Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2014

True Calling - Syahadah

Imej
(Teks: Lenny Boniface)
(Imej/Foto: Google)


Bismillah.

Alhamdulillah.
Assalamualaikum.

TRUE CALLING. Fahamkah anda maksud TRUE CALLING. Sepanjang saya menonton filem Barat lah, kalau ikut kefahaman diri saya sendiri True Calling bermaksud "tujuan yang ditentukan" atau "tujuan dalaman diri kita yang kita temui". Dan saya nak katakan kadang-kadang kita takkan jumpa True Calling kita sehingga kita ditunjukkan oleh Allah s.w.t. , melalui kejadian atau pencarian diri sendiri.

OK. Hari ini saya hendak berkongsi True Calling saya yang baru saya 'temui', atau lebih tepat 'diketuk pintu hati' saya ini. 2 hari lepas saya menonton sebuah video dari Ustaz Muhammad Rashidi Abdullah. Beliau ialah orang Bidayuh. Orang Sarawak. Dan saya merasakan kami mempunyai 'pertalian' sebab sama-sama orang Sarawak dan sama-sama menemui Islam. Alhamdulillah. True Calling kita ni kadang-kadang bukan 1 sahaja ok. Ini adalah salah satu True Calling yang saya dapat selepas m…

Rumah Pusaka

(Teks : Lenny Boniface)

Bismillah.

Alhamdulillah.
Assalamualaikum.

Alhamdulillah kembali semula bersiaran di alam maya setelah seminggu bercuti balik kampung di Kampung Medong, Dalat, Sarawak. Dek kerana urusan menguruskan rumah pusaka mendiang mak dan ayah, saya langsung tak berkesempatan online FB dan juga blog, ditambah pula line internet yang sangat terhad di rumah saya. Alhamdulillah, semua urusan berjalan dengan baik walaupun tak siap 100%.

Semasa mengemas rumah pusaka, memang di sudut hati di selubungi perasaan yang sedih sangat. Jika dulu, balik kampung memang teruja sangat sebab balik jumpa mak. Sekarang balik tinggal sebuah rumah yang kosong sahaja. Ya Allah, sedih sangat. Tapi kematian dan perubahan itu adalah pasti. Kita sebagai anak samaada boleh terima kenyataan ini tidak.

Berehat sebentar. Tiba-tiba 'beku' tak boleh berfikir. In shaa Allah bersiaran kembali.