Selasa, 31 Mac 2015

Lakaran impian.

Assalamualaikum. Hari yang agak stress bagi saya. Bahang GST juga mempengaruhi saya. Walau apapun, mari kita bersyukur dan bersabar semoga Allah berikan kelapangan kepada kita dalam kesempitan.

Anda bukan orang kaya, saya bukan orang kaya. Tetapi, kita boleh kaya dengan usaha yang gigih dan rajin disertai dengan perancangan yang sesuai dan bijak.

Impian saya, saya ingin mendapat pendapatan RM 300,000 sebulan. Tidak mustahil. Semua boleh dicapai jika kita fokus, percaya dan berusaha beraungguh-sungguh. Jangan malu dengan impian kita, selagi impian itu bukan impian yang memudaratkan diri sendiri, keluarga dan dunia.

Saya akan lakarkan masa depan saya dan anda sebagai penonton dan saksi. Insyaa Allah saya akan capai impian saya, moga Allah bantu dan makbulkan doa saya. Doakan saya ya. Dan saya juga doakan kita banyak yang menuju kejayaan dunia dan akhirat. Amin.

Berminat mendapatkan produk Shaklee? Hubungi saya di 0168749195.

Isnin, 30 Mac 2015

Apa itu kesihatan?

Coaching dari Master Hj Roslan

Assalamualaikum. Alhamdulillah semalam saya berjaya menghadiri coaching yang dianjurkan oleh Master Haji Roslan. Terbaik lah. Terima kasih tuan Haji Roslan. Dan harap saya akan sertai lagi coaching tuan haji Roslan.

Sabtu, 28 Mac 2015

Proprietari atau Proprietary - maksudnya

Bismillah.

Alhamdulillah.
Assalamualaikum.

 Salam Jumaat, dan semoga Allah kurniakan keselamatan dan perlindungan kepada mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur serta kawasan-kawasan lain yang dilanda banjir. Ameen.

Ok. Entri kali saya buat ringkas sahaja. Pernah jumpa perkataan "Proprietari"? Dalam bahasa Inggerisnya dieja "Proprietary". Jadi apakah maksudnya? Saya selalu jumpa dalam risalah-risalah Shaklee yang saya dapat, namun saya sendiri tidak memahaminya. Jadi, apa kata kita kongsi ilmu yang sikit ini.

Saya telah meng-Google-kan maksud  "Proprietary", dan telah mendapat hasil carian seperti di bawah:

Proprietary  

1. One that possesses, owns, or hold exclusively right to something 
2. Something that is used, prodeuced, or marketed under exclusive legal right of the inventor or maker; sepecifically: a drug (as a patent medicine) that is protected by secrecy, patent or copyright against free competition as to name, product, composition, or process of manufacture 


Maksudnya, apabila kita melihat perkataan "Proprietari" dalam mana-mana artikel Shaklee atau risalah Shaklee, bermakna produk itu memegang hakcipta dan mempunyai taraf eksklusif. Jadi, semua produk Shaklee mempunyai rekod tersendiri, hakcipta milik Shaklee sahaja dan Eksklusi - hanya terdapat di Shaklee.

Faham kan. Ok itu sahaja sharing kali ini.


Berminat mendapatkan vitaminShaklee? Hubungi saya


Lenny Boniface
di
016-8749195 (SMS/WhatsApp)
lenny.boniface@gmail.com
https://www.facebook.com/lenny.Boniface
*Boleh isi Borang Pertanyaan@Cadangan di sebelah kanan Blog ini

Jumaat, 27 Mac 2015

Cara Menstabilkan Kadar Gula Darah

Assalamualaikum.

(sumber : iSihat – bil 77)



Kajian pernah dilakukan di Australia ke atas pesakit yang menghidapi diabetes jenis 2 dan diminta melakukan latihan angkat beban selama 4 bulan. Ternyata dia berjaya menstabilkan kadar gula dalam darah kerana latihan tersebut bukan sahaja menghilangkan lemak tetapi menjadikan tubuh lebih sensitif terhadap hormon insulin.

====TAMAT======

Saya juga cadangkan beberapa produk untuk menstabilkan hormon mahupun kadar gula dalam darah:
1. GLA Complex Shaklee RM 91.25
2. Vivix Shaklee RM 475
3. Zinc Complex RM 35.00

Berminat mendapatkan vitaminShaklee? Hubungi saya

Lenny Boniface
di
016-8749195 (SMS/WhatsApp)
lenny.boniface@gmail.com
https://www.facebook.com/lenny.Boniface
*Boleh isi Borang Pertanyaan@Cadangan di sebelah kanan Blog ini

Khamis, 26 Mac 2015

Vitamin B1 -Apa fungsinya?





Apa kegunaan vitamin B1 (thiamin)? Zat ini berperanan dalam meningkatkan dalam meningkatkan selera makan dan memperbaiki saluran pencernaan, sebagai sumber tenaga dan juga memaksimumkan fungsi saraf. Sekiranya kulit anda bersisik atau kering, daya tahan tubuh menurun, mengalami stres, insomnia, sering sakit kepala, dan mudah lupa, ada kemungkinan kadar thiamin dalam tubuh anda kurang.

Thiamin tergolong dalam vitamin yang larut dalam air dan akan disimpan oleh tubuh dalam jumlah yang terbatas. Maka tidak perlu mengambil thiamin yang berlebihan. Jika kadar yang berlebihan maka tubuh akan mengeluarkannya melalui air kencing.

Selasa, 24 Mac 2015

Impian dan Resepi Berjaya

Assalamualaikum.

Hari ini biar kita bersembang-sembang santai. Hari ini saya ingin ceritakan tentang Resepi Kehidupan. Sebenarnya kehidupan ini tak ada bentuk dan motif yang sama. Kehidupan ini adalah hidup dan berubah-ubah. Namun kita boleh 'acu'-kan kehidupan ini seperti yang kita kehendaki. Misal kata, kita hendak hidup selesa dan mewah, maka resepi nya - Usaha gigih, berkorban apa saja, fokus, konsisten dan yakin dengan matlamat hidup kita. Contoh lain, kita hendak hidup yang harmoni dengan ahli keluarga sekalian, maka resepinya - luangkan masa, laburkan duit untuk keluarga, selalu berinteraksi dan bertolak ansur apabila timbul konflik.

