Isnin, 2 Ogos 2021

Promosi BUlan Ogos 2021

 Assalamualaikum.

Sudah masuk bulan Ogos 2021, dan seperti kebiasaan di Shaklee, setiap bulan ada promosi di Shaklee.

Mari Kak Lenn share apa Promosi bulan ini.



So ini Promosinya:

1. Set Love Your Body -* Beli Ser ini dapat Mug Limited Edition PERCUMA

2. Set Healthy Glow - * Beli Ser ini dapat Mug Limited Edition PERCUMA

(Note: Terdapat 4 Warna yang boleh dipilih, tetapi semuanya adalah berdasarkan STOK YANG MASIH AVAILABLE)

So, Siapa-siapa yang peminat setia Shaklee dan ingin dapatkan MUG LIMITED edition ini, cepat-cepat contact Kak Lenn untuk dapatkan MUG ini dengan PEMBELIAN.





Promosi yang lain:

3. Dapatkan VOUCHER RM 30 Dengan Pembelian Cleanser YOUTH + Night Cream YOUTH (Light or Rich).

Untuk Promosi disebut di atas, SEMUA LAYAK untuk PPERCUMA KEAHLIAN DAN PERCUMA PENGHANTARAN.

Promosi berlangsung dari 1 Ogos -31 Ogos 2021, dan tertakluk kepada Stok yang masih ada.

Untuk sebarang pertanyaan boleh klik link WASAP di bawah ya.


LENNY BONIFACE
Mama Jual Shaklee
Shaklee Independent Distributor
https://www.wasap.my/60168749195/

Selasa, 27 Julai 2021

REVIEW KDrama - Awaken

 Assalamualaikum. 

Kak Lenn OFF DAY agak panjang minggu ini, maka sempat habiskan 16 episod KDrama bertajuk AWAKEN.

Kak Lenn adalah peminat drama penyiasatan, thriller, pembunuh bersiri, cerita polis, cerita paranormal dan horror. So hari ini Kak Lenn nak buat review tentang Drama AWAKEN (tahun 2020) ini. Pada sesiapa yang belum menonton drama ini, review ini mengandungi SPOILERS ye.



Let's start.

Berdasarkan apa yang Kak Lenn perhatikan, drama ini adalah campuran sci-fi, dan penyiasatan. Kalau nak diikutkan, unsur-unsur kepolisan adalah bagai hiasan sahaja.


Do Jung Woo

Mengisahkan Do Jung Woo (watak utama) polis yang diarahakan menyiasat beberapa siri pembunuhan diri dan mengesyaki kes-kes ini bukan pembunuhan biasa. Do Jung Woo ini adalah ketua pasukan Unit Khas. Di dalam unit ini ada polis wanita bernama Gong Hye Woo (watak utama juga) dan dibantu oleh 2 watak sampingan lagi (yang Kak Lenn tak ingat nama). So Team Khas ini mempunyai 4 pegawai. Dan cara team ini mengendalikan kes adalah lain macam (orang kata). 


Gong Hye Woon

Jadi, siasat punya siasat, rupanya kes bunuh diri ini mempunyai amaran awal sebelum kejadian bunuh diri berlaku. Dan kes yang bakal berlaku melibatan seorang VIP yang terkenal dan kaya nama dia Sin Ho Min. Pendekkan cerita, Son Ho Min mempunyai kaitan dengan kes-kes bunuh diri sebelum ini dan juga berkait pula dengan satu kejadian 28 tahun sebelum itu di suatu kawasan dinamakan Kampung Malam Putih.

Drama ini banyak scene flashback ye. 

Kemudian, entah macam mana, Polis Korea menjemput seorang pegawai FBI dari US bernama Jamie Leigh, dia ni orang Korea yang mempunyai kerakyatan US. Tambah lagi seorang bijak dalam team penyiasatan ini. Dalam drama ini banyak plot twist.


Jamie Leigh

Pendekkan lagi cerita, rupanya Jamie Leigh ini mempunyai kaitan dengan Kampung Malam Putih, cuma dia tak boleh ingat semua kejadian lalu, kemudian pula, Do Jung Woo pun confess yang dia pun dari Kampung Malam Putih. 

Banyak sangat plot twist, sampai Kak Lenn pun confuse. Takpe-takpe, Kak Lenn cuba cerita lagi.

Drama ini banyak berkisar antara 3 watak utama ini. Ada 1 watak lelaki (yang dipanggil Budak Ketiga) yang nak kata utama tak utama sangat. Pada mulanya, Kak Lenn ramal 2 watak utama ini Mutant. Tapi meleset sekali ramalannya.

