Khamis, 9 Mac 2017

Minimalis - Apa Maksudnya?

Assalamualaikum.

Minimalis, suatu konsep yang saya cuba adaptasikan atau aplikasikan ke dalam hidup saya.

Apa itu minimalis?
Minimalis ini adalah konsep gaya hidup, di mana individu mengamalkan meminimakan 'barangan' dalam kehidupan harian mereka. Ambil contoh baju, baju dalam kuantiti yang minimal tapi cukup untuk kehidupan seharian. Kalau boleh hanya 5 helai baju untuk sepanjang tahun. MINIMAL.

Contoh lain, mengurangkan barangan seperti pinggan mangkuk di dapur. Pada yang Minimalis akan mengurangkan perkakasan dapur sehingga apa yang perlu sahaja dan tidak menambahkan lagi barangan dan perkakasan dapur sehingga lah mana-mana perkakasan rosak sehingga tidak boleh digunakan lagi.

Kenapa saya nak jadi MINIMALIS?
Sebenarnya, saya dah sampai satu tahap di dalam hidup di mana saya rasa "I comsumed too many stuff I don't need." Barangan fizikal yang saya miliki terlampau banyak, sehinggakan saya dah tak kuasa nak mengemas dah. Dan satu-satu jalan penyelesaian ialah 'declutter'.





Buat masa sekarang, saya masih dalam proses pembelajaran bagaimana hendak menjadi minimalis.
Dan satu sahaja yang sekarang saya berjaya lakukan sepanjang target saya nak menjadi minimalis - tidak membeli barang yang tidak perlu dan tidak menambah koleksi barangan peribadi. Cuma langkah seterusnya ialah 'membuang' barangan yang saya tidak perlukan dalam hidup saya. Yang ini mengambil masa sedikit, sebabkan ada kaitan emosi saya dengan barangan-barangan tersebut.

Apa Gunanya Mengamalkan Konsep Minimalis?
Secara peribadi, saya amat mengagumi kehidupan simple, di mana kita tidak terikat dengan barangan. Tetapi, kita menjalani hidup dengan mengamalkan kesederhanaan dan bergembira. Maksud saya, tanpa ada hambatan perasaan yang saya perlu ada barangan seperti apa orang lain ada. Sebab bagi saya, apa yang ada itu cukup memadai.

Salah satu kebaikan mengamalkan minimalis ini, kalau pergi ke blg-blog atau youtube yang membincangkan minimalis ini, sebenarnya kehidupan minimalis ini membantu kita menyimpan duit. Bukan kedekut ya. Ada silver lining antara minimalis dengan bakhil. Hanya orang yang memahami akan nampak perbezaannya.

Dalam mengamalkan gaya hidup minimalis, duit tidak dibazirkan untuk baranagn fizikal, tetapi duit yang dikumpulkan digunakan untuk menambah ilmu atau pengalaman.

Contoh, kita kurangkan pembelian baju-baju dan gajet-gajet, dan duit yang dijimatkan itu disalurkan ke dalam tabung peribadi yang kita labelkan, misalnya tabung melancong, tabung belajar membuat arca, dan lain-lain. Duit yang ada kita menambah nilai jati diri dan bukan menambah barangan fizikal yang hanya semata-mata hiasan luaran.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan