembira hari ni. Kerana tadi baru tahu bahawa mama saya mengambil AJHT & Ostematrix dan mendapat kesan yang baik. Mama saya dah kurang masalah sendi. Mama saya sendiri yang cerita tadi. Saya pernah memberikan ostematrix & AJHT kepada mama saya. Tetapi tidaklah saya paksa mama makan. Cuma sekadar bagi, mama saya makan atau tidak saya tak ambil tahu, kerana takut menampakkan saya paksa dia makan. Tadi sembang tepon, mama bagitau, AJHT & ostematrix dah nak habis. Mama juga cakap, dia tak konsisten ambil, tapi dia perasan yang dia kurang sakit lutut bila berjalan. Alhamdulillah. Allah bagi kesihatan pada mama. Syukur sangat. Esok saya akan kirimkan AJHT & Ostemtrix untuk mama saya. Syukur sangat, kerana Allah mempertemukan saya dengan Shaklee yang memberikan saya peluang pendapatan dan juga memberikan saya peluang memberikan sesuatu yang baik kepada mama saya. Saya tak ada apa-apa nak bagi mama saya. Cuma harap dia sihat selalu. Alhamdulillah.





Mencari Peluang Perniagaan

Salam.

Beberapa hari yang lepas, saya mengalami keadaan yang menyebabkan saya berfikir untuk mencari cara terbaik untuk menambah pendapatan secara separuh masa. Lama juga saya berfikir. Saya rasa baik saya senaraikan jenis-jenis perniagaan separuh masa yang boleh saya pilih.

1. Produk yang memang dah sedia ada di pasaran.
2. Produk yang saya hasilkan sendiri.

Produk yang memang sedia ada di pasaran.
Produk sebegini adalah seperti tudung, jubah, telekung, vitamin Shaklee, barangan Avon, dan beberapa barangan yang memang sudah tersedia ada di pasaran. Barangan seperti pakaian boleh dibeli secara borong, namun produk vitamin dan kosmetik, sememang harga tetap pada harga ahli walaupun saya beli borong. Kebaikan berniaga menggunakan produk yang memang sudah tersedia adalah saya tidak perlukan masa untuk menyediakannya, namun saya seharusnya mempunyai modal untuk mendapatkan produk-produk ini.

Produk yang saya hasilkan sendiri
Untuk produk saya hasilkan sendiri, dalam perancangan saya adalah …

Menggunakan Minit dalam Hari

Imej
Entri kali ini adalah kesinambungan dari entri "Minit dan Kehidupan". Kali ini saya akan menceritakan serba sedikit tentang "minit" ataupun masa.

Persepsi kita tentang masa ialah dalam kiraan "jam" ataupun "hari". Tetapi sebenarnya, yang paling penting sekali ialah "saat" dan "minit". Minit adalah diasaskan dari saat. Jam adalah diasaskan dari minit. Dan hari diasaskan dari jam.

Ingin saya ulang (dalam bahasa asal iaitu Inggeris) kembali perenggan yang penting (bagi saya) dari buku yang saya baca (7 Minutes Solutions):

Creating A road Map for Your Life
How did you spend your time last week?

When you don't know what to focus on, you try to do everything and commit to things, you don't have the time, energy, or desire to do.

After awhile, your life become series of unfinished tasks and broken promises. Years of disappointment stack one on top of the other until it feels easier and safer to disconnect.

If you plan your tim…