Khamis, 13 Februari 2014

Ulasan Kelas Asas Blog (oleh : Kizeewatty Zainal)

 Salam.

Alhamdulillah.

Hari ini kita mengenali lagi seorang blogger yang lahir dari Akademi Bekerja di Rumah iaitu  Kizeewatty Zainal.

Gambaran Blog Protégé



Kelas Asas Blog Dan Penulisan: Apa yang saya dapat dengan berblogging?
Teks: Kizeewatty Zainal



Assalamualaikum w.b.t

Setiap makhluk yang Allah jadikan ada peranan dan fungsinya di muka bumi dan alam semesta ini, tidak ada yang sia-sia. Ini salah satu janji Allah yang saya pegang selama mana saya hidup di bumi-Nya. Saya sedar ramai antara kita terutamanya kaum hawa yang merasakan hidup mereka kosong tidak ada hala tujuan. Pergi kerja balik kerja dan menjalankan rutin harian yang saban hari berulang sama dan akhirnya kita terasa jemu. Jangan rasa rendah diri dan fikir yang bukan-bukan kerana kewujudan kita ini ada sebab dan maknanya yang tersendiri yang belum kita kupas lagi.

Apa sebab Allah jadikan kita? Secara peribadinya, saya rasa amat bersyukur kerana dilahirkan di bumi Islam dan dalam keluarga yang bahagia. Sentiasa ingat yang kita dilahirkan untuk menjadi anak, adik, kakak, kawan,isteri dan ibu kepada orang tersayang di sekeliling kita. Kita adalah kaum
hawa yang kuat, tabah dan sanggup meredah apa jua cabaran rintangan demi orang yang kita sayang. Anda di luar sana mungkin ada yang terasa tidak gembira dengan kehidupan yang dilalui. Sedarkah kita yang kita selalu memberi yang terbaik untuk orang lain tapi pernahkah kita terfikir mencari
yang terbaik untuk diri kita? Apa kata kita mula memberi yang terbaik pada diri kita barulah kita akan rasa bermakna hidup di dunia dan Insya Allah di akhirat juga. Hargai setiap pemberian Allah kepada diri kita ini.

Setiap apa yang kita lakukan walaupun sekecil zarah sekalipun hendaklah niat ikhlas semata-mata kerana Allah. Kita hendaklah mengharapkan balasan yang terbaik daripada Allah s.w.t, dan jangan kita buat sesuatu perkara itu hanya kerana inginkan pujian dan balasan daripada manusia. Kerana
manusia adalah manusia tidak pernah sempurna dan terlalu banyak kelemahannya. Kelemahan inilah yang sering membuatkan kita kecewa dan putus asa serta berasa rendah diri. Seterusnya kita rasa hidup tidak bermakna dan aura negatif mula menyelubungi kehidupan kita.


‘Always look on the bright side of life’. Apa yang kita fikir, apa yang kita rasa, apa yang kita cakap dan buat, itulah doa buat kita dan Allah akan makbulkan, Insya Allah. Jika kita rasa kita tidak pandai, tidak berbakat, tidak bersemangat dan segala-galanya ‘tidak’ maka Allah akan beri secara percuma dan selamanya kita hanyut dalam keadaan merendah diri hingga takut untuk mencuba sesuatu.

Antara sedar dan tidak sedar, sebenarnya inilah diri saya yang dulu. Seorang yang berfikiran sempit dan negatif, tidak berani untuk ke depan dan masih hidup dalam kepompong walhal ramai wanita terutamanya suri rumah di luar sana yang telah berjaya merealisaikan impian mereka menjadi seekor
rama-rama yang mengembangkan sayapnya yang cantik. Bebas terbang mengikut rentak sendiri tanpa risaukan segala kekangan jika dibandingkan ketika berada di dalam kepompong. Saya kuatkan hati untuk memulakan perkongsian hidup, ilmu dan pengalaman saya dengan berjinak dalam dunia blog. Sampai bila mahu berdalih dan tidak bergerak. Jika orang lain boleh lakukan sehingga berjaya,
saya juga pasti boleh lakukan seperti mereka.