Kita terus pada Kampung Malam Putih 28 tahun dahulu yang menjadi isu utama drama ini. Kampung ini terletak di sebuah pulau. Dan ia mempunyai satu fasiliti di situ yang menempatkan ramai kanak-kanak. Ingatkan ini tempat kebajikan anak-anak yatim ke, rupanya bukan. Apalah tempat ini? Ia adalah sebuah fasiliti penyelidikan sains yang menggunakan kanak-kanak dan manusia lain untuk buat kajian tentang ubat untuk mengekalkan usia muda sehingga bila-bila, supaya tidak boleh mati. (Ada pulak macam tu). Saintis-saintis di pulau itu akan mengambil anak-anak gelandangan atau mana-mana anak yang tidak dikehendaki dimasukkan di situ, dan seorang demi seorang dijadikan bahan uji kaji.

Ingat cerita 'Fountain of Youth'? Ini lah saintis-saintis ini cuba ciptakan, menggunakan darah-darah kanak-kanak yang mereka ambil. Do Jung Wo dan Jamie Leigh pun pernah tinggal di situ. Cuma mereka bernasib baik berjaya melarikan diri sebelum menjadi korban saintis-saintis tersebut. Dalam kejadian melarikan diri itu, ada 3 budak yang berjaya melarikan diri iaitu Do Jung Woo, Jamie Leigh dan 1 lagi budak misteri.

Saintis-saintis di Kampung Malam Putih ini dibiayai oleh Yayasan Malam Putih. Dan orang-orang dalam Yayasan Malam Putih ini adalah orang-orang mempunyai kuasa, pangkat dan duit. Sebab itu, kegiatan haram mereka membunuh anak-anak tidak dapat dikesan. Sehinggalah Do Jung Woo nekad hendak bongkarkan jenayah Yayasan Kampung Putih. Dialah hero. 

Kak Lenn tak cerita dengan se-terperinci ye. Sebab panjang sangat kalau nak review macam tu.

Kemudian, apabila Jamie Leigh sedar (awaken) dari amnesia dia, rupanya dia adalah kembar Do Jung Woo. Ini dah agak dah, cuma Kak Lenn tak sangka mereka dua yang kembar, ingatkan ada seorang lagi dari mereka yang kembar dia. Kemudian, mereka pulak adalah anak kandung saintis GILA di Kampung Malam Putih, Saintis wanita (tak ingat nama). Lawa. Saintis ini telah mencuba serum fountain of youth yang mereka kaji, dan dia kekal muda walaupun selepas 28 tahun.

Ending dia senang diagak je. Cuma adalah beberapa kejadian yang Kak Lenn kurang terima akal lah, iaitu, masa Jamie terkandas di Pulau Kampung Malam Putih, untuk melawat kawasan bersama seorang wartawan. Masa itu, ada satu kejadian gengster-gengster cuba menculik dia dan wartawan, tiba-tiba 'budak ketiga misteri' muncul, cuba bunuh Jamie. Tengah-tangah nak bunuh ni, Do Jung Woo, entah dari mana muncul selamatkan Jamie. Heran-heran. Macam mana dia sampai pulau tu tanpa bot? Si Budak Ketiga Misteri pun sama, macam mana dia sampai? Terbang? Ada lagi laa beberapa scene tak masuk akal. Tapi nak cakap apa kan, nama pun fiksyen.

Keseluruhan ke-best-an yang Kak Lenn dapat dari Kdrama ini - NICEEE.. boleh layan. 




LENNY BONIFACE
Mama Jual Shaklee
Shaklee Independent Distributor
https://www.wasap.my/60168749195/

Jumaat, 23 Julai 2021

The Things We Can Change

 Assalamualaikum.

Hari ini 23.07.2021, kes baru sudah mencecah 15K. Kami dah tak tahu nak cakap apa dah. Personally bagi Kak Lenn, takyah blame mana-mana pihak pun. Ini act of nature ataupun dikenali sebagai Qada' Qadar Allah s.w.t.. Kak Lenn berpendapat (personally, walaupun apa kata WHO), 'tsunami covid-19' ini akan reda sendirinya, bak kata omputih "what's goes up must come down". 

Kita, rakyat dan pihak pemerintah dah cuba terbaik dah. Tapi kes tetap meningkat. So, stop blaming anyone, everyone, the world etc. etc. etc.