So everything has some recipe to it. Jadi apakah kehidupan yang anda inginkan?



Dan saya kongsikan sikit kehidupan idaman saya, sebidang tanah dan dibina sebuah rumah biasa di situ. Sekeliling laman boleh bercucuk tanam dan menternak ikan. Mempunyai kawasan laman yang luas untuk anak-anak saya bermain dan berlari. Selain itu, kebebasan masa saya bersama keluarga dan keadaan kewangan yang selesa dan stabil, yang membolehkan saya membelanjakan duit saya sesuka hati saya, bila-bila masa. Ah..... impian ku.... Dan tanamkan benih keyakinan bahawa saya akan mencapai kebebasan kewangan. Resepinya - berusaha dengan gigih, selalu memohon kepada Allah, selalu yakin kepada Allah, yakinkan diri saya boleh jadi pengedar Shaklee terbaik, sabar dan tabah dalam menghadapi cabaran perniagaan, mempunyai ilmu menguruskan kewangan perniagaan dengan baik.... dan juga beberapa perkara yang saya akan tambah di masa hadapan.

Ingin kongsikan resepi kehidupan anda? emelkan kepada saya di lenny.boniface@gmail.com


Isnin, 23 Mac 2015

Guru Youtube

Assalamualaikum. Bersiaran di ruangan pembaringan di tengah malam. (Oh teknologi).

Baru mendengar motivasi melalui Youtube. Banyak informasi yang bagus, anda cuma perlu cari yang tepat dan bersesuaian. Dan saya dah jumpa penceramah sales yang bagus. Namanya Victor Antonio (please look it up in Youtube). Saya sedang mencari peluang dan cara dan gaya untuk membuat jualan, dan video-video itu telah memberikan saya inspirasi. Oh tak nak hilang inspirasi itu, maka saya akan terus ulang- ulang video itu supaya melekat dalam jiwa. ( sekali lagi Oh Teknologi!). Alhamdulillah saya jumpa ilmu dan guru (video) . :).

Jadi, bagi anda yang cuba mencari cara untuk keluar dari 'kepompong' carilah bersungguh-sungguh - keluar cari, bayar untuk konfrens, godek google, tengok video. Buat sahaja, anda akan jumpa insyaa Allah.

Kongsikan pengalaman anda, bantu orang lain, dan pulangannya? Anda sendiri akan rasa.

Alhamdulillah. Selamat berehat.

(Ditulis oleh : Lenny Boniface)

Ahad, 22 Mac 2015

Vita-Lea - Kebaikan untuk Anda

Assalamualaikum.
Apakah anda adalah :
1. Orang yang mementingkan kesihatan & kecergasan tubuh untuk jangka masa panjang?
2. Orang yang gaya pemakanannya kurang seimbanh dan kurang menyihatkan?
3. Orang yang senang jatuh sakit? Batuk? Selsema?
4. Remaja yang sedang membesar?
5. Wanita hamil, baru bersalin dan dalam berpantang? Ataupun wanita menopos?
Vita-Lea boleh membantu kesihatan anda dan me-mantain-kan kesihatan anda selagi diamalkan pengambilan seharian.

Manfaat Vita-Lea Shaklee:
1. Penambahan tenaga segera
2. Pelengkap nutrisi
3. Membantu keupayaan sistem produktif
4. Membekalkan elemen-elemen penting pada sel-sel tubuh
5. Melindungi organ badan







nginkan maklumat lanjut dan pembelian supplemen Shaklee? Jangan segan-segan jangan malu-malu, hubungi saya melalui cara-cara yang anda selesa, SMS boleh, WhatsApp boleh, e-mail pun boleh :

Lenny Boniface
di
016-8749195 (SMS/WhatsApp)
lenny.boniface@gmail.com
https://www.facebook.com/lenny.Boniface
*Boleh isi Borang Pertanyaan@Cadangan di sebelah kanan Blog ini

Sabtu, 21 Mac 2015

Apakah timbangan anda?

Assalamualaikum.

Untung, rugi. Perkara yang lazim di dunia ini. Semua nak untung, kebanyakan tak nak rugi. Kenapa saya kata kebanyakan? Sebab ada segelintir manusia ini pemurah, dia tak kisah pun jika dia rugi. Sebab apa? Sebab dia berserah diri kepada Pencipta dan dia percaya kepada rezeki milik Allah.

Sebenarnya, saya sekarang merenung diri. Apakah saya ini memang mengejar kekayaan semata-mata? Saya mengaku, memang saya mengejar kekayaan dan kemewahan. Itu tak salah, sebab saya ingin memberi kepada keluarga saya, sanak saudara saya, rakan-rakan saya, sahabat-sahabay saya, orang-orang yang memohon bantuan. Maka saya tak salah kalau saya mengejar kekayaan. Dan saya mahu untung.

Tetapi kadang-kadang di mana sesuatu keadaan di mana kita faham hidup peniaga ini, (sebab kita sedang atau cuba berniaga) - bahawa peniaga sepenuh masa ini, perniagaan adalah pendapatan. Jadi bila berniaga semestinya kita akan letakkan harga yang boleh cover overhead selepas itu dapat untung sikit. Saya faham. Tetapi ramai yang tidak. Sebab mereka tak cuba berniaga. Jika mereka berniaga mereka faham bahawa harga yang diletakkan adalah harga yang menjadi pendapatan mereka dan selepas cover modal dan overhed. Dan saya faham juga apabila pelanggan cuba tawar-menawar meminta harga kurang, saya faham perasaan peniaga-peniaga tersebut. Sebab itu, saya jarang tawar-menawar. Sama ada saya beli atau tidak sahaja (selepas saya faham berniaga itu susah).

Untung atau rugi? Itu terpulang pada pandangan masing-masing. Apabila anda duduk di kerusi peniaga, anda semestinya tak nak rugi. Muhasabah diri sendiri, adakah kita menolong peniaga itu? Atau menyebabkan peniaga itu tak dapat cover penat lelah dia dapatkan stok, tak dapat cover duit minyak semasa ambil stok, overhed dia menyewa tapak atau kedai? Dan sebagai peniaga pula, apakah kita sememangnya fokus pada untung sahaja, tetapi tidak melihat kepada kualiti produk? Atau servis terbaik kepada pelanggan? Apakah kita dapat berikan sedikit diskaun kepada pelanggan sebagai sedekah supaya bisnes lebih berkembang (bab ini masing-masing punya pendirian ok. Jangan tiru kalau tak mampu). Jadi di mana kedudukan anda?

Semoga bermanfaat.

(Ditulis oleh : Lenny Boniface )

Jumaat, 20 Mac 2015

4 Tips Mengurangkan Kepenatan Badan

Assalamualaikum.

Beberapa hari tidak mengarang memang menyebabkan otak " a little bit rusty" - KARAT. Maaf. Saya suka berkata-kata dalam bahasa Inggeris. Tak mengganggu kan?

Badan yang penat, bagaimana nak mengatasinya? Sebenarnya banyak cara boleh kita amalkan untuk mengurangkan rasa penat. Dan pakcik Google juga boleh tunjukkan banyak cara untuk mengurang rasa penat.

Jadi saya kongsikan beberapa tips untuk mengurang kepenatan badan :
1. Mandi air panas - apabila kita mandi dengan air panas, ia membantu melancarkan peredaran darah kerana air panas menjadikan urat-urat saraf kita mengembang jadi darah mudah berjalan. Macam highway - luas, jadi kereta pun laju meluncur.

2. Dengar muzik dan tenangkan fikiran - menenangkan pemikiran juga menghilangkan perasaan penat yang menyelubungi minda.

3. Minum air isotonik / minuman bertenaga - boleh mengamalkan minuman 100Plus, Gatorade, dan macam-macam lagi minuman tenaga di pasaran.



4. Melakukan senaman ringan dan melakukan regangan  - kebanyakan kita salah anggap yang senaman menjadikan badan lebih penat. Sebenarnya ia menjadikan badan lebih bertenaga dan cergas. Sebab itu, sebelum tidur, anda tidak digalakkan melakukan aktiviti senaman.


Jadi, cuba-cubalah tips yang saya berikan di atas.

Selain itu, boleh juga mengamalkan vitamin B Complex, Vita-Lea, ESP, Performance Drink atau Vivix untuk membantu membekalkan tenaga semula.

Hubungi saya untuk mendapatkan penerangan lanjut.

sms/WhatsApps/Telegram 016-8749195 Lenny (untuk call mohon jasa baik sms dahulu)


Selasa, 17 Mac 2015

Melepaskan rindu kepada blog

Assalamualaikum. Waduh! Waduh! Kangen bangat sama blog comel ini. Pada waktu ini saya bersiaran dari bandar bersejarah, Bandar Melaka. Hang tak tau, banyak cuti saya bulan ini. Sampai bos siap kata "Cuti lagi? ". Malu tau. Menambahkan lagi keinginan saya mengejar title WAHM.

Anyway, ini plan hubby nak bawa anak-anak angkat kesayangannya pergi bercuti sempena cuti sekolah. Lenguh kaki ini berjalan hari ini. Zoo Melaka, dan Taman Buaya. Setengah hari juga lah berjalan. Tapi seronok tengok anak-anak bercuti. Kita mak bapa ini dah biasa, tapi bila anak-anak seronok bercuti kita pun teruja sama. Alhamdulillah, semua selamat dan lancar.

Gambar-gamabr akan diupload kemudian hari. Kena guna laptop baru senang. Guna hp android susah nak drag sana sini. Jadi entri ini akan bersambung lagi.

Terima kasih baca :).

Khamis, 12 Mac 2015

Letupan MInda...

Teks : Lenny Boniface
Imej : Google

Assalamualaikum.

Information Overload! Sakit kepala den! Banyak sangat informasi di internet yang saya nak hadam. Tapi bagaimana saya hendak menguruskan perniagaan jika tiada informasi? Konflik lagi! Haduh pening den.



Apa patut saya buat?

Tarik nafas. Hembuss. Tarik nafasss. Hembuss.

OK. Fokus. Apa yang penting? Pemasaran. Macam mana nak buat pemasaran tanpa ilmu? Siapa kata tak ada ilmu? Mentor saya ramai. Mereka dah turunkan ilmu pada saya.

Jadi apa harus saya buat?
Saya patut buat perancangan yang teratur untuk melancarkan pemasaran. Dan bukan surfing internet. Pegang pada mentor saya.

Pernah melalui situasi macam saya? Well, tell me about it.

Kami buka pendaftaran ke kelas online blog ABDR setiap hari.
Mula daftar bagi yang sudah sedia
Belajar memperkenalkan diri melalui penulisan dan penjenamaan diri, berdasarkan analisa soalan dalam kelas online blog ABDR.

Artikel HMetro -Strok Usia Muda

Ramai tak sedar simptom awal
Oleh Nor Faizah Mohamed
faizah@hmetro.com.my

Usianya baru mencecah 20 tahun. Kata orang, usia yang baru hendak mengenal dunia luar dan belajar mengenai erti kehidupan.

Di saat remaja seusianya rancak memilih jurusan pengajian selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan dihambat masalah cinta monyet, Nur Izzati Erlen Joni bergelut dengan masalah kesihatan.

Siapa sangka pada usia 19 tahun, remaja periang ini perlu berulang-alik ke hospital dan pusat fisioterapi selepas diserang strok ketika pulang dari percutian singkat bersama keluarga.

Juga siapa sangka strok atau serangan angin ahmar yang selama ini hanya dikaitkan dengan golongan tua sebenarnya boleh menyerang golongan muda khususnya kanak-kanak dan remaja.

Jelas Ketua Pengurus Persatuan Angin Ahmar Kebangsaan Malaysia (NASAM), Sylvia Chong, ramai ibu bapa tidak mengendahkan simptom strok yang berlaku kepada anak mereka hinggalah berlakunya serangan pertama.

“Strok atau angin ahmar ini bukanlah penyakit eksklusif untuk golongan tua. Benar, dulu majoriti serangan angin ahmar ini dialami warga emas dan golongan yang berusia 50 tahun ke atas.

“Tetapi kini makin ramai kanak-kanak dan remaja mengalaminya dan rekod pesakit strok paling muda di negara ini ialah kanak-kanak berusia tujuh tahun,” katanya.

Justeru, ibu bapa perlu memberi lebih perhatian kepada perubahan yang berlaku pada anak mereka. Ibu bapa juga perlu dititipkan dengan kesedaran dan pengetahuan mengenainya agar si kecil yang mengalami strok dapat dibantu segera.

“NASAM bertindak memberi bantuan kepada pesakit strok dengan memudahkan proses pemulihan mereka.

“Di NASAM, kami menjalankan sesi pemulihan merangkumi fisioterapi, terapi cara kerja dan pertuturan. Sesi ini dijalankan pakar terapi yang dibantu sukarelawan terlatih.

“Matlamat kami untuk membantu pesakit mendapatkan kembali keyakinan diri dan berdikari dengan memberikan mereka motivasi fizikal dan mental, di samping membantu keluarga mereka,” katanya.

Strok di usia muda

Apa sebenarnya strok atau angin ahmar ini? Strok adalah punca kematian ketiga terbesar di Malaysia selepas penyakit jantung dan kanser.

Ia menyebabkan kehilangan upaya yang teruk dan menurut NASAM, setiap tahun dianggarkan 40,000 rakyat Malaysia mengalami strok.

Tiada had umur, bangsa dan agama kerana strok ini boleh menyerang sesiapa saja termasuk golongan muda.

Memetik kenyataan Pakar Perubatan Kecemasan & Kesihatan Pekerjaan di Pusat Perubatan Ara Damansara, Dr Abdullah Asad Siddiqui, tiada sebab mengapa kanak-kanak tidak boleh diserang strok.

“Ia mula menjadi salah satu ancaman kepada bayi, kanak-kanak, remaja dan golongan muda. Jika saya perlu mendefinisikan kategori usia strok untuk golongan muda ini, ia dalam lingkungan bayi sehinggalah mereka yang berusia di bawah 45 tahun.

“Strok dalam kumpulan umur yang lebih muda ini memerlukan pendekatan dan pengurusan berbeza kerana ia melihat kepada beberapa punca berbeza.

“Semua serangan strok disebabkan oleh kekurangan bekalan darah ke otak. Bagi kanak-kanak, punca biasa ialah termasuk jangkitan, trauma, gangguan jantung, penyakit sel dan dehidrasi.

“Kes membabitkan kardiogenik atau berkaitan jantung pula banyak dialami golongan dewasa yang melepasi usia remaja, antaranya disebabkan penyalahgunaan dadah dan penggunaan ubat-ubatan terutamanya intravena.

“Punca kardiogenik mungkin termasuk penyakit jantung reumatik, keabnormalan injap jantung dan dilahirkan dengan lubang pada sempadan yang memisahkan bilik kanan dan kiri jantung.

“Punca lain strok termasuk pengumpulan darah atau darah beku dalam saluran darah di leher, pengambilan pil kawalan kelahiran dan merokok,” jelasnya.

Kehidupan selepas strok

Meskipun dalam kebanyakan kes strok tidak membawa maut, pesakit yang diserang angin ahmar ini mengalami masalah menguruskan diri dan melakukan aktiviti harian seperti makan, mandi, belajar dan sebagainya.

Seperti apa yang dialami Nur Izzati, beberapa aktiviti ringan masih boleh dilakukan selepas diserang strok pertama kali pada April tahun lalu.

“Ketika serangan pertama, hanya kaki kanan yang terjejas dan saya masih boleh melakukan aktiviti lain kerana rasa kejang pada jari serta tangan hanya berlaku beberapa saat saja. Ketika itu saya bercuti di rumah kakak di Melaka.

“Apabila kembali ke rumah di Selayang sehari selepas itu, seluruh bahagian kanan tubuh terus kejang hingga saya mengambil masa lama untuk bangun dari tidur.

“Keadaan makin teruk pada sebelah petangnya apabila saya rebah selepas keluar dari bilik air. Ketika itulah saya mula keliru dan terkejut dengan apa yang berlaku.

“Namun, kami ambil masa lama untuk mendapatkan rawatan di hospital. Hanya keesokannya keluarga membawa saya ke hospital dan didapati ia serangan strok,” katanya.

Nur Izzati ketika itu lumpuh separuh badan dan mula sukar untuk bercakap. Malangnya pakar neurologi tiada untuk membantu memberikan rawatan lanjutan dan dia terpaksa pulang ke rumah dalam keadaan seperti itu.

Dua hari selepas itu barulah dia diberi rawatan sepatutnya dan menjalani beberapa siri ujian serta MRI.

“Selama ini saya rasa sihat dan tiada perubahan mendadak pada diri. Bagaimanapun berat badan saya ketika itu mencecah 100 kilogram dan saya berisiko mengalami tekanan darah tinggi.

“Ada juga sesekali saya rasa kebas di hujung jari dan kerap sakit kepala tetapi saya tidak berasakan ia memudaratkan.

“Tetapi punca utama berlakunya strok ini ialah disebabkan faktor genetik. Disebabkan strok inilah baru saya tahu diri dilahirkan dengan keadaan saluran darah yang kecil ke otak.

“Disebabkan itulah otak kurang menerima darah dalam kadar normal, ditambah keadaan tubuh yang gempal,” ujarnya.

Nur Izzati seterusnya memulakan terapi di NASAM cawangan Melaka berikutan lokasi yang hampir dengan kediaman kakaknya berbanding di Kuala Lumpur.

Setiap hari, Nur Izzati menjalani latihan senaman selama dua setengah jam merangkumi sesi terapi menguatkan otot kaki dan ketahanan tubuh.

Dalam masa sama, diet pemakanannya juga berubah hingga menyaksikan berat badannya kini susut sebanyak 20 kilogram.

Nur Izzati kini sudah berupaya melakukan aktiviti seperti remaja lain dan dalam usaha meneruskan pengajiannya di tahun akhir dalam jurusan Perbankan Islam di Politeknik Sultan Idris Shah, Selangor.

Artikel ini disiarkan pada :
Rabu, 11 Mac 2015 @ 12:31

Rabu, 11 Mac 2015

Mood Booster

Bismillah.

Alhamdulillah.
Assalamualaikum.

Pernah anda rasa :  " Tak kenanya hari ini"  " Takde moodnye"  "Lesunya". Itu yang saya rasa kadang-kadang. Bukan setiap hari. Kadang-kadang sebab penat hari sebelum tu, atau masalah kerja, stress atau mungkin disebabkan kedatangan haid. Saya memang akan dilanda aura negatif ini sekali-sekala. Apa yang saya boleh buat? Sebelum saya men-join Shaklee ni banyak benda saya tak tahu. Sekarang saya dah tahu yang Vitamin B Complex boleh membantu membekalkan tenaga, mengurangkan stress, mengurangkan mood tak elok. Jadi, setiap hari saya mulakan dengan mengambil B Complex Shaklee. Alhamdulillah. Kurang sikit perasaan tak best yang menyelubungi diri. Of course, sertakan dengan doa kepada Allah.

Cubalah amalkan B Complex Shaklee sebagai permulaan hari anda.
B Complex Shaklee - RM 53.75




Inginkan maklumat lanjut dan pembelian supplemen Shaklee? Jangan segan-segan jangan malu-malu, hubungi saya melalui cara-cara yang anda selesa, SMS boleh, WhatsApp boleh, e-mail pun boleh :

Lenny Boniface
di
016-8749195 (SMS/WhatsApp)
lenny.boniface@gmail.com
https://www.facebook.com/lenny.Boniface
*Boleh isi Borang Pertanyaan@Cadangan di sebelah kanan Blog ini

Segmen Berkenalan Dengan Protégé ABDR - Faridah Yusof

Blog pilihan hari ini, contoh entri pengenalan yang sangat baik.
TENTANG PENULIS

Teks: Faridah Yusof
Bismillahirrahmanirrahim. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Assalamu'alaikum wbt..

Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya untuk Allah SWT. Izinkan saya memperkenalkan diri. Nama saya Faridah Binti Yusof. Anak sulung dari 8 adik beradik (7 perempuan dan seorang lelaki). Berumur 35 tahun dan saat ini sudah mempunyai 2 orang cahaya mata serta sedang sarat dengan kandungan yang ke-4. Saya mula memegang jawatan pengurus rumah sepenuh masa dan bekerja dari rumah sejak April 2011 setelah saya meletakkan jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru Bahasa Inggeris).

Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga kepadaNya di atas peluang belajar dari saya kecil hingga dewasa. Bermula dari pendidikan awal dari rumah oleh ibu dan abah. Ketika berumur 6 tahun mula bersekolah di Kindergarten Treacher Methodist, Taiping. Mendapat pendidikan rendah di Sekolah Rendah Convent Klian Pau, Taiping sehingga darjah 3, seterusnya Sekolah Kebangsaan Chenderah, Jasin, Melaka. Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Kebangsaan Agama Sharifah Rodziah Melaka dari tingkatan 1-5 dan kemudian menyambung Foundation New Zealand (Accounting) di Emile Wolf College, Kelana Jaya. Seterusnya menyambung ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Perdagangan dan Pengurusan (Perakaunan) Lincoln University di UNITEN di bawah program tajaan MARA.

Setelah tamat belajar, saya sempat bekerja di bahagian akaun dan cukai di sebuah syarikat swasta. Tidak bertahan lama, saya akhirnya bertukar kepada bidang pendidikan. Bermula menjadi guru ganti di beberapa buah sekolah kebangsaan , menjadi guru tuisyen di sebuah pusat tuisyen, kemudian guru kontrak di Institut Kemahiran Mara dan akhirnya mendapatkan ilmu dan Diploma Pendidikan di Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka.

Bermula dengan bertugas secara rasmi sebagai seorang guru dan pendidik memberi saya pengalaman yang sangat berharga. Tugas mengajar dan mendidik adalah tugas yang sangat mulia. Seperti yang selalu disebut oleh Prof Dr Muhaya , kerjaya guru adalah kerjaya yang memberikan ladang pahala.Saya sangat meminati bidang ini. Patutlah emak saya beriya-iya mahu saya menjadi seorang guru. Namun setelah berumah tangga dan mempunyai cahayamata, rasa tanggungjawab dan keinginan mendidik anak di rumah menjadi begitu menebal. Saya rela meletakkan jawatan demi memberi tumpuan pada tempoh kritikal pembesaran anak-anak dari umur 0-7 tahun. Setelah beristikharah, memohon petunjuk Ilahi, berbincang dengan suami dan berfikir selama 2 tahun, akhirnya saya tekad meletakkan jawatan Gred 41 ini tanpa menoleh ke belakang lagi. Pelbagai respon dari sahabat, saudara mara dan orang sekeliling tentang hal perletakan jawatan ini. Ramai yang menyokong niat suci ini dan menyatakan rasa cemburu kerana mereka juga ingin berbuat hal yang sama. Tidak kurang juga yang kurang bersetuju. Walau apa pun , saya terima segala respon dengan berlapang dada. Saya yakin, itu tandanya orang-orang di sekeliling mengambil berat tentang diri saya..Alhamdulillah.

Alhamdulillah..Allah izinkan saya menjaga dan mendidik anak sendiri. InsyaAllah saya akan menggunakan masa dan peluang yang diberikan dengan sebaik-baiknya dan dengan segala upaya.
InsyaAllah, dengan izinNya jua melalui penulisan ini saya akan kongsikan kepada para pembaca tentang pendidikan awal anak-anak. Saya bukanlah orang yang pakar dan berpengalaman luas di dalam bidang pendidikan awal anak-anak. Namun, saya akan kongsikan dapatan dari hasil bacaan dan carian dari pelbagai sumber bacaan. Sebarang komen dan makluman dari para pembaca amat saya alu-alukan agar sama-sama kita mendapat manfaatnya. Doakan agar penulisan ini mendatangkan manfaat seterusnya dapat menjadi pencen kubur saya di sana kelak. Aamiin.
http://puanfaridahyusof.blogspot.com/p/kenali-penulis.html

Berkenalan dengan penulis: Faridah Yusof
Kami buka pendaftaran ke kelas online blog ABDR setiap hari.
Mula daftar bagi yang sudah sedia
Belajar memperkenalkan diri melalui penulisan dan penjenamaan diri, berdasarkan analisa soalan dalam kelas online blog ABDR.

7 Amalan Membuka Pintu Rezeki

Assalamualaikum.

Saya ingin berkongsi tips dari blog http://www.melurhasanah.com/ berkaitan amalan untuk membuka pintu rezeki, semoga kita sama-sama beramal ya.


Melazimi 7 Zikir Pembuka Pintu Rezeki

1. Memperbanyak Membaca “La hawla Wala Quwwata Illa billah “
    Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak
    mengucapkan “La hawla Wala  Quwwata Illa billah ( HR. At Tabrani )

2. Membaca ” La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin”
    Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka
    bacaan itu  akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa
    takut dalam kubur  (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

3. Melazimkan BerIstighfar
    “Barangsiapa melazimkan beristighfar niscaya Allah akan mengeluarkan dia dari
     segala kesusahan dan  memberikan rezki dari arah yang tidak diduga-duga”
     ( HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah )

4. Membaca Surat Al-Ikhlas
    “Barangsiapa mmbaca Surat Al Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan
     menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya ( HR. AtTabrani )

5. Membaca Surat Al-Waqiah
    “Barangsiapa mmbaca surat AlWaqiah setiap malam, maka tidak akan ditimpa
      kesempitan hidup"  (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab AlIman)

6. Memperbanyak Selawat Atas Nabi
    “Ubay Bin Ka’ab meriwayatkan , bila telah berlalu sepertiga malam,
     Rasulullah Salallahu’alaihiwassalam berdiri seraya bersabda : “Wahai Manusia
     Berdzikirlah mengingat Allah, berdzikirlah mengingat Allah. Akan datang tiupan
     (sangkakala kiamat) pertama, kemudian diiringi tiupan kedua. Akan datang
     kematian dan segala kesulitan didalamnya”

7. Membaca Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim
    …dari setiap kalimat itu seorang malaikat yg bertasbih kepada Allah Ta’ala
    sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu”
    (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

Sumber : -Ihya Ulumiddin – Imam AL GHAZALI
Saduran

Isnin, 9 Mac 2015

Bekerja atau Tidak Bekerja - Mana pilihan anda?

Assalamualaikum.

Bekerja dan tak bekerja mana yang lebih baik? Bekerja lebih baik. Lagi baik kalau boleh bekerja di rumah. Sebenarnya setiap individu mempunyai pandangan yang berbeza tentang hidup bekerja dan hidup sebagai suri rumah tangga sepenuh masa. Bagi saya, wanita bekerja itu bagus, namun saya lebih suka wanita yang menguruskan rumah tangga sambil menjana pendapatan. Sebenarnya, wanita sebelum berumahtangga, dia bekerja di mana sahaja tidak ada isu besar yang timbul. Namun, apabila seorang wanita telah membina rumahtangga, dan mempunyai anak-anak yang kecil, bekerja itu bagaikan suatu 'kekurangan'.


Semasa saya masih bujang dahulu, bekerja adalah bukan satu isu besar dalam hidup. Tetapi apabila setelah mendirikan rumahtangga, keinginan saya untuk berhenti kerja semakin kuat. Permulaan keinginan saya untuk berhenti kerja adalah kerana mama saya, tapi mama saya telah tiada, jadi yang tinggal adalah kehidupan saya sekarang dengan suami dan anak saya. Dan itu adalah fokus utama saya. Dan boleh klik pengalaman perniagaan ini untuk membaca titik tolak saya pilih untuk bekerja di rumah dengan melakukan perniagaan.

Mari saya ceritakan rutin harian saya semasa. Saya pergi kerja balik kerja. Masa untuk menguruskan rumahtangga telah dipendekkan kerana saya bekerja. Dan terus terang saya katakan, urusan rumahtangga saya tak terurus.


Impian saya - saya menguruskan makan minum anak saya suami saya dan ibubapa mertua saya, menguruskan pakaian, menguruskan kebersihan dan kekemasan rumah, dan juga menjaga binatang peliharaan yang saya suka. Dan tambahan kepada pengurusan rumahtangga, saya mengimpikan kerjaya di rumah dengan mempunyai perniagaan saya sendiri. Jadi pagi-pagi saya uruskan rumahtangga, petang-petang uruskan perniagaan, malam-malam mendalami ilmu Al-Quran dan lain-lain ilmu agama. Indah kan?

Dan saya sedang berusaha ke arah impian saya. Langkah demi langkah. Biarpun kecil, tapi saya tidak ingin berhenti mengejar impian saya untuk menjadi Work-At-Home-Mama.

Sebenarnya, setiap manusia ini dikurniakan "power to choose" dan "power to believe what you want to believe in".

Jadi saya memilih untuk menjadi WAHM dan saya memilih untuk percaya yang saya boleh lakukannya dengan izin Allah. Berusaha dan terus berusaha.

Antara Kebaikan Vita-lea

Assalamuakum.





Apakah kebaikan VitaLea Shaklee?

  • Memberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, membantu memori dan fokus
  • Pelengkap nutrisi akibat pengamalan diet yang tak seimbang
  • Keupayaan sistem proaktif bagi remaja yang sedang membesar
  • Membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan
  • Menyediakan asas nutrisi untuk sel-sel serta menjaga kesihatan tiroid
  • Melindungi fungsi jantung, buah pinggang dan hati

(Artikel Ini diambil dari Blog : http://vitaminsemulajadi.com/)

Inginkan maklumat lanjut dan pembelian supplemen Shaklee? Jangan segan-segan jangan malu-malu, hubungi saya melalui cara-cara yang anda selesa, SMS boleh, WhatsApp boleh, e-mail pun boleh :

Lenny Boniface
di
016-8749195 (SMS/WhatsApp)
lenny.boniface@gmail.com
https://www.facebook.com/lenny.Boniface
*Boleh isi Borang Pertanyaan@Cadangan di sebelah kanan Blog ini

Rakan Niaga ABDR - Apa itu?

Assalamualaikum.

RAKAN NIAGA AKADEMI BEKERJA DI RUMAH 
(Saturday, 7 February 2015)

1. Mahu mula bisnes tetapi tidak ada produk?
Tidak perlu risau lagi, kini kalian boleh mendaftar sebagai Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah (PENGURUS ONLINE AKADEMI)

2. Apakah itu "Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah"?
Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah membolehkan kalian mempromosikan "produk akademi " kepada orang ramai dan sekiranya mendapat jualan, kalian akan menerima komisyen, yang bermula dari RM10 – RM 100 (mengikut pakej ebook dan pakej yuran kelas blog)


3. Apa sebenarnya produk yang ditawarkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah?
Produk umum dan permintaan sepanjang tahun. Produk informasi dalam bentuk ebook iaitu pakej mula bisnes mengikut bidang/bisnes. Kita ada pakej mula bisnes makanan, pakej mula bisnes butik online/offline, pakej mula bisnes di rumah,pakej bekerja di rumah,kelas online dan tapak pengiklanan. Salah satu ebook yang ada setiap pakej ialah ebook asas blog dan penulisan. Saya berkongsi cara paling asas puan-puan boleh mulakan, iaitu mula dengan apa yang ada, Yuran dikenakan untuk kalian belajar buat blog, asas penulisan dan mula bisnes online. Ia sangat asas untuk belajar buat borang tempahan. Kita juga belajar bina asas trafik, tanpa perlu mengeluarkan modal.
Produk hanya atas talian,tak perlu simpan stok,tak perlu urus stok dan hanya dari rumah atau dimana-mana sahaja mengikut keselesaan anda asalkan ada talian internet.

4. Berapa yuran yang dikenakan?
Yuran yang dikenakan akademi rakan niaga hanya sekali sahaja.Tiada modal berkali-kali.Ada 2 pakej yuran yang boleh dipilih iaitu RM200 atau RM300.

5. Apakah perbezaan yuran tersebut?
Yuran berbeza dari segi bonus ebook yang akan diterima.
* Yuran RM200 (Bonus 4 ebook – ebook belajar asas blog, ebook mula bisnes butik, ebook 101 idea home based bisnes, dan ebook super wahm super mom)
* Yuran RM300 (Bonus 5 ebook –ebook belajar asas blog, ebook mula bisnes butik, ebook 101 idea home based bisnes, ebook super wahm super mom dan ebook rahsia khidmat pelanggan, bonus beriklan di soho directory)

6. Apakah syaratnya untuk saya menyertai program Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah?
* Laptop/ smartphone dan talian internet
* hanya perlukan kesungguhan, fokus, konsisten.

7. Apa yang kalian dapat ialah belajar hasilkan sebuah blog yang lengkap dengan pautan :
1) Logo Akademi Bekerja Di Rumah
2) Logo rasmi SOHO Directory
3) Kelas-kelas Online
4) Pakej Ebook Mula Bisnes/Ebook
5) Ruang Periklanan

8. Apa lagi yang kami dapat?
Jaringan dan perhubungan sahabat-sahabat lain yang juga dari kalangan surirumah, suri bekerjaya. Boleh berkenalan dan bertukar pandangan. Inilah kumpulan sokongan yang perlu untuk wanita yang bekerja di rumah, untk mendapatkan semangat, pendapat, bina kenalan baru dan sebagainya.
Mahu sertai kami, mudah sahaja. Pilih pakej yang kalian mahukan dan buat pendaftaran. Mulakan perniagaan hanya dari rumah anda sekarang. Mulakan dengan apa yang ada.

Terbuka kepada sesiapa sahaja termasuk pelajar dan suri rumah.

Alfalfa dan Masalah Wanita


Assalamualaikum. Masalah kewanitaan membelenggu hidup anda? Ada keputihan? Haid tidak normal? Payudara kendur? Dingin seks? Kurang stamina semasa seks? 

Marilah amalkan Alfalfa Complex Shaklee.

Hubungi saya untuk pembelian dan maklumat lanjut.

Jangan segan-segan jangan malu-malu, hubungi saya melalui cara-cara yang anda suka:

Lenny Boniface di :
016-8749195 (SMS/WhatsApp/Telegram)
lenny.boniface@gmail.com (E-mel)
https://www.facebook.com/lenny.Boniface

Sila singgah di blog saya  di http://lennybonifacejubilee.blogspot.com

Halau Semut

Assalamualaikum.

Aduh banyak betul semut berkeliaran di atas meja makan, di tempat masak dan lain-lain tempat di rumah. Apa petua yang berkesan untuk mengurangkan atau menghilangkan semut ini?

Image result for get rid of ants

Hari itu saya guna bunga cengkih, dengan meletakkan di atas meja makan. Tak berkesan. Datang juga. Kali ini saya guna cuka campur air lepas itu tuangkan sedikit kat kain lap meja dan lap meja makan. Jadi kita tengok apakah cara ini berkesan. Maka akan dilaporkan di entri ini sekiranya berjaya. Amin.

Ingin menyertai
1. kelas Offline - Kelas Asas Blog & Fanpage & Beriklan di Instagram
2. Kelas Akaun Bulan Mac

Atau membeli Produk Shaklee ?

Inginkan maklumat lanjut? Jangan segan-segan jangan malu-malu, hubungi saya melalui cara-cara yang anda selesa, SMS boleh, WhatsApp boleh, e-mail pun boleh :

Lenny Boniface
di
016-8749195 (SMS/WhatsApp)
lenny.boniface@gmail.com
https://www.facebook.com/lenny.Boniface
*Boleh isi Borang Pertanyaan@Cadangan di sebelah kanan Blog ini

Ahad, 8 Mac 2015

Kelas OFFLINE - Kelas Asas Blog & Fanpage serta Beriklan di Instagram

Assalamualaikum.





Inginkan maklumat lanjut? Jangan segan-segan jangan malu-malu, hubungi saya melalui cara-cara yang anda selesa, SMS boleh, WhatsApp boleh, e-mail pun boleh :

Lenny Boniface
di
016-8749195 (SMS/WhatsApp)
lenny.boniface@gmail.com
https://www.facebook.com/lenny.Boniface
*Boleh isi Borang Pertanyaan@Cadangan di sebelah kanan Blog ini

Sabtu, 7 Mac 2015

Kisah meraikan Harijadi Iman - anak manja mama

Assalamualaikum.

Bersiaran lewat lagi hari ini. Sibuk menyiapkan majlis makan kecil-kecilan anak manja saya Iman. Best juga dapat meraikan harijadi anak. Sebelum-belum ini, saya single tak kisah la pasal harijadi. Tapi selepas berkahwin banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Alhamdulillah. Hidup mempunyai cabaran. Hidup tak ada cabaran macam hidup yang 'tawar'.

Saya buat kek biasa je, goreng bihun sikit, nugget sikit, french fries dan sirap. Alhamdulillah - simple is the best. Yes! Habis semua. Bagus. Jangan membazir.

Kek perisa vanila



Ultraman :)

Komen pemakan kek - sangat manis aising nye... lepas ni kena cari resepi buttercream yang tak manis... 