Bagaimana mula menyertai kelas asas blog ini?
Saya dipertemukan dengan seorang mentor yang sentiasa berada di sisi saya, tangan saya tidak pernah dilepaskan dan sentiasa dipimpin. Beliau ialah Puan Khairunnisa Hamzah, seorang WAHM yang sanggup melepaskan kerjaya yang hebat demi keluarga dan mempunyai niat suci untuk membantu lebih ramai wanita berkerjaya dari rumah, sekaligus mereka mampu mendidik anak-anak dan menjaga keluarga tercinta. Beliau seorang yang rajin memberi kata-kata semangat di kala diri saya kekontangan idea untuk menulis.

Baginya kita kena sentiasa menulis dan menulis. Luahkan apa sahaja yang boleh memberi manfaat kepada pembaca. Seorang yang menjadi sumber inspirasi saya,sentiasa berfikiran positif dan setiap jalan buntu ada penyelesaiannya. Blog beliau di
khairunnisahamzahara.blogspot.com banyak berkisar tentang pengalaman dan ilmu yang sungguh berguna untuk para pembaca dan tentunya menjadi contoh bagi saya yang baru menapak di laman blog ini.Apa yang saya dapat dengan berblogging?
Inilah soalan saya semasa terdetik di hati untuk memasarkan perniagaan vitamin dan makanan tambahan di internet. Bagi saya blog memerlukan masa yang lebih untuk mempromosikan sesuatu barang berbanding Facebook. Tapi sebenarnya landasan dan trafik pembaca di dunia blog amat luas berbanding Facebook, Di mana kita akan di ‘link’ ke blog-blog yang lain dan jumlah pembaca kita akan bertambah, sekaligus menaikkan peluang perniagaan kita.





Saya mulakan penulisan saya dalam keadaan santai kerana kelas ini tidak mempunyai had masa yang ditetapkan. Terpulang pada masa terluang kita untuk membina blog masing-masing Arahan yang jelas diberikan mentor kami setiap kali tugasan yang diberikan. Bagi yang kurang faham dan arif
engan dunia alam maya ini kita digalakkan bertanya sehingga kita betul-betul paham. Jangan malu dan segan kerana tiap soalan kita dapat membantu rakan-rakan yang lain.

Pengalaman saya selaku orang yang buta IT, pada mulanya saya masih tidak memahami sebahagian tugasan dan cara melayari dunia blog walaupun telah diterangkan satu persatu. Saya ambil inisiatif lain, hendak seribu daya kan. Saya mula belajar dengan kawan di pejabat selepas waktu bekerja. Akhirnya dengan mudah saya dapat memahami konsep blog ini. Blog saya juga selalu dipantau oleh mentor dan banyak nasihat-nasihat berguna diberikan untuk menjadikan blog ini lebih tampak
professional di mata pembaca.

Saya diajar dari seseorang yang tidak tahu apa-apa hingga kepada terbinanya satu blog yang boleh saya bawa lebih jauh lagi. Saya juga
diajar cara-cara membina penjenamaan nama kita di ruang IT, membina url blog, membina kategori berdasarkan pengalaman dan apa yang ingin dikongsikan.

Paling penting niat kita berblogging ini kerana Allah s.w.t, untuk mambantu lebih ramai pembaca mencapai impian menjana pendapatan dengan bekerja dari rumah. Melalui kelas blog ini, kawan-kawan baru saya semakin ramai dan setiap daripada mereka mempunyai hobi, bakat dan pengalaman berbeza. Mereka sentiasa memberi impak positif dalam hidup saya dan bermulalah perkongsian ilmu antara kami. Mereka merupakan guru dan kawan yang banyak membantu dan mendorong saya.

Sekaligus menjadi tanggungjawab kita pula untuk membantu dan memberi yang terbaik pada orang lain pula. Dan begitulah kitaran ilmu dan kebaikan yang akan disampaikan ke kepada masyarakat dan anak cucu kita nanti.  Insya Allah
Bagaimana mencari idea untuk penulisan blog kita?
Setiap diri kita ini unik, walaupun hampir sama tapi secara halusnya kita ini amat berbeza antara satu sama lain. Ilmu, pengalaman dan perwatakan kita yang menentukan hala tuju blog berkualiti kita ini nanti.

Jangan takut untuk memulakan sesuatu. Saya mulakan dunia blog saya ini dengan hati yang berdebar dan risau. Sentiasa mencari ayat yang sesuai untuk diluahkan tapi Insya Allah lama-kelamaan saya banyak mendapat idea dari perkongsian cerita dengan rakan-rakan dan juga dari sikap ingin tahu, pembacaan buku dan juga maklumat di internet.

Secara tidak langsung saya rasakan dunia ini luas dan banyak perkara yang boleh saya belajar dan beri, dari perkara yang mudah hingga kepada perkara yang mustahil. Terlalu banyak pengalaman dan ilmu yang amat bermanfaat.

Sebagai peringatan yang manis kepada kaum hawa di luar sana, bila kita sudah memulakan sesuatu, jangan mudah mengalah, sentiasa ‘switch’ minda dan diri kita. Buat sesuatu perkara itu hingga sehabis baik, jangan sekerat jalan kerana anda adalah apa yang anda fikirkan. Jika anda fikir anda
boleh, anda mampu mengharungi Lautan Pasifik dan mendaki Gunung Everest. Jika anda rasa anda tidak boleh, perjalanan yang setapak pun tidak mudah untuk anda lakukan. Sekian perkongsian pengalaman berblogging daripada saya. Saya doakan kehidupan anda hari ini lebih bermakna dan baik daripada semalam.

Perolehlah kebaikan baik di dunia dan akhirat dengan mula berblogging dan berkongsi segala kebaikan dengan mereka di luar sana. Inilah salah satu saham akhirat kita nanti. Insya Allah segala apa yang anda kongsikan amat bermakna bagi orang lain. Anda pasti terkejut dengan apa yang boleh anda capai bila sudah mampu mengembangkan sayap dan terbang tinggi di langit


Berminat menjadi salah seorang ahli Akademi Bekerja di Rumah? Inginkan maklumat lanjut? Jangan segan-segan jangan malu-malu, hubungi saya melalui cara-cara yang anda selesa, SMS boleh, WhatsApp boleh, e-mail pun boleh :

Untuk pertanyaan, tempahan & pembelian, sila hubungi :
Lenny Boniface
 di
lennbj608@gmail.com
016-8749195 (SMS/WhatsApp)



Rabu, 12 Februari 2014

Ulasan Kelas Asas Blog (oleh : Azz hana)


Salam.

Alhamdulillah.

Blog beliau sangat menarik. Dengan kisah-kisah travel beliau serta diselangi gambar-gambar menarik. Mari kita baca ulasan beliau mengenai Kelas Asas Blog.


Guru Online : Zaila Mohamad
Protégé : Azhana Am

Sumber : http://azhanaam.blogspot.com/2013/10/testimoni-kelas-asas-blog-dan-fanpage.html


Gambaran Blog Protégé Azs Hana


Hampir sebulan yang lepas, saya merupakan insan yang berbeza. Dari seorang yang tiada ilmu dalam blogging menjadi seorang yang tahu bagaimana mahu membina blog. Sebelum ini saya tertanya-tanya bagaimana orang membuat bisnes page (fanpage) mereka. Alhamdulillah melalui kelas ini saya mahir membina asas blog dan mahir membuat fanpage.

Saya menyertai kelas ini pada 5 September 2013, sehari sebelum hari ulangtahun kelahiran anak saya yang keempat. Mungkin Allah telah menggerakkan hati saya untuk mencari maklumat suri yang bekerja dari rumah di laman internet. Kebetulan saya juga tercari-cari kaedah untuk memulakan perniagaan di internet. Alhamdulillah saya terjumpa blog sifu Zaila Mohamad
www.zailabinimdae.blogspot.com. Di Akademi Bekerja Dari Rumah, ada ramai guru-guru online yang boleh membantu mengajar kita menjadi seperti saya sekarang. Saya bersyukur mendapat cikgu yang sabar melayan karenah saya yang banyak bertanya. Almaklumlah latarbelakang saya bukannya orang IT. Sepanjang pengajarannya ada ketika saya tekun menyiapkan beberapa tugasan dan adakalanya saya menundakan tugasan tersebut. Ini bermakna kelas secara maya ini lebih fleksibel dan amat sesuai untuk pelajar dewasa macam saya. Sama ada suri rumah sepenuh masa atau suri yang masih bekerja semuanya diberikan masa 24 jam dan terpulanglah kepada anda untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Hendak cepat atau lambat terpulanglah kepada diri kita sendiri. Anda tidak perlu berada sentiasa berhadapan dengan komputer malah sesi tutorial boleh berlangsung di mana-mana sahaja sekiranya anda mempunyai ipad atau smartphone yang mempunyai akses internet. Kadangkala pertanyaan tugasan ketika anda di dapur atau di stesen menunggu bas atau ketika menidurkan anak atau dengan pelbagai situasi. Anda tidak perlu datang ke rumah guru. Anda boleh belajar di Perak, Kedah, Kelantan, Johor, di tempat mana anda berada sekarang dengan syarat ada talian internet malah ada rakan pelajar kami berada di Jepun sekarang. Begitulah indahnya menjadi pelajar dewasa dan belajar secara maya.

Berkat belajar beberapa ketika lahirlah entri pertama penulisan saya di blog
www.azhanaam.blogspot.com bertarikh 7 September 2013 iaitu 2 hari selepas belajar secara online. Kalau saya boleh menulis anda juga sudah tentu boleh.

Banyak kebaikan dari keburukan yang saya nampak dan saya rasa hasil pembelajaran saya selama sebulan ini. Guru kelas amat mengambil berat akan perkembangan saya dalam penulisan dan pemahaman tentang pengajaran dalam kelas. Selain itu guru besar juga (Pn. Masayu Ahmad) dan guru-guru lain sentiasa memberi perangsang dari segi sokongan dan teguran yang membina. Untuk pengetahuan anda, Pn Masayu merupakan pengasas utama kepada Akademi Bekerja Dari Rumah. Dalam pada itu saya telah mendapat sokongan padu dari rakan-rakan seperjuangan (kebanyakannya pelajar senior). Kami saling bantu-membantu menaikkan capaian link blog masing-masing. Mereka bukan sekadar rakan sekelas malah kami berkongsi tentang keluarga dan sebagainya. Dari kelas ini juga saya telah dapat memanfaatkan ilmu yang diajar dan berusaha untuk menyampaikan ilmu yang dipelajari kepada orang lain. Kadangkala kita juga mendapat peluang menjadi guru kepada pelajar-pelajar yang baru pula.


Bagi saya tiada impak negatif hasil dari pembelajaran saya setakat ini cuma ada keperluan kepada sedikit penambahbaikan dari segi pengemaskinian nota. Mungkin nota-nota dari setiap tugasan perlu disusun lebih kemas dan jelas sehingga boleh menjadi sebuah e-book yang akan diberikan secara percuma kepada setiap pelajar yang mengikuti kelas membuat asas blog dan fanpage.

Nota Admin:
1. Akademi Bekerja Di Rumah sudah pun mempunyai rujukan, iaitu ebook asas blog dan penulisan. Ini adalah ebook rujukan lengkap. Ebook ini dalam proses penambahbaikan kali ke 2, semua pelajar akan mendapatnya, dan ia sememangnya diberikan kepada setiap pelajar yang belajar.