Sekarang, Kak Lenn adalah masa terbaik untuk kita perbaiki diri, tambah kebaikan di dalam diri dengan beramal sebanyak mungkin. Tak kira, kita bersalah atau tak, tak kira dunia ini akan pulih atau tidak. THE ONLY THING WE CAN CHANGE IS OURSELVES.

Kak Lenn cuma boleh ubah diri sendiri iaitu, mencari pahala dengan beribadah, mengaji quran, melatih diri untuk selawat/zikir, mengubah cara pemikiran dan cara pandang dunia ini. Biarlah sedikit zikirnya, atau selawatnya, tapi setiap hari sentiasa ada. Itu lah perubahan yang kita nak.

Let nature take its course. Ada mungkin yang kata ini adalah konsipirasi dunia. Ada mungkin yang kata ini adalah sebab dari dosa kita. Tapi tak kira dari sebab apa pun, musibah ini datang dari Allah s.w.t. , jadi kita kena minta dengan Allah dan kembali kepadaNya. Hanya Allah yang akan mengembalikan kebaikan ke dunia. Tetapi, kita sebagai hamba wajib beriman kepadaNya dan memohon kepadaNya.

Jadi kita cuba tambahkan keimanan kepadaNya dan bertaubat kepadaNya. Semoga dunia ini kembali pulih seperti sedia kala. Amin.



LENNY BONIFACE
Mama Jual Shaklee
Shaklee Independent Distributor
https://www.wasap.my/60168749195/


Rabu, 21 Julai 2021

Jom Doa agar Musibah Diangkat

 Assalamualaikum.

Sudah agak lama tidak mendapat idea untuk post di blog ini. Tadi baru sahaja mendapat sedikit idea untuk dikarangkan.

Kita sudah lama di dalam keadaan Pandemik dan juga lockdown yang sangat lama. Walaupun pada satu tempoh kita pernah berada di dalam PKPP, dan boleh merentas negeri, tapi keadaan sekarang juga tidak memberikan kelegaan.

Kak Lenn personally dalam keadaan yang 'hilang hari dan fokus' akibat pandemik ini. Suatu keadaan luar biasa yang menyebabkan kita terkurung dan tidak boleh melakukan aktiviti outdoor seperti biasa.

Mental state adalah frustration. Kak Lenn tidak menyalahkan keadaan, cuma mentally kita perlukan release, iaitu kembali boleh keluar beriadah, bercuti, dan berjumpa rakan-rakan dan shabat-sahabat.

Kak Lenn mengakui, walaupun kita bebas untuk melanggar SOP, tapi di lubuk hati kita juga ingin jaga diri sendiri daripada jangkitan Covid19.

Sebelum covid, kita semua boleh bebas ke mana sahaja. Walaupun sekarang bebas (sedikit) tetapi, still kita tak boleh ke Shoppping Mall, ke tempat percutian, ke kedai makan yang kita sukai. Dan membuatkan kita frustrate dengan keadaan sekarang. 

Walaupun hati ingin sangat berjalan, tetapi tahankan saja kerana memikirkan keluarga dan diri sendiri. Dalam pekerjaan Kak Lenn, ramai rakan-rakan yang jadi kontak rapat ataupun didapati positif covid19, hati ini rasa geram, takut, risau dan macam-macam lagi perasaan apabila mendapat berita sedemikian. Kita tak nak jadi kontak rapat, dan tak nak positif (walaupun kita dah vaksin) , kerana apa? Kerana kita akan terkurung di rumah. Itu adalah satu penyeksaan yang Kak Lenn tak boleh nak explain.

Di catatan ini, Kak Lenn menyeru agar kita kerap berdoa, musibah yang melanda kita, cepat-cepat diangkat oleh Allah s.w.t yang Maha Berkuasa, supaya kita boleh kembali ke kehidupan asal kita.







Sekian, dahulu catatan hari ini. Doakan Kak Lenn mendapat banyak inspirasi untuk mengarang di sini kerap.


LENNY BONIFACE
Mama Jual Shaklee
Shaklee Independent Distributor
https://www.wasap.my/60168749195/




Khamis, 10 Jun 2021

Kenapa ESP Shaklee sangat BEST?


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

You guys tau tak kenapa ESP Shaklee antara produk terbaik? Apa yang best sangat dengan ESP ini?
Kak Lenn nak share la sikit tentang ke-Best-an ESP ini.
Antara kehebatan ESP Shaklee ini (yang Kak Lenn sendiri alami, bila consume ESP ini)

1. BERTENAGA dan TIDAK CEPAT LESU
Kalau ikutkan Nama ESP pun ialah ENERGIZING SOY PROTEIN - dan terbukti setelah consume ESP Shaklee ini Kak Lenn tidak mudah letih (ini semasa waktu menyusu badan)
Jujur kata, sangat-sangat membantu ibu-ibu yang menyusu badan ataupun ibu-ibu yang selalu HECTIC dengan peranan IBU dan KERJAYA.

