Rabu, 30 April 2014

BEST ! Bagaimana Mendidik Anak Untuk Membantu Kerja-kerja di Rumah

Salam.

Alhamdulillah.

Perkongsian infografik menarik yang saya jumpa yang boleh membantu ibu-ibu yang ingin anak-anaknya membantu kerja-kerja rumah. Sebenarnya 'chores' atau kerja urus rumah ini harus disemaikan ke dalam jiwa anak-anak. Kerana ia membantu perkembangan jati diri  mereka serta sifat berdikari dan juga sifat bekerjasama di dalam keluarga.  Inginkan bacaan lanjut tentang artikel yang telah saya baca sila klik link ini:
http://americanmuslimmom.com/how-to-get-children-to-help-with-chores-infographic


Definitive Guide to Getting Children to Help with Chores - Infographic

Selasa, 29 April 2014

BEST ARTIKEL : Dilema Ibu Bekerja Yang Tak Pernah Padam

Salam.

Alhamdulillah.

Saya terjumpa satu entri yang sangat bermanfaat untuk dikongsikan bersama kawan-kawan ABDR sekalian. Ditulis oleh oleh Mommy Lyna, seorang WAHM. Boleh klik link di bawah untuk bacaan lanjut.


Link : http://mysuperkids.net/dilema-ibu-bekerja-yang-tak-pernah-padam/

Dilema Ibu Bekerja Yang Tak Pernah Padam

by Mommy Lyna on April 16, 2014 · 3 comments
 
Orang kata kalau bekerja di Kuala Lumpur ni, keluar pagi balik malam, tak sempat tengok matahari. Keluar sebelum matahari naik, balik rumah matahari dah tenggelam. Ya, setelah merasainya sendiri, memang bukan orang kata lagi. Semasa tinggal di Kepong dan naik komuter ke pejabat, seawal jam 6.15 pagi dah keluar rumah. Lepas subuh terus lari. Maklumlah komuter masa tu sistemnya harus kita yang mendahului dia. Kalau miss tren, ramai orang satu hal, siap nak berdiri pun kaki tak jejak lantai.. heh, ini kenyataan, pengalaman sendiri! Bersesak macam sardin sampai terhimpit, kaki tak cecah lantai, tergantung-gantung di celah-celah manusia. Tapi sekarang takde dah kot..? Dah ada koc khas untuk perempuan dah.
Bila dah berkahwin dan berpindah ke rumah sendiri (setelah pindah kembali ke Kuala Lumpur dari Miri), saya dah tak naik komuter.. nak kena hantar anak ke taska. Jadinya bawa kereta sampai ke pejabat. Samalah juga, keluar pagi, balik dah malam. Bila balik rumah, terus masuk dapur. Lepas makan malam, layan anak sekejap, kemudian buka SOHO pula.
Bila Abiy dah dapat tugasan baru, makin lambat pulangnya. Kadangkala jam 1 pagi baru balik.
Itu saya. Kawan-kawan seangkatan, ada yang berbulan tak jumpa anak. Terpaksa bertugas di fabrication yard, di tengah laut… Antara tugas sebagai seorang jurutera, ibu dan isteri…
Namun sebenarnya, bekerja bukan penghalang untuk bonding antara ibu dengan anaknya. Ramai je kawan saya yang bukan saja bekerja Isnin-Jumaat, malah hari minggu pun ke pejabat juga…. tapi kebajikan anak-anak tetap tiptop. Malah pengendalian mereka terhadap anak-anak melebihi ibu yang tak bekerja di luar pun.
Tapi ada satu benda yang saya ralatkan… Cuti saya tak banyak, masa kerja dulu 15 hari je setahun. Saya dedikasikan cuti tahunan untuk cuti hari raya dan cuti jaga anak sakit. Tak adil sungguh kan, anak sakit kena tolak cuti tahunan. Kalau anak satu je takpe, kalau yang 4-5 orang? Heheh. Dulu memang kitorang tak ke mana-mana pun. Takde cuti (dan takde duit juga).
Saya tak tahu orang lain, tapi ini memang dilema saya. Lagi-lagi bila Paeds anak-anak ni nasihatkan, kalau anak demam, tak payah susah-susah, ambil je cuti, jaga kat rumah. Penjagaan ibu tu jauh lebih baik dari beri ubat-ubatan. Kata dia lah. Aduhai, dilema sungguh. Minta MC untuk jaga anak, tak boleh pula.
Itu belum lagi fikirkan bab hantar-ambil anak sekolah, transit, dan sebagainya.
Mungkin saya yang fikir complicated.. maklumlah, biasanya anak-anak ni semuanya saya siapkan. Tak boleh nak fikir bagaimana mereka nak naik-turun van, bagaimana nak settle-kan barang-barang ke sekolah agama, etc.
Alhamdulillah, bila saya berhenti kerja pada tahun 2012, semua dilema berakhir, syukur alhamdulillah. Tak perlu fikirkan tentang cuti, tentang sekolah anak dan sebagainya, kerana semuanya saya boleh laksanakan, insya-Allah. Rutin setiap hari, hantar Hafiy ke sekolah, kemudian adik-adiknya ke tadika… tengah hari ambil dia, hantar pula ke sekolah agama. Syukur, terlaksana impian untuk bersama-sama dengan anak-anak. Walaupun kadangkala saya sibuk, namun masa kualiti dapat diberi apabila bawa anak-anak bercuti atau balik kampung.
Memanglah, bukan senang nak sampai ke titik ini… kalau nak berhenti kerja dan tidak buat apa-apa aktiviti yang mendatangkan penghasilan kewangan (SAHM banyaaaak sangat kerja, bukannya tak buat apa) mungkin situasinya lain. Tapi saya lebih suka melakukan sesuatu (bisnes) alhamdulillah, yang dijalankan dari rumah kini di tahap yang agak selesa. Nak jadi ibu yang perfect, saya rasa mustahil, tapi saya cuba jadi ibu terbaik untuk anak-anak.
Kepada ibu-ibu yang ada dilema yang serupa saya, jangan takut nak keluarkan diri dari dilema itu. Kita boleh mengubah hidup kita kalau kita mahu. Apabila kita dah mula ada perasaan ‘tak suka’, ‘tak best’, itu sebenarnya adalah ilham yang diberi oleh Yang Maha Kuasa kepada kita. Jangan biarkan diri menjadi mangsa keadaan, anda boleh mengubahnya!