Ini adalah harijadi anak manja yang ke 3 :). Ops, lupa tangkap gambar Iman dengan kek. Tapi dia pun tak nak tiup lilin tadi, manja-manja kucing. 


Ni dia anak manja saya - Iman. :). Gambar ini di HQ Shaklee. Gambar ini hari betul harijadi Iman, tapi disebabkan gangguan bekalan air hari sebelum tu, majlis ditunda ke hari ini  - 7 Mac 2015. Dan kebetulan pula hari ini juga gangguan bekalan air. Nasib baik semua persiapan dah settle sebelum air tak ada.

Inginkan maklumat lanjut dan pembelian supplemen Shaklee? Jangan segan-segan jangan malu-malu, hubungi saya melalui cara-cara yang anda selesa, SMS boleh, WhatsApp boleh, e-mail pun boleh :

Lenny Boniface
di
016-8749195 (SMS/WhatsApp)
lenny.boniface@gmail.com
https://www.facebook.com/lenny.Boniface
*Boleh isi Borang Pertanyaan@Cadangan di sebelah kanan Blog ini





Jumaat, 6 Mac 2015

Assalamualaikum. Selamat pagi.

Assalamualaikum. Protein untuk kecantikan anda, juga membekalkan tenaga berpanjangan. Energizing Soy Protein (ESP) dari Shaklee. Produk yang hangaaat di pasaran.
Anda memerlukan tenaga sepanjang hari tetapi tidak mahu asyik makan sahaja untuk mendapatkan tenaga? Bancuh segelas ESP, dan anda akan rasa kesannya.

   



Hubungi saya untuk pembelian
SMS boleh, WhatsApp/Telegram boleh, e-mail pun boleh :

Lenny Boniface di :

Rabu, 4 Mac 2015

Yes dah dapat.

Assalamualaikum.

Sungguh lewat saya update blog hari ini. Urm. Hari saya telah membeli water pitcher Shaklee. Yes! Akhirnya dapat juga water putcher tu. Kepada anda yang tiada water filter di rumah atau pejabat, boleh lah membeli water pitcher shaklee yang berfungsi sebagai water filter. Pemasangan mudah. Tak perlu maintanence. Dan paling penting boleh dibawa ke mana-mana. Yes. Dah pesanan saya belilah sebelum gst dikuatkuasakan. Hubungi saya ya. Amin.

Wasalam.

Selasa, 3 Mac 2015

Zinc Complex

Assalamualaikum. :)



Bulan Mac ini, promosi Zinc Complex. Buy 3 FREE 1. Hubungi saya uintuk mendapatkannya.

Klik di bawah untuk tempahan:
Borang Tempahan

Bunuh Diri

Assalamualaikum.

'Bunuh diri'. Pagi-pagi nak share sesuatu yang 'menyentapkan'. Sebelum pergi jauh, terma 'bunuh diri' ni bukan maksud menamatkan nyawa, tapi sekadar kiasan kenapa saya dan anda tak maju.

Kita banyak yang 'bunuh diri'. Kenapa? Kita ada impian kita tak berusaha mencapainya. Kita ada target tapi kita tak bersungguh-sungguh kejar. Kita ada masa kita tak betul-betul manfaatkannya. Kadang-kadang kita ada masa depan tapi kita biar masa silam hantui kita. Itu 'bunuh diri', sebab? Kerana hidup yang tak bersungguh-sungguh kita lakar maknanya atau pengisiannya, semua sia-sia dan lebih kurang macam orang mati. Dan saya pun macam itu. Saya hendak berubah. Saya pernah membuat satu ayat yang terpacul dari mulut macam itu sahaja :

Take control of life before I lost it.

Faham tak? Maknanya, kita tentukan hidup sebelum kita hilang hidup iaitu mati.

Dan saya ingin katakan kalau anda seperti saya sedang 'bunuh diri', jom lah kita hentikan ia. Kita HIDUP. KITA HIDUP & berusaha untuk kumpul tabung dunia dan akhirat. Amin.

Salam ukhwah dari Lenny.

Isnin, 2 Mac 2015

Berita Promosi Terkini

Assalamualaikum.

Agak lewat hari ini saya buat entri. Terlajak masa. Hari saya nak mengkhabarkan tentang promosi produk Shaklee pada bulan Mac ini, iaitu :
PERTAMA - ESP, BELI 6 PERCUMA 1 @ BELI 2 DAPAT Diskaun 5%
KEDUA - Vita-Lea for Children, BELI 3 PERCUMA 1
KETIGA - Zinc Complex, BELI 3 PERCUMA 1

Jadi apa pilihan anda? Berminat boleh hubung saya ya.

Tapi sebelum saya tamatkan cerita saya, saya nak ceritakan betapa ESP memang mempunyai penangan yang hebat. Sesiapa yang mengambil ESP konsisten berpanjangan, memang ketara perubahan diri ok. Saya sendiri mengamalkannya. Kulit lebih cantik, anjal, bintik-bintik di badan saya hilang, memang mencantikkan kulit anda. ESP juga boleh membantu golongan yang ingin menguruskan badan. Ada caranya ya. (Exclusive for  confirm customer only). Setakat dahulu, nanti akan saya ceritakan kebaikan ESP di entri akan datang. Salam ukhwah.

Ahad, 1 Mac 2015

Alangkah bahagianya ada bloglist

Assalamualaikum. Salam pagi Ahad. Hari baru bulan baru. Refresh diri doakan terbaik.

Hari ini saya nak ceritakan tentang kebaikan bloglist. Bloglist sangat berguna kepada diri saya. Setiap pembaca blog mesti ada blog kegemaran yang selalu hendak dijengah. Saya juga begiu, dan setiap hari menunggu entri baru dari favorite blogger. Di bloglist, ada tercatat masa blog dikemaskini, ikut setting masing-masing. Ada orang dia tak set entri terkini jadi tak keluar la yang masa entri terkini dimasukkan.

Saya paling teruja bila tengok "2 minit lalu",  " 1 jam lalu", atau "10 hours ago", ia menunjukkan blog kegemaran saya dah ada entri baru dan cepat-cepat saya tekan link untuk baca. Alangkah bergunanya bloglist untuk diri yang kerdil ini. Hihihi.

Nak saya selalu jengah blog anda, sila lah update selalu. Tentu saya akan singgah. (Terutama geng ABDR) ;).

Wasalam.