2 Membantu memperbaiki Keadaan Kulit - MENCANTIKKAN KULIT
Kak Lenn sendiri juga mengalami kulit yang lebih berseri apabila sendiri mengamalkan ESP secara konsisten. JAdi kepada sesiapa sahaja yang ingin mempunyai kulit cantik, berseri dan gebu gebas, boleh amalkan ESP shaklee ini.

3. RASA KENYANG LEBIH LAMA
Kak Lenn sendiri mengamalkan ESP kiranya hendak berpuasa. Dan membantu Kak Lenn rasa kenyang lebih lama. Sekiranya Kak Lenn hendak diet pun Kak Lenn amalkan ESP Shaklee ini, supaya boleh mengurangkan rasa lapar yang selalu menjelma.

So, pada sesiapa yang ingin berdiet atau berpuasa boleh juga mengamalkan ESP Shaklee ini.

Pada sesiapa yang ingin mendapatkan atau mencuba ESP Shaklee yang AWESOME ini, boleh w4s4p Kak Lenn ye. ❤️❤️😘




 

Selasa, 8 Jun 2021

Pengenalan Semula Diri

Assalamualaikum, Salam Sejahtera semua

Saya, Lenny masih lagi aktif sebagai Pengedar Sah Produk Shaklee.
Kawan2 yang memerlukan produk Shaklee atau INGIN membuat perniagaan tepi, boleh la PM saya. Atau Wasap ke
http://www.wasap.my/60168749195/
untuk pertanyaan lanjut.
Ceria-ceria selalu ye.
Stay safe semua.
Jangan lupa daftar vaksin ye.



 

Isnin, 29 Mac 2021

Masalah Jerawat Tak Berkesudahan

 

 Link :   Masalah jerawat tak berkesudahan (hmetro.com.my)


MASALAH jerawat di muka antara mimpi ngeri yang cuba dielakkan oleh sesiapa sahaja.




Apa tidaknya masalah ini sukar disembunyikan terutama kepada mereka yang sangat mementingkan penampilan diri sekali gus mengurangkan keyakinan diri untuk berdepan dengan orang ramai.

Lebih menyedihkan, biarpun sudah menggunakan pelbagai produk dan menjaga pemakanan, masalah jerawat masih tidak berkesudahan.

Bagaimanapun, ramai yang tidak menyedari masalah jerawat ini juga boleh berpunca daripada sindrom ovari polisistik (PCOS).

Pakar Perunding Kanan Sakit Puan dan Perbidanan, Profesor Nur Azurah Abdul Ghani berkata, PCOS adalah keadaan di mana seseorang wanita itu mengalami ketidakseimbangan hormon di dalam badan mereka.

"Ia juga boleh mengganggu kitaran haid wanita dan menyebabkan individu itu mengalami kesan lebihan hormon androgen yakni hormon lelaki.

"Imbasan ultrasound lazimnya menunjukkan kilang telur (ovari) mereka agak besar berbanding wanita lain dan mempunyai folikel (cyst) yang banyak," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Menurutnya, mereka yang mengalami PCOS juga boleh menyebabkan berlakunya masalah jerawat yang teruk disebabkan ketidakseimbangan hormon dalam badan mereka.

"Kilang telur (ovari) wanita bukan hanya menghasilkan hormon estrogen tetapi ia juga menghasilkan hormon androgen pada kadar yang rendah.

"PCOS akan menyebabkan kilang telur menghasilkan lebih banyak hormon androgen yang memberi kesan pada kulit dengan menghasilkan lebih banyak sebum menjadikan permukaan kulit lebih berminyak," katanya.

Ketua Jabatan Obstetriks dan Ginekologi Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) itu berkata, liang sebum yang tersumbat ini akan mencetus jerawat pada permukaan kulit.

"Kehadiran bakteria Propionibacterium acnes akan menyebabkan radang pada jerawat itu.

"Jerawat ini bukan sekadar berlaku di muka tetapi 50 peratus boleh didapati pada bahagian leher, dada dan juga belakang wanita," katanya.

Oleh itu, bagi wanita yang mengalami PCOS, rawatan asas yang diberikan adalah bertujuan mengimbangi semula hormon di dalam badan mereka.