Isnin, 28 April 2014

Entri Anda

(Oleh : Lenny Boniface)
Salam.
Alhamdulillah.

Anda mempunyai produk? Ingin mengetengahkan bisnes anda? Ingin berkongsi info perniagaan? Ingin memasarkan produk anda?

Saya menawarkan membuat entri berkaitan produk, bisnes, servis, atau apa-apa info yang anda ingin kongsikan di alam maya ini. Hubungi saya melalui e-mail : lenny.boniface@gmail.com. Tertakluk pada terma dan syarat.

Ahad, 27 April 2014

Produk Info : OmegaGuard Shaklee

(Oleh : Lenny Boniface)

Salam.
Alhamdulillah.

Di kesempatan ini saya ingin berkongsikan kebaikan salah satu produk Shaklee, iaitu OmegaGuard Shaklee. Sebenarnya banyak sangat kebaikan minyak ikan dan OmegaGuard Shaklee adalah produk yang dihasilkan daripada minyak ikan. Bukan sebarang minyak ikan biasa.

Minyak Ikan Terbaik di Dunia
Shaklee Omega Guard diektsrak dari ikan laut air sejuk [sardin, mackerel, herring, anchovies] dari perairan Negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan yang dikatakan tinggi dengan DHA dan EPA. Omega Guard Shaklee adalah 3 kali ganda lebih tumpat daripada ketumpatan hati minyak ikan. Berbanding dengan produk Omega di pasaran, Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrumpenuh 7 asid lemak Omega-3 semulajadi termasuk DHA, EPA, ALA dan banyak lagi. Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid lemak omega-3 EPA dan DHA.

Minyak ikan yang terbaik perlulah diekstrak dari ikan itu sendiri, bukannya hanya dari hati ikan. Kaedah penyulingan semasa mengekstrak minyak ikan juga perlu diambil kira bagi menghasilkan kualiti minyak ikan yang terbaik. Kaedah penyulingan dengan tekanan tinggi akan memusnahkan sesetengah nutrein, malah tidak dapat menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan. Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan OmegaGuard. Ia dihasilkan melalui proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB [polychlorinated biphenyl - merupakan bahan kimia industri yang sangat bertoksik].