2. Tugasan adalah berbeza, kerana ia berbeza dengan analisa setiap pelajar serta matlamat untuk menyertai kelas. Sebab itulah, tugasan diberikan di dalam kelas selepas analisa dibuat.

3. Pada masa ini kita sudah pun melaksanakan, peraturan baru, iaitu selepas pendaftaran dibuat, pelajar perlu membaca atau khatam sekali untuk memudahkan pemahaman tugasan. Ini memudahkan penyerapan untuk menyelesaikan tugasan seterusnya.


Kelas ini memang amat sesuai kepada mereka yang ingin membuat bisnes secara online kerana telah mencakupi 2 perkara asas yang merupakan keperluan utama bisnes online iaitu membuat blog dan fanpage. Marilah menjadi sebahagian dari keluarga kami di Akademi Bekerja Dari Rumah, lihat link di http://www.akademibekerjadarirumah.blogspot.com


Sekiranya anda mempunyai bisnes dan berminat untuk mengiklankan apa sahaja produk atau program bolehlah merujuk Directory SOHO kami,http://www.sohodirectory.blogspot.com


Berminat? Inginkan maklumat lanjut? Jangan segan-segan jangan malu-malu, hubungi saya melalui cara-cara yang anda selesa, SMS boleh, WhatsApp boleh, e-mail pun boleh :

Untuk tempahan & pembelian, sila hubungi :
Lenny Boniface di
lennbj608@gmail.com
016-8749195 (SMS/WhatsApp)
https://www.facebook.com/lenny.Boniface


Selasa, 11 Februari 2014

Lirik Lagu "Let Her Go" - sangat-sangat best

Salam.

Alhamdulillah.

Saya amat tertarik dengan lagu ini. Sangat sedap untuk didengar. Sesiapa yang boleh surf net, cari lah lagu ini di internet, dan dengar lah. Apa-apapun kita kena BERSYUKUR - maksud tersiratnya.



"Let Her Go"
by Passenger
Well you only need the light when it's burning low
Only miss the sun when it starts to snow
Only know you love her when you let her go

Only know you've been high when you're feeling low
Only hate the road when you’re missin' home
Only know you love her when you let her go
And you let her go

Staring at the bottom of your glass
Hoping one day you'll make a dream last
But dreams come slow and they go so fast

You see her when you close your eyes
Maybe one day you'll understand why
Everything you touch surely dies

But you only need the light when it's burning low
Only miss the sun when it starts to snow
Only know you love her when you let her go

Only know you've been high when you're feeling low
Only hate the road when you're missin' home
Only know you love her when you let her go

Staring at the ceiling in the dark
Same old empty feeling in your heart
'Cause love comes slow and it goes so fast

Well you see her when you fall asleep
But never to touch and never to keep
'Cause you loved her too much
And you dived too deep

Well you only need the light when it's burning low
Only miss the sun when it starts to snow
Only know you love her when you let her go

Only know you've been high when you're feeling low
Only hate the road when you're missin' home
Only know you love her when you let her go

And you let her go (oh, oh, ooh, oh no)
And you let her go (oh, oh, ooh, oh no)
Will you let her go?

'Cause you only need the light when it's burning low
Only miss the sun when it starts to snow
Only know you love her when you let her go

Only know you've been high when you're feeling low
Only hate the road when you're missin' home
Only know you love her when you let her go

'Cause you only need the light when it's burning low
Only miss the sun when it starts to snow
Only know you love her when you let her go

Only know you've been high when you're feeling low
Only hate the road when you're missin' home
Only know you love her when you let her go

And you let her go


Ulasan Kelas Asas Blog (oleh : Nurmazlen Mohd Johar)

Salam.

Alhamdulillah.