"Ini secara tidak langsung akan mengurangkan kadar penghasilan hormon androgen di dalam badan mereka dan seterusnya mengurangkan efek yang disebabkan hormon itu seperti jerawat.

"Langkah utama yang perlu diambil oleh wanita itu ialah berusaha mengurangkan berat badan yang berlebihan.

"Sekiranya berat badan kembali pada berat ideal, keseimbangan hormon dapat dicapai dan ini boleh mengurangkan jerawat serta kitaran haid yang tidak teratur," kataya.

Beliau berkata, pengambilan pil perancang juga dapat membantu melancarkan kitaran haid dan membantu mengurangkan jerawat.

"Bagi mereka yang mengalami masalah jerawat yang teruk, perlu berjumpa dengan pakar kulit untuk membantu mengurangkan masalah jerawat yang mereka alami," katanya.

Bagaimanapun, kehadiran jerawat bukannya satu-satunya tanda seseorang wanita itu mengalami PCOS.

"Mereka yang mengalami PCOS lazimnya mempunyai berat badan yang berlebihan, kitaran haid yang tidak teratur, mempunyai bulu yang agak berlebihan berbanding wanita biasa, keguguran rambut dan kulit yang gelap di bahagian leher serta ketiak," katanya.

Secara amnya, kesedaran masyarakat terhadap PCOS masih rendah sehingga ramai yang masih tidak sedar mengenai risiko sekiranya penyakit ini tidak dirawat.

"Ada dalam kalangan mereka mengalami obesiti, penyakit kencing manis, darah tinggi dan kesukaran untuk hamil. Mereka juga berisiko untuk mendapat kanser rahim," katanya.

Bagi mereka yang mempunyai PCOS, perlu lebih cakna dalam menjaga kesihatan diri kerana mereka berisiko untuk mendapat masalah kesihatan.

"Mereka perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan pemakanan yang seimbang serta melakukan senaman.

"Selain ubatan doktor, pengambilan probiotik juga boleh membantu mengimbangI hormon di dalam badan mereka," katanya.


Jumaat, 26 Mac 2021

Jom Doa

Apabila kita berada di dalam keadaan kecelaruan, maka kita duduk dan panjatkanlah doa.

Ya Allah, berikanlah petunjuk dan hidayah untuk aku, supaya aku boleh mencapai kejayaan dunia dan akhirat.

Amin




LENNY BONIFACE
Mama Jual Shaklee
Shaklee Independent Distributor
https://www.wasap.my/60168749195/

Selasa, 16 Mac 2021

Bulan Ramadan Semakin Hampir

 Hari ini, 16 Mac 2021, aku ganti puasa. Sebenarnya ganti puasa taklah susah mana, cuma hati mau kental.

Pernah lah juga aku batal puasa kerana terliur tengok KFC. Tapi sebenarnya boleh je puasa.

Anyway, korang-korang dah ganti puasa ke? Aku masih lagi long journey. Ada 9 hari. Semalam dan hari ini dah ganti, jadi tinggal lagi 7 hari. Doakan saya berjaya ganti puasa ni. ❤❤❤

Sambil-sambil kita kenang puasa ini, why not kita tengok sekali produk Shaklee untuk golongan yang  hendak berpuasa.


                            


Ini antara produk yang boleh diamalkan sepanjang tempoh berpuasa, supaya badan kekal cergas dan aktif. Tidak lemau.




Sebenarnya puasa ini adalah amalan yang sangat membantu kesihatan kita dan juga melatih kita untuk mengawal banyak perkara, sperti nafsu makan, nafsu maki hamu, nafsu lain-lain lagi. Kerana berpuasa bukan setakat hanya perlu berlapar, juga perlu menjaga perasaan dan juga perkataan.

Jadi, usahalah ganti puasa, atau puasa sunat. Supaya kita berlatih untuk menjadi manusia yang lebih baik.


LENNY BONIFACE
Mama Jual Shaklee
Shaklee Independent Distributor
https://www.wasap.my/60168749195/


Isnin, 15 Mac 2021

Ingatkah Anda Ramadan 2020?

 Hari itu, tiba-tiba cuba mengingati balik Ramadan 2020. Aku kena mula ganti puasa ni. Jadi sambil-sambil tu, aku cuba laa mengimbau kembali bulan puasa 2020. Rasa macam blank. 

Aku rasa macam tahun 2020 telah hilang dalam sejarah dunia. Kecuali, sejarah yang menyatakan 2020 tahun dunia dijangkiti  covid-19.

Tahun-tahun lepas, ada juga aku cuba coretkan aktiviti Ramadan, tahun 2020 langsung takde apa-apa.

Aku tak merindui bazar Ramadan atau apa-apa. Aku cuma rindu suasana meriahnya Ramadan. 

Pandemik ini betul-betul alter keadaan kita 360.

Anyway, niat di hati, tahun ini, nak catatlah apa-apa tentang ramadan 2021.



LENNY BONIFACE
Mama Jual Shaklee
Shaklee Independent Distributor
https://www.wasap.my/60168749195/

Ahad, 7 Mac 2021

Simplicity Is The Best

 Apa maksud Simplicity is The Best?

Pernah tak kalau kita nak masuk sesuatu website, website itu kena simple dan mudah kita nak faham arahananya? So simplicity is the best.




Kemudian, kalau kita nak beli sesuatu produk DIY, kita mesti nak yang mudah nak pasang kan? So Simplicity is the best.

Kemudian, di rumah, kalau boleh nak simple-simple sahaja, supaya nak kemas tak susah, nak bersih tak susah. Simplicity is The Best.

Dalam hidup benda-benda mudah ini adalah nikmat. Contoh rumah tak banyak perabot dan tak banyak barang, dan kita yang hidup di dalamnya, senang nak kemas, senang nak sapu, kepala pun tak serabut.

Tengok pula baju, kalau boleh simple dan minimalis. Senang, tak payah buang masa nak fikir nak padankan apa dengan apa. Kan?

So here is just a penny of my thoughts.




LENNY BONIFACE
Mama Jual Shaklee
Shaklee Independent Distributor
https://www.wasap.my/60168749195/

Ahad, 14 Februari 2021

Bagaimana nak Mula Dengan Supplemen Shaklee?

Assalamualaikum.

Sebenarnya, dalam pengambilan produk Shaklee, kita ada Set-set yang sesuai dengan pemula atau beginner.

OK. Step pertama ialah kita mulakan dengan Set Asas dahulu iaitu:
1. Protein
2. Vitamin C
3. Kalsium
4. Minyak Ikan
5. B complex

Ini adalah asas kepada kesihatan yang baik. Apabila asas nutrisi dah mencukupi di dalam tubuh badan kita, boleh lah melangkah ke Step ke 2.





 Step ke 2 ialah kita BOOST/ TINGKATKAN. Supplemen untuk BOOST ini ialah RexV dan Vivix. Kedua supplemen adalah antioksidan yang kuat, dan sangat membantu dalam meningkatkan dan mengekalkan tenaga sepanjang hari.


Dan akhirnya, barulah kita ke Step terakhir iaitu pemilihan supplemen khusus untuk tujuan khusus seperti detoks, kehamilan, selepas bersalin, kecantikan dan lain-lain.

Sebab itulah, supplemen Shaklee mempunyai pengedar yang bertauliah. Sebab kami akan memberi panduan bagaimana penggunaan produk Shaklee.










LENNY BONIFACE
Mama Jual Shaklee
Shaklee Independent Distributor
https://www.wasap.my/60168749195/

Isnin, 25 Januari 2021

Percutian Pendek 30 Dec - 31 Dec 2020


Alhamdulillah. Sebelum PKP 2.0 bertarikh 13 Januari 2020, saya sempat membawa keluarga kecil saya bercuti di Port Dickson. Kami menginap di Avillion, Port Dickson.

Saya telah menempah Avillion Water Chalet. Pada asalnya saya nak bawa anak-anak staycation di mana-mana hotel, janji ada Bath Tub, sebab anak-anak nak main air.

Dan di bawah adalah gambar  bilik water chalet tu.






Di dalam bilik ada kipas siling dan juga aircond. Dan suhu dalam bilik tak panas, hanya pakai kipas siling pun cukup nyaman.

                           


                          

Gambar yang bahagian atas ini, view veranda bilik. Cantik kan? Dan gambar di bawah adalah kami berposing di veranda.

                            

Dan gmabar di bawah adalah gambar-gambar kami berjalan-jalan di sekitar water chalet.









Gambar di bawah ini, adalah gambar selfie saya di mini pet zone.Di sini ada arnab, dan burung merak. Disebabkan kami masuk lambat, time bagi makan dah habis.




Alhamdulillah, alhamdulillah, kami dapat spend time bersama-sama menikmati keindahan pantai dan laut.