Setelah kita membaca tentang asal-usul OmegaGuard Shaklee, mari kita tengok pula kebaikan OmegaGuard:

Kebaikan OmegaGuard Shaklee

1. OmegaGuard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA, dan banyak lagi. Omega Guard Shaklee membantu dalam perkembangan otak dan memori kanak-kanak autisme. Kandungan DHA adalah nutrein utama untuk otak, sistem saraf dan retina. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran juga membantu dalam memelihara penglihatan dan pendengaran.

2. Kaya dengan anti-oksidan dengan menjaga saluran darah dan peredaran darah dengan sempurna.

3. Membantu dalam mengurangkan keradangan sendi, mengurangkan paras kolestrol dan tekanan darah.

Dan banyak lagi kebaikan OmegaGuard yang lain, boleh klik link ini untuk bacaan lanjut.

Sebenarnya banyak kebaikan OmegaGuard Shaklee jika kita jadikan pengambilannya suatu amalan yang rutin. Begitu juga supplemen-supplemen lain yang anda amalkan. Seharusnya berterusan dan konsisten. Kerana penyakit boleh /kadang-kadang terjadi dalam satu hari, tetapi kesembuhan berlaku perlahan-lahan dan perlukan kesabaran.

(sumber rujukan : Nafiza Shuib )

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Untuk pembelian atau pertanyaan:
(+) sms/whatsapp    : 0168749195
(+) e-mail                 : lenny.boniface@gmail.com

Selasa, 22 April 2014

TERBARU !! : KELAS AKAUN OFFLINE

Salam.

Alhamdulillah.

                                  Bengkel Offline Asas Akaun
                                  Tarikh            :   10 MEI 2014
                                  Lokasi            :   Shah Alam
                                  Tempat          :   2nd Floor PKNS Bizpoint Shah Alam
                                  Masa              :   9pg -5ptg

                                  Yuran             :   RM 220


Anda peniaga kecil? Baru dalam selok belok perniagaan? Tahu tak apa yang penting dalam perniagaan? Jawapannya PENGURUSAN AKAUN. Dari pengurusan akaunlah kita mengetahui perkembangan perniagaan kita, samaada maju ke depan atau mundur ke belakang.





Peluang baik untuk anda peniaga kecil-kecilan / peniaga sambilan!! Peluang untuk menimba ilmu yang membantu perniagaan anda. Mari kita perhatikan poin-poin di bawah ini:

Masalah Rutin Usahawan Bisnes Kecil
(1)     Tidak tahu menjejaki kos, untung, aliran tunai bisnes
(2)    Terlalu banyak kos tersembunyi kos tersembunyi yang mengecilkan keuntungan (dilakukan
         dari awal mula bisnes)
(3)    Mencampur aduk wang syarikat dan wang sendiri
(4)    Menggunakan wang syarikat/bisnes dengan bebas tanpa rasa bersalah
(5)    Membeli banyak stok pada awal bisnes menyebabkan 0 keuntungan
(6)    Jualan meningkat setiap bulan, akan tetapi tidak ada rekod kewangan yang tepat, menyebabkan
         tidak ada wang keuntungan
(7)    Tidak memasukkan kos pengurusan, kos minyak menyebabkan 'bahagian wang untung'
         semakin mengecil dan hampir tidak ada untung
(8)    Selepas setengah tahun beroperasi, bisnes masih pada tahap sama, jualan tidak konsisten dan
         tidak tahu keuntungan yang tepat
(9)    Bisnes seperti maju, produk laris tetapi tidak ada 'aliran tunai' yang banyak di dalam tangan




Jika kalian kategori usahawan di atas
(1)   Perlu tahu wang peribadi perlu diasingkan dengan wang syarikat
(2)   Belajar buat bajet kewangan
(3)   Buat unjuran sasaran yang perlu dicapai
(4)   Buat sasaran bahagian 'gaji' yang perlu diambil dari 'pendapatan syarikat' selepas layak
        mengambil gaji
(5)   Perlu tahu kos yang terlibat dalam urusan operasi bisnes
(6)   Perlu tahu mana untung mana rugi
(7)   Perlu tahu kesihatan 'kewangan' atau 'akaun' syarikat adalah bisnes semakin untuk atau semakin
        rugi
(8)   Perlu tahu asas keluar masuk wang
(9)   Perlu tahu bahawa rekod aliran wang yang tepat membantu usahawan menjejaki keuntungan
        yang sepatutnya lebih meningkat dari bulan ke bulan


Bagi usahawan yang mengalami masalah di atas, boleh sertai bengkel urus kewangan:
                                        
                                        Bengkel Offline Asas Akaun
                                  Tarikh            :   10 MEI 2014
                                  Lokasi            :   Shah Alam
                                  Tempat          :   2nd Floor PKNS Bizpoint Shah Alam
                                  Masa              :   9pg -5ptg

                                  Yuran             :   RM 220



Apa yang terdapat di BENGKEL OFFLINE ASAS AKAUN?


