Selasa, 15 Disember 2015

Kolina... Mana awak pergi?

"Kolina oo Kolina! Hari nak hujan! Angkat Jemuran!"
Eh eh... Kolina nama orang ke?
Kolina yg ambo maksudkan ialah kolina dalam bentuk zat makanan.
Kolina dalam bahasa Omputih ialah CHOLINE.
Semalam attend Health Talk di Bagi Gateway Hotel bersama Nutritionist Celine..
Celine sebut kolina... kolina... ambo dengar makin rasa macam nama orang dah.... hehehehe
Nak kolina? Makan Lecithin...
Jom beli dengan saya
whatsapp je... ke 016 874 9195

Sabtu, 12 Disember 2015

THE 12 BEST FOODS TO CONTROL TYPE 2 DIABETES


Assalamualaikum dan Hai.

Entri kali ini dalam bahasa Inggeris yang LBJ copy dari http://www.healthylivinghouse.com/the-12-best-foods-to-control-type-2-diabetes/. Dan Web ini juga copy dari web lain iaitu http://www.healthyandnaturalworld.com/.

LBJ cuma ingin kongsikan aritkel ini, kerana secara peribadi artikel ini menyentuh isu diabetes yang LBJ sedang hadapi sekarang. Semoga bermanfaat kepada kita semua.



We all recognize that preserving a healthy diet regimen is crucial in terms of kind 2 diabetic issues prevention and therapy. Normally, the insight provided diabetics pertains to the basic population as well: take in appropriate veggies, fruits, vegetables, whole grains, low-fat milk items, chicken and fish, and also much less commercial sugary foods and also foods high in fat and salt.




It is recognized that clients who utilize expert guidance and also expert dieticians and dietary direction have a far better chance to preserve balanced degrees of sweets, and prevent the issues of the condition. Diabetics must also keep meals at normal times throughout the day to stay clear of sharp surges in blood sugar level degrees.

Me and My Quotes

To be great... start with ONE SMALL STEP... then DON'T STOP.. after you gain momentum... WALK FASTER... After that RUN...
TIRED? DON"T STOP, but REST awhile
Then WALK again smile emoticon
Peace yo

Jumaat, 11 Disember 2015

Selasa, 8 Disember 2015

Artikel dari Hmetro ::: Interaksi hormon di kulit kepala

Interaksi hormon di kulit kepala

(Sumber : www.hmetro.com.my)
(Oleh: Hidayatul Akmal Ahmad    Emel: hidayatulakmal@hmetro.com.my)


Masalah rambut gugur, jarang dan kering sering menghantui tidak kira lelaki atau perempuan. Situasi itu menyebabkan kurang keyakinan diri serta mengganggu penampilan.

Kadar pertumbuhan rambut yang kurang, selain masalah rambut gugur berkait rapat dengan faktor genetik, kaedah penjagaannya dan emosi.

Malah, persepsi masyarakat mengenai rambut bermasalah seperti botak hanya menyerang golongan usia 40-an juga adalah tidak benar kerana hakikatnya mereka yang berusia 20-an juga mengalami masalah sama.

Presiden Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM), Dr Steven Chow berkata, masalah ini dikenali sebagai Androgenetic Alopecia atau AGA.

Ahad, 6 Disember 2015

Seekor Serigala Jadian ...

Assalamualaikum.

Semalam LBJ menonton cerita Cina di TV8, bertajuk Painted Skin 2. Memang LBJ adalah peminat cerita Cina yang berunsurkan mistik ataupun kisah-kisah zaman dahulu kala.

Kisah Painted Skin ini sebenarnya bahagian kedua. Bahagian pertama belum tengok lagi. Tapi yang berminat boleh menontonnya di Youtube.


Jalan cerita kisah Painted Skin ini adalah berkisar tentang kisah Jadian Serigala a.k.a Syaitan Serigala. Watak yang utama dalam kisah ini adalah tentang Syaitan Serigala yang ingin menjadi manusia.

LBJ ulaskan sahaja cerita ini mengikut pandangan LBJ.

Xiao Wei (Syaitan Serigala) telah dihukum oleh kaumnya kerana melanggar peraturan alam syaitan dengan menyelamatkan seorang manusia. Xiao Wei dihukum penjara sehingga beribu-ribu tahun sehingga Xiao Wei ini dibebaskan oleh seekor Syaitan Burung Pipit.

Kisah berlanjutan sehingga Xiao Wei ingin mencari seorang manusia yang boleh memberikannya jantung (Hati) dengan rela untuk Xiao Wei bertukar menjadi manusia. Kerana tanpa jantung manusia itu, Xiao Wei akan mati.

Dipendekkan cerita, Xiao Wei bertemu seorang Puteri yang telah menyelamatkannya. Dan pada mulanya Xiao Wei memerangkapnya menyangka yang Puteri ini seorang lelaki, dek kerana Puteri menutup mukanya sambil menunggang kuda. Lagak gaya macam seorang pahlawan hebat.

Dan Xiao Wei mengikut Puteri balik ke tempatnya. Dan dalam tempoh bersama Puteri, Xiao Wei telah menyaksikan kisah cinta Puteri dengan salah seorang Pengawal Diraja.

Kisah cinta yang penuh dengan halangan dan menyedihkan. Walaupun Puteri tak pernah menunjukkan cintanya dan menangis akan keadaan nasib. Namun, kisah cinta Puteri cukup menyentuh hati Xiao Wei.

Walaubagaimanapun, Xiao Wei tetap bersifat binatang. Xiao Wei mencuba macam-macam cara termasuk menggoda kekasih hati Puteri untuk mendapatkan jantung Puteri. Kerana jantung Puteri mempunyai sifat yang sangat unik.

Kesudahan cerita ini, Xiao Wei berjaya mendapatkan jantung Puteri. Namun,hanya untuk tempoh yang pendek sahaja. Dalam tempoh yang pendek itu, Xiao Wei  mengecapi kehidupan seorang manusia. Dan Xiao Wei sendiri merasakan pahitnya hidup sebagai manusia. Ini kerana manusia penuh kekurangan dan hidup penuh dengan ujian. Dan ujian paling hebat adalah cinta.

Untuk megetahui lebih lanjut kisah ini, silalah tonton di Youtube.

LBJ cuma ingin katakan bahawa, kisah ini memang menyentuh hati LBJ. Kerana, intipati kisah ini bukan setakat cinta, tetapi sifat sebenar kehidupan manusia - dipenuhi pelbagai jenis perasaan, pelbagai jenis cabaran dan hidup bukan setakat untuk diri sendiri sahaja. Malah setiap kita mempunyai jalinan dan hubungan yang mempengaruhi kehidupan orang lain.



*******************************************

Ingin mendapatkan produk Shaklee? Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?
WhatsApp/SMS    ke --- 016 874 9195 Lenny

Kedai E-book dan produk-produk ilmiah lain di 




Sabtu, 5 Disember 2015

Network Marketing Menakutkan?

Assalamualaikum & Hi


Network Marketing ! Menakutkan ke ? Skim cepat kaya ke?

Biar LBJ cerita sikit tentang Network Marketing yang LBJ join ini ---

It's about.... making new friends, making new connections, making sales by sharing...

LBJ  memang telah melakukan biz network marketing dengan company Shaklee.
Dan semenjak join Network Marketing di Shaklee, LBJ telah:

1) berubah dengan mengubah diri saya untuk tidak takut berkawan, menjalinkan network

2) Menghadapi fear factor saya

3) Cuba sedaya upaya untuk belajar bagaimana hendak berniaga, bagaimana hendak meningkatkan kemahiran/value diri

4) Mencari idea/ berusaha mencari jalan untuk mendapatkan jaringan lebih besar

5) menjadikan diri percaya akan diri sendiri dan meningkatkan amalan harian kerana kita cuba memperbaiki diri


Network Marketing? Buruk ke?

Timbang-timbanglah sendiri... LBJ tak boleh mengubah mentaliti anda... hanya anda boleh mengubah persepsi anda...

LBJ? LBJ hanya berkongsikan pengalaman selama LBJ menyertai Biz Network Marketing Shaklee

Berminat?

Sms/ whatsapp - 016 874 9195

Peace yo, love yourself, make the world a better place....



*******************************************

Ingin mendapatkan produk Shaklee? Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?
WhatsApp/SMS    ke --- 016 874 9195 Lenny

Kedai E-book dan produk-produk ilmiah lain di 

Selasa, 1 Disember 2015

Artikel Kesihatan HMetro : Awas jangkitan elak bengkak susu

Assalamualaikum.

LBJ ingin kongsikan satu aritkel mengenai "Bengkak Susu", untuk penambahan ilmu bersama. LBJ pun bukan berpengalaman dalam isu susu badan ini. Tapi kita boleh sama-sama belajar.
Awas jangkitan elak bengkak susu

Bengkak susu atau mastitis antara komplikasi yang tidak diingini berlaku kepada ibu yang menyusukan bayi. Ia boleh berlaku pada bila-bila masa sepanjang proses menyusukan bayi. Secara umumnya 10 peratus ibu yang menyusu badan mengalami komplikasi ini.

Kebanyakannya bermula beberapa minggu selepas bersalin terutamanya bulan pertama dan kedua ataupun selepas bayi mula tumbuh gigi.

Ia disebabkan gangguan pengaliran susu daripada sel buah dada ke puting susu menyebabkan berlaku radang seterusnya membengkak.