Khamis, 24 Oktober 2019

Nikmat Syukur (dari istilah dan rasa)

Assalamualaikum.

Semoga hari hari yang barokah untuk semua.

Emotional sikit hari ini. Hari ini baca IG Story FynnJamal, ada satu bahagian berkaitan 'dapur'. Sesiapa baca mesti tersentuh lah, romantik bagai. Jadi apa kaitan dengan aku?

Selepas baca IG Story tu, satu perkataan 'pop-up' depan mata aku : SYUKUR.
Ini mungkin menjadi satu karangan yang panjang, sebab aku nak ungkap/rungkai kenapa SYUKUR itu indah.

Hidup aku tak semenggah. Hidup aku takde kemewahan. Hidup aku, aku tak kenal brand-brand terkenal. Hidup aku, aku cuma kena "ada tu ada lah, takde tu, takyah merungut, takyah menyesal." Itu aku.

Agak susah aku nak ungkapkan perasaan aku ni sekarang. Aku nak ekspresskan rasa TERIMA KASIH sangat-sangat kepada Allah s.w.t.  Aku bukan nak tulis terima kasih (fizikal) kepada Allah. Aku cuma nak tulis bahawasnya, rasa syukur itu mencukupkan kehidupan. Rasa syukur itu memberikan perspektif dalam melihat yang 'tak ada' itu indah.

Kadang-kadang aku meragui diri aku ini manusia normal ke psikopath, kerana tiada keinginan seperti manusia lain, ingin material yang seperti kereta mahal, baju mahal, kasut mahal.  Apakah aku ni inferior sangat ke?

Apa kata aku tukar perspektif aku dengan istilah SYUKUR. Aku patut bersyukur kerana Allah tidak memberikan aku kehendak yang tinggi dalam sudut material. Alhamdulillah.

Alhamdulillah, kerana aku boleh hidup dengan sederhana.
Alhamdulillah, aku boleh tengok dunia ini bukan perlu diisikan dengan materi semata-mata.
Alhamdulillah, aku masih boleh makan dan minum apa yang aku suka, kerana aku tak cerewet.
Alhamdulillah, aku tahu anak-anak aku tak perlu dimanjakan dengan materi.
Alhamdulillah, walaupun aku tak banyak kemewahan tapi aku rasa cukup sangat.

Banyak sangat yang perlu disyukuri. Tapi, biasa la manusia, kita akan lihat dari perspektif individu lain. Sedangkan, diri sendiri tidak nampak kebaikan yang Allah berikan cukup banyak.

Aku mengajak kita-kita ini banyak mengucapkan syukur. Kerana itu punca kebahagiaan.


1 ulasan:

  1. Similarly, within the tactical 카지노 role-playing recreation Fire Emblem Heroes, gamers pay to summon random heroes to affix their team. However, certain ‘limited heroes’ can only be summoned during particular, time-limited seasonal events. Some loot bins comprise objects that don't confer any gameplay benefits in any respect.

    BalasPadam