    LENNY BONIFACE
    Mama Jual Shaklee
    Shaklee Independent Distributor
    https://www.wasap.my/60168749195/

















Khamis, 21 Januari 2021

Kesan dan Manfaat Kolagen

 Kolagen adalah  protein paling banyak di dalam tubuh badan. Malah, kolagen menyumbangkan 75% daripada berat dari kulit kita.

Kolagen adalah bahan yang mengekalkan tubuh manusia dalam bentuknya. Ia bagaikan 'Scaffold' untuk membekalkan ketahanan dan struktur.

Jadi, Apa kesan dan manfaat kolagen?

1. Melembapkan - Melembapkan kulit untuk mengurangkan kekeringan atau mengelupas.

2. Mengekalkan keanjalan kulit - Meningkatkan ketegangan, keanjalan dan kelenturan kulit.

3. Anti -Aging / Anti-Penuaan - Mengurangkan pori-pori terbuka, kedutan dan garis-garis halus.

4. Pemutihan - Mencerahkan pigmentasi, bintik-bintik gelap dan meratakan tona kulit wajah.

5. Membekalkan khasiat - Membantu kuku yang lebih kuat, lebih tebal dan rambut yang lebih bermaya dan sihat.

6. Melicinkan - Meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit.

7. Menegangkan - Membantu menegangkan payudara.

8. Menguatkan - Mengekalkan kesihtan tulang dan sendi-sendi. 




LENNY BONIFACE
Mama Jual Shaklee
Shaklee Independent Distributor
https://www.wasap.my/60168749195/


Sabtu, 16 Januari 2021

USaha dan Doa

 Walau susah macam mana pun.. Aku nak berjaya.


Nak capai impian.


Usaha dan doa. Usaha dan doa. Jangan putuskan 2 ni.

Jom, walau merangkak, walau mengesot, cari kejayaan milik anda.

Jangan putus doa dan usaha.

InshaAllah semua akan manifest itself one by one.


LENNY BONIFACE
Mama Jual Shaklee
Shaklee Independent Distributor
https://www.wasap.my/60168749195/

Jumaat, 15 Januari 2021

Ulser Mulut Yang Mengganggu

 Semalam entah kenapa kepala sakit ditambah lagi ulser dalam mulut. Lepas tu, semalam tido tak selesa macam sakit gigi tambah ulser di langit-langit mulut. Tekak pula rasa sakit.

Pagi ini pula berkejar ke pejabat, dengan sakit kepala (mild) dan sakit mulut. Nak hangin saja. Masuk-masuk ofis terus duduk untuk kerja. Nasib  baik beli roti dan 100Plus sebelum masuk ofis.

Nak hirup kopi pun perit, apatah lagi nak makan. Ulser oh ulser.

So just nak share sini. Dengan rasa sakit mulut, sakit gigi (rasa macam sakit gigi), sakit tekak, I pun minum 100 plus nak bagi hidrasi badan. Alhamdulillah, lepas minum 100 plus, sakit ulser, sakit gigi, berkurangan. 

Saya hanya nak logkan di sini, pengalaman saya. 


LENNY BONIFACE
Mama Jual Shaklee
Shaklee Independent Distributor
https://www.wasap.my/60168749195/

Khamis, 14 Januari 2021

Penulis Yang Setia

 Assalamualaikum.

Dah pukul 2 pagi, saya masih berjaga. Dek kerana ingin baca blog Roza Roslan. Saya kenal blog ini dari kakak di tempat kerja. Kakak ni memang setia baca blog Roza Roslan ni.

Maka, malam ini, saya cuba baca entri karangan beliau. Apa yang saya dapati, tulisan beliau penuh perasaan. Tak seperti tulisan saya yang kaku. And beliau menulis dengan penuh details tentang kenangan beliau waktu kecil. Hebat!

Saya belum tentu BERANI mengekspresskan perasaan sendiri. Kerana saya memang seorang yang takut nak tunjukkan perasaan sebenar.

Dan apa yang saya belajar dari penulisan beliau ialah, penulisan yang sebegini yang penuh perasaan sebenar, orang akan jadi pembaca setia.

Mungkin suatu hari saya akan tuliskan sejarah hidup saya.. Maybe..

Itu sahaja nak catatkan di dalam blog ini pagi ni.



LENNY BONIFACE
Mama Jual Shaklee
Shaklee Independent Distributor
https://www.wasap.my/60168749195/

Rabu, 13 Januari 2021

Promosi Vitamin C Shaklee (1 -31 Januari 2021)

 Assalamualaikum. Selamat PAgi.

HI, I Lenny Boniface - Pengedar Sah Shaklee.


Sering selsema, batuk-batuk tak kira musim?

Batuk selsema berpanjangan?

Kulit kusam?

Badan rasa tak selesa selalu?

Luka lambat sembuh?

Tidak bermaya?


Anda Nak tingkatkan Sistem Imun anda?


Di sini I nak suggestkan vitamin C Shaklee sebagai supplemen harian supaya membantu memperbaiki kesihatan semasa.


Apa yang best nya vitamin C Shaklee?

  1. Adalah semulajadi - diekstrak dari jagung. Dan ini menjadikan vitamin C ini sesuai untuk orang2 yang perut sensitif.

  2. Sistem pelepasan berperingkat - di mana bila kita makan sebiji vitamin C Shaklee, yang  500mg - ia akan ‘dilepaskan’ 100mg setiap jam. Maksudnya, untuk serap 500mg vitamin C mengambil masa 5 jam.

  3. Diperkayakan dengan 120mg bioflavanoid citrus bila berkerja seiringan dengan vitamin C meningkatkan keberkesanannya.

  4. Dari segi ekonomi, 1 botol vitamin C Shaklee boleh bertahan sehingga 6 bulan sekiranya diambik sebiji sehari.

  5. Untuk membantu kecantikan kulit, kita perlu memakan vitamin C secara konsisten untuk jangka masa yang panjang. 


Harga retail  Sebotol vitamin C  RM97.50



Berita baik untuk peminat-peminta vitamin Shaklee.

Pada bulan Januari 2021:


PROMOSI SHAKLEE ialah:

Beli 5 botol vitamin C shaklee dapat 1 REUSABLE FACE MASK ...PERCUMA





Dengan harga RM 487.50, anda akan dapat .


  1. 1 unit Re-usable Face Mask

  2. FREE membership Shaklee

  3. FREE Delivery

  4. Car Sticker


PERHATIAN : yang Car sticker dan Face MASK adalah “selagi stok masih ADA”, dan Warna adalah diberi secara RAWAK/RANDOM.


So Cepat-cepat GRAB.


Apa yang best nye FACE MASK ini:

  1. Diperbuat dari fabril anti-bakteria yg mendpat persijilan SGS

  2. Diperbuat dari kain cotton yg memberikan keselesaan

  3. Adjustable straps / tali mask boleh diselaraskan dengan pemakai

  4. Didatangkan bersama 3 helai filter pakai buang

  5. Mask ini terdapat 6 warna - warna mask diberikan secara rawak


Promosi ini berlangsung dari 1 januari sehingga 31 januari selagi stok masih ada.



LENNY BONIFACE
Mama Jual Shaklee
Shaklee Independent Distributor
https://www.wasap.my/60168749195/


Khamis, 7 Januari 2021

Apa Itu Meal Shakes Shaklee

 Assalamualaikum

HI mommies and daddies


Hari ini saya nak memperkenalkan Produk Shaklee yang dinamakan Meal Shakes.


Apa Meal Shakes ni?


Meal Shakes ini adalah serbuk yang dibancuh dijadikan minuman.


Meal shakes ni macam serbuk susu, tapi lain sikit. 


So apa best nya meal shakes ini untuk mommies and daddies?


Meal shakes ini makanan berkhasiat a.k.a supplemen.


Meal Shakes shaklee ni

  • minuman enak, 
  • kaya dengan nutrisi, 
  • dan mudah dibancuh, 
  • Sesuai untuk  seisi keluarga. 
                              

Antara kebaikan Meal Shakes ni ialah:

  • untuk tumbesaran anak yang sihat dan kuat.
  • sarapan segera berkhasiat
  • enak dan segera dihidang
  • snek pilihan pada bila-bila masa 
  • hidangan ideal yang rendah kolesterol, lemak dan sodium.


Kenapa kena dapatkan Meal Shakes untuk keluarga kita?

Cuba tengok anak2 kita punya pattern pemakanan. Adakah seimbang? Adakah kita berjaya provide makanan berkhasiat setiap hari? Adakah dengan segala pemakanan keluarga kita, cukup menampung gap-gap nutrisi badan kita perlukan?


Sebab itu Shaklee mengolah Meal Shakes untuk membantu kita, mommies daddies atau orang perseorangan yang orang kata nak instant good nutrition kepada diri sendiri dan family sekali gus. Bagus kan.


So mommies daddies yang nak dapat meal shakes untuk family sendiri, boleh wasap ke 0168749195 untuk pembelian.


LENNY BONIFACE
Mama Jual Shaklee
Shaklee Independent Distributor
https://www.wasap.my/60168749195/