Modul
1. Pengenalan Book keeping and accounting
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh entreprenuer
3. How to do record keeping
4. Basic costing and Pricing. Bagaimana anda meletakkan Harga?
5. Profit & Loss...anda untung @ Rugi????
6. Case Study (full set of Bookeeping)
     case study - hands on task. Full cycle how to do book keeping.

 Tambahan!


Bonus 1:
Ebook asas blog
Ebook 101 idea home based bisnes
Ebook Jejak Aliran Tunai

Bonus 2:
2 tahun periklanan di soho directory

Bonus 3:
Temuramah untuk ruangan bisnes majalah

BERSEGERALAH!!! Masa makin suntuk!!! Tempat makin terhad!!!  
Hubungi saya untuk tempahan dan maklumat lanjut :

(+)  sms/whatsapp : 0168749195
(+)  e-mail               : lenny.boniface@gmail.com



Isnin, 14 April 2014

Projek Muffin - Berjaya

(oleh : Lenny Boniface)

Salam.

Alhamdulillah.

Projek Muffin berjaya dilancarkan langkah PERTAMA. Yea! Mari tengok gambarnya:













Khamis, 10 April 2014

TERKINI : Projek Muffin

Salam.

Alhamdulillah.

Hari tiba-tida dapat idea untuk jual muffin. Sangat teruja. Jadi ini adalah projek MUFFIN yang saya akan lakukan. Doakan kejayaan saya. Alhamdulillah. Sangat teruja.

Nanti dah ada gambar muffin yang hendak saya jual, saya akan uploadkan gambar.

Jazakallah.

TERKINI : Jawapan bagi Aduan Orang Ramai Mengenai Catuan Air

 Salam,

Alhamdulillah.

 Saya ingin sebarkan dan kongsikan informasi yang saya dapat dari Website Syabas untuk kebaikan dan pengetahuan umum semua. Sama-sama kita berusaha untuk kebaikan bersama.

Status Terkini Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama, Ketiga dan Keempat di Negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya


SIARAN SEGERA
9 APRIL 2014

Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan bahawa pada masa ini pihak SYABAS masih melaksanakan Pelan Catuan Peringkat Pertama, Ketiga dan Keempat di seluruh Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga mendapat arahan selanjutnya daripada Kerajaan Negeri Selangor.

Walaubagaimanapun, pada masa ini perlaksanaan ketiga-tiga pelan catuan bekalan air tersebut untuk beberapa kawasan terlibat sedang dilonggarkan sedikit disebabkan perkara berikut:-

1.     Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama
Pelan catuan bekalan air yang melibat beberapa kawasan di Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang telah dilonggarkan sedikit apabila LRA Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi dioperasikan semula sejak 30 Mac 2014 yang lalu selepas kandungan ammonia di Sungai Langat berada di paras yang rendah. Situasi disebabkan oleh penurunan  hujan sejak kebelakangan ini di kawasan sekitar Sungai Langat. Berikutan itu, loji-loji rawatan air tersebut telah mengeluarkan semula air terawat dan telah disalurkan oleh pihak SYABAS ke kawasan catuan seperti biasa. Walaubagaimanapun, syarikat operator kedua-dua loji tersebut iaitu Puncak Niaga (M) Sdn Bhd telah memaklumkan bahawa situasi ini belum benar-benar stabil dan operasi kedua-dua loji rawatan air ini masih lagi terdedah kepada keadaan paras kandungan ammonia yang tidak menentu di dalam Sungai Langat.

Justeru, para pengguna di kawasan yang terlibat dengan catuan ini digesa untuk terus berjimat cermat dan membuat simpanan air yang mencukupi dari masa ke semasa.

2.     Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Ketiga dan Keempat
Pelan catuan bekalan air untuk beberapa kawasan yang terlibat di Wilayah Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang ini turut juga dilonggarkan disebabkan loji-loji rawatan yang berkenaan telah menambahkan pengeluaran air terawat masing-masing selepas peningkatan aliran air sungai ekoran penurunan hujan di sekitar kawasan Sungai Selangor sejak beberapa hari kebelakangan ini. Walaubagaimