Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2013

Alfalfa Complex Shaklee

Imej
Produk Shaklee : Alfalfa Complex




Entri kali ini, saya ingin mengemukakan maklumat berkaitan Alfalfa Complex dari Shaklee. Maklumat yang dikemukan adalah diambil dari website Shaklee dan juga Buku Panduan Nutrisi Shaklee untuk dikongsikan bersama pembaca dan pengguna di luar sana.


Sumber Zat Makanan Semulajadi & Klorofil
Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien.  Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementeara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.  Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi

Perbezaan Shaklee:
Alfalfa Complex merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr Shaklee dalam tahun 1950an.
Diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago sativa) secara organik di California yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakn bahan kompos/baja bebas kimia. Alfalfa …

Motivasi Diri - Istiqamah - Sukar dan membosankan

Imej
Salam.

Hari ini kita semua akan bermuhasabah diri. Kerana entri kali ini berkisar tentang sebab kenapa kita tidak boleh istiqamah ataupun fokus dalam pelbagai perkara dalam hidup kita.

Antara sebab yang menyebabkan kita tidak boleh fokus dengan perkerjaan kita ialah perasaan bosan. Saya akui, saya memang jenis manusia yang tidak suka pada rutin dan pekerjaan yang sama berulangkali. Saya cepat bosan. Rutin bagi saya adalah sangat membosankan.



Dalam saya tengah tidak boleh fokus dengan pekerjaan saya tadi, saya meng'Google' mencari tips-tips atau petua untuk membantu diri saya lebih fokus. Dan saya menemui sebuah artikel Inggeris yang  bertajuk "How To Stay Focused when Working on Your Goals Gets Boring" ditulis oleh James Clear (http://jamesclear.com). Saya akan terjemah beberapa perkara dari artikel beliau.

(Tulisan dari James Clear)
Kita semua mempunyai matlamat dan impian, tapi adalah sukar untuk kekal berpegang kepada matlamat dan impian kita. Setiap minggu, saya…

Kecekalan : Dilatih atau bakat semulajadi?

Imej
Salam.

Saya pernah terbaca tentang kecekalan. Suatu sifat di mana seseorang itu tidak mudah berputus asa dan tidak lari dari tujuan asal walaupun keadaan sangat susah. Persoalannya adakah kecekalan itu sifat semulajadi atau lahir dari latihan?

Hari ini saya akan kaitkan kecekalan dengan diri saya. Kebelakangan saya perasan saya tidak keruan. Banyak perkara yang membuatkan saya hilang fokus dan hilang keyakinan diri. Kenapakah itu berlaku? Post-mortem yang saya buatkan ke atas diri saya ialah saya tamak dan juga perubahan yang berlaku di sekeliling saya membuatkan saya goyah fokus. Dan dalam suatu sudut hati saya selalu terngiang-ngiang "Putus asa lah" "Tak perlu bertahan, tak guna". Ia bagaikan hantu yang tidak mahu pergi. Entah bila hantu ini saya boleh halau jauh-jauh dari minda saya. Saya perlu melatih diri saya untuk menghalau suara hantu itu jauh-jauh, supaya saya boleh fokus pada kehidupan saya dan berjaya dalam menentukan hala tuju hidup saya. Mari kita kon…

Lecithin dan Ingatan Anda

Imej
Salam.

Apa kelebihan lecithin untuk badan anda? Lecithin mengandungi sejenis komponen yang dipanggil kolina, yang membantu sel otak anda membentuk jalinan-jalinan baru untuk ingatan (memory). Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf. Ini dapat membantu anda untuk mengingati butiran-butiran kehidupan dengan lebih jelas. Inilah yang diinginkan oleh semua orang.



Lebih 30% daripada otak dan 20% daripada saraf anda terbina daripada lecithin. Ini menunjukkan bahawa lecithin adalah penting untuk otak dan system saraf anda.



Saya sarankan anda mendapatkan Lecithin Shaklee yang sentiasa semulajadi, sentiasa berkesan dan sentiasa selamat. Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi  daripada kacang soya. Setiap kapsul gel lembut menyumbang 530mg lecithin.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan


Motivasi atau beban?

Imej
Salam.

Catatan kali ini berkisar tentang kehidupan seharian kita. Dalam hidup ini, kita semua mempunyai bermacam-macam tugas harian, perancangan, hasrat, keinginan dan cita-cita. Dan perkara-perkara tersebut bermain-main di dalam minda dan jiwa kita. Namun, adakah perkara-perkara yang ingin kita laksanakan itu menjadi motivasi kepada diri kita ataupun menjadi beban kepada diri kita?



Perkara-perkara yang bermain di fikiran kita seperti, baju yang perlu dilipat, buku yang ingin kita tulis, sasaran jualan yang hendak dicapai, dan blog yang hendak dikemaskini akan menjadi satu bebanan yang menyeksakan dan membuatkan kita merasa stres JIKA apa yang kita fikirkan tidak dilaksanakan. Cuba kita lihat, perkara-perkara tersebut tidak 'menekankan' (stres), tetapi ia menjadi punca stres apabila sentiasa 'melihat' 'senarai minda' dan senarai itu tidak berlaku apa-apa pun - senarai tinggal senarai. Walaupun perkara ini kelihatang tidak penting, namun ia tetap mempengaruhi di…