Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2013

Apabila Terlalu Banyak

Imej
Apa akan jadi jika di depan mata kita terlalu banyak pilihan? Ataupun dalam minda kita penuh dengan idea yang bermacam-macam. Sudah tentu kita akan celaru. Itu yang terjadi kepada diri saya kebelakangan ini.

Isu yang bermain di fikiran saya ialah BAGAIMANA HENDAK TAMBAH PENDAPATAN? Setiap hari saya berfikir, dan muncul bermacam-macam idea. Ini menyebabkan saya tidak fokus pada kerja dan juga situasi semasa. Tetapi, setiap kali apabila saya celaru dan berlaku keadaan 'banyak sangat pilihan', saya akan 'berhenti sebentar'. Iaitu, saya akan berhenti berfikir, dan cuba membuat perkara yang memerlukan perhatian dan fokus tinggi. Dan masa tersebut, saya akan tenang sedikit.
Bagaimana pula kalau membeli belah? Apabila kita pergi membeli-belah di sesuatu pasaraya yang penuh dengan bermacam pilihan, apa akan anda buat? Pengalaman saya pula ialah, saya tak akan membeli apa-apa apabila terjadi situasi demikian. Sebab apa? Sebab saya takut saya akan jadi tamak, ataupun membuat pil…

Perniagaan Shaklee - Produk atau Sistem?

Salam untuk pembaca. Entri kali ini, saya akan menceritakan tentang Shaklee. Adakah perniagaan Shaklee itu suatu perniagaan produk iaitu barang fizikal atau cuma jual sebuah sistem MLM?

Sebenarnya saya sudah pernah menulis sebuah entri berkenaan tajuk ini di blog saya yang lain. Namun kali ini, saya cuma akan bercerita serba sedikit sahaja berkaitan perniagaan Shaklee ini.

Tidak dinafikan, saya memang seorang yang mencari pendapatan sampingan disebabkan gaji tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan 'sampingan' yang lain. Maksud saya, pendapatan tetap saya cukup untuk menampung keperluan asas saya sendiri, tetapi tidak dapat menampung keperluan keluarga saya iaitu mak saya dan juga kehendak saya yang lain. Kerana kita manusia sememangnya ada nafsu dan kehendak yang bermacam-macam.

Perjalanan mencari pendapatan sampingan bermula dari idea berniaga. Dalam pertengahan jalan tersebut, saya menjumpai sebuah MLM (yang baru sahaja diasaskan tidak lama) yang memberikan pendapatan d…

Minit dan Kehidupan

Imej
Saya telah membeli sebuah buku motivasi yang bertajuk "7 Minutes Solution" yang ditulis oleh Allyson Lewis.
Buku ini belum habis dibaca. Saya baru mencecah 199 mukasurat sahaja. Apa yang saya ingin nyatakan di sini ialah setelah membaca buku ini, setiap minit hidup kita menentukan kehidupan kita. Sekiranya saya ada masa, saya akan utarakan tips-tips pentind serta poin-poin yang bermanfaat untuk kita gunakan pada kehidupan harian kita.

Untuk kali ini, saya akan berikan satu bahagian kecil dalam buku ini untuk renungan kita. Saya tulis sebagaimana dalam buku iaitu dalam bahasa Inggeris:

"When you don't know what to focus on, you try to do everything and commit to things you don't have the time, energy, or desire to do.

After a while, your life becomes a series of unfinished tasks and broken promises. Years of disappointment stack one on top of the other until it feels easier and safer to disconnect."
                                                              …

Tips dari Artikel Online

Saya adalah subscriber e-mel MaryEllen Tribby. Beliau adalah seorang usahawanita yang menjalankan perniagaan memberi tips dan nasihat perniagaan kepada klien beliau. Beliau memberi nasihat kepada usahawan-usahawan unggul dalam penerbitan informasi dan pemasaran digital. Pembaca boleh baca info tentang Mary Ellen Tribby di sini.

Jujur saya katakan saya cuma melanggan e-mel dari beberapa website yang berpengaruh tetapi jarang membaca intipati e-mel tersebut. Maka pada hari ini, saya pergi ke www.workingmomsonly.com yang dikelolakan oleh Mary Tribby Ellen ini. Dan telah membaca salah satu artikel yang dimasukan ke dalam website tersebut. Artikel tersebut berkaitan pemasaran yang berkesan.
Tajuknya ialah :
"3 Important Tips for Effectively Marketing Yourself, Your Products and Your Ideas"Pemasaran adalah penting dalam bidang perniagaan, sama ada untuk memperkenalkan diri anda, produk ataupun idea anda. Setelah dibaca artikel tersebut, saya merumuskan bahawa pemasaran yang be…

OmegaGuard, Supplemen yang Harus Dimiliki

Imej

Latar Belakang serta Pengenalan Diri

Saya, Lenny binti Boniface Jubilee. Berasal dari Dalat, Sarawak. Pendidikan tertinggi saya ialah Diploma dalam Kejuruteraan Elektronik. Selepas menghabiskan pengajian, saya pernah berkhidmat sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih selama beberapa tahun. Kemudian saya menyertai program graduan menganggur. Setelah habis program tersebut, saya mendapat pekerjaan sebagai Pegawai Imigresen KP 17.

Sekarang, saya berminat dengan perniagaan dan ingin menjadi bos sendiri suatu hari nanti. Perniagaan yang saya ceburi sekarang ialah MLM Shaklee serta  saya juga menjual beberapa barangan lain secara 'online'.

Minat saya pada masa ini ialah perniagaan, membuat kek, dan menjahit. Selain itu saya sangat suka aktiviti online.

Saya mempunyai beberapa blog dan juga fanpage. Berikut adalah senarai blog dan fanpage:

Blog - 1. http://lennycutecuteshop.blogspot.com
           2. http://dairimamarugged.blogspot.com
           3. http://vita-tips.blogspot.com
           4. http://lennbjbisnes.blogspot…