Ulasan kali ini ditulis oleh protégé Nurmazlen Mohd Johar.


Protege : Nurmazlen Mohd Johar
Guru Onlie : Khairunnisa Hamzahara (Nisa Nua)
Sumber:
http://mamadhiyazahraa.blogspot.com/search/label/KELAS%20ASAS%20BLOG


TEKS OLEH : NURMAZLEN MOHD JOHAR


Gambaran blog Protégé Nurmazlen


Blog pada masa kini adalah medium utama dalam dunia internet. Pelbagai cerita kisah suka, duka, gembira, kejayaan, kegagalan, pembelajaran serta dunia perniagaan dikongsikan di blog. Tidak perlu lagi bersua muka untuk berkawan, berniaga, belajar dan bermacam-macam lagi.

Saya bermula mendekati dunia blog apabila saya cuba berniaga secara online untuk produk Shaklee. Pada mulanya, saya rasa mempelajari cara membina blog sangat payah kerana pada suatu masa dahulu saya berminat untuk membina blog untuk penulisan peribadi, tetapi hanya bertahan untuk bebrapa entry sahaja, dan akhirnya terkubur begitu sahaja.

Apabila, saya bermula untuk berniaga secara online, saya kembali mencuba membina blog sendiri dengan pegetahuan dan ilmu dari internet. Saya berjaya membinanya tetapi, tidak lah sehebat mana. Sekadar mempunyai isi tetapi tiada siapa pun yang sudi berkunjung.

Dan akhirnya, saya ditemukan dengan Khairunnisa Hamzara yang menjalankan KELAS ASAS BLOG secara online sepenuhnya. Pelbagai ilmu dikongsikan untuk memantapkan lagi cara penulisan saya dan menjadikan blog saya lebih mesra pembaca dan pelanggan. Beliau tidak lokek untuk berkongsi ilmu, semua persoalan dijawab dengan baik dan sangat membantu peserta yang menyertai kelas tersebut.

Malah dengan menyertai kelas tesebut, saya mendapat ebook percuma seperti berikut;



Jadi bagi anda yang masih mencari mentor untuk mempelajari bagaiman untuk memulakan pembinaan blog samada blog peribadi atau blog perniagaan, anda masih boleh menyertai kelas tersebut dengan bayaran yang sangat berpatutan.


Cantikkan blog protégé ni. Berminat? Inginkan maklumat lanjut?
Jangan segan-segan jangan malu-malu, hubungi saya melalui cara-cara yang anda selesa, SMS boleh, WhatsApp boleh, e-mail pun boleh :


Untuk tempahan & pembelian, sila hubungi :
Lenny Boniface 

di
lennbj608@gmail.com
016-8749195 (SMS/WhatsApp)

https://www.facebook.com/lenny.Boniface

Isnin, 10 Februari 2014

Ulasan Kelas Asas Blog (oleh : Tuan Fadzilah Tuan Sulaiman)

Salam.

Alhamdulillah.

Pertemuan kali ini dan pertemuan akan datang, akan saya selitkan ulasan-ulasan dari protégé-protégé /pleajar di Akademi Bekerja di Rumah untuk rujukan pembaca-pembaca dan juga kepada individu yang ingin menyertai kelas Asas blog, supaya mereka mendapat 'insight' atau gambaran bagaimana Kelas Asas Blog ini boleh membantu kehidupan anda secara langsung atau tidak langsung.

Ulasan:

Nama pelajar : Tuan Fadzilah Tuan Sulaiman
Guru Online : Zaila Mohamad
Sumber :
http://tuanfadzilah.blogspot.com/2013/11/kaedah-penulisan-blog.html


Gambaran Blog Tuan Fadzilah


Kaedah Penulisan Blog
Mutakhir ini, aktiviti menulis blog tidak lagi menjadi suatu perkara yang janggal. Masih lagi segar di dalam ingatan saya sekitar tahun 2008, saya langsung tidak pandai membuat blog. Pada masa itu saya mempunyai 3 orang rakan yang sudah mempunyai blog dan sedia mengajarkan ilmu blog secara teknikal. Akhirnya blog saya terhasil juga namun blog itu hanyalah sekadar blog pinggiran. Tiada matlamat jelas, jadi blog hanya sekadar pada url sahaja.

Sebenarnya membuat blog perniagaan atau blog peribadi secara individu adalah sangat mudah untuk dilakukan mengikut tutorial yang sudah disediakan. Anda tidak perlukan guru, apatah lagi perlu membayar yuran untuk menghasilkan blog percuma.


Namun apa yang anda perlu belajar dari guru berbanding belajar melalui kesilapan adalah jauh lebih berbaloi. Anda akan dibimbing untuk memastikan kandungan blog anda adalah kandungan yang mempunyai nilai tambah serta membawa manfaat serta diajar untuk hanya memilih aplikasi-aplikasi tertentu yang penting sahaja. Ada blog yang kita hasilkan penuh berinformatif namun pelawat tidak dapat akses ke blog disebabkan terlalu banyak gajet-gajet tambahan yang melambatkan proses loading blog kita. Tiada guna blog yang cantik dan sentiasa dikemaskini tetapi sekadar menjadi blog sampah dicarian google.

Alang-alang berblog, matlamat kita ialah bagi menjadikan blog kita sumber rujukan ramai dan blog yang diminati kerana mempunyai pelbagai informasi. Sekurang-kurangnya ilmu yang bakal diperolehi oleh pelawat blog yang diamalkan itu boleh menjadi saham akhirat untuk kita. Sebagai peniaga pula, blog ini diharapkan agar dapat menghubungkan kita dengan rakan perniagaan dan juga pelanggan.

Bagi menghasilkan sebuah blog yang berkualiti tinggi dan mampu menjana pendapatan, adalah penting bagi kita untuk menulis blog berdasarkan ilmu. Carilah guru, rujuklah pada mereka yang pakar kerana masa kita adalah sangat berharga untuk dibazirkan pada sesuatu yang sia-sia. Saya sendiri pernah mempunyai blog sebelum ini namun akhirnya berkubur kerana menulis blog tanpa ilmu dan tiada matlamat yang jelas dan ilmu yang cukup mengenai penulisan blog.



Berminat? Inginkan maklumat lanjut? Jangan segan-segan jangan malu-malu, hubungi saya melalui cara-cara yang anda selesa, SMS boleh, WhatsApp boleh, e-mail pun boleh :

Untuk tempahan & pembelian, sila hubungi :
Lenny Boniface
di
lennbj608@gmail.com
016-8749195 (SMS/WhatsApp)


Khamis, 6 Februari 2014

Bercuti - Kampungku tiada internet

(oleh : Lenny Boniface)

Salam.

Alhamdulillah.

Fuh... Entri terakhir saya bertarikh 26 Jan 2014. Lama saya cuti. Rindu nak mengarang di sini. Sebenarnya saya balik kampung bercuti. Kampung saya di Kampung Medong, Dalat, Sarawak. Di sana, ada WIFI kampung sebab kampung saya dalam program 'Kampung Tanpa Wayar'. Tapi, sabar saja laa ye tuan-tuan puan-puan, sebab 'slow' sangat. Entri kali ini, saya sertakan gambar sahaja. Tiada penerangan sebab idea belum berkunjung tiba.
























Berminat membina blog?

Jika anda yang mencari mentor/kelas online untuk mempelajari bagaimana untuk memulakan pembinaan blog samada blog peribadi atau blog perniagaan, anda masih boleh menyertai kelas tersebut dengan bayaran yang sangat berpatutan.


Untuk tempahan & pembelian, sila hubungi :
Lenny Boniface 
di
lennbj608@gmail.com
016-8749195 (SMS/WhatsApp)
 https://www.facebook.com/lenny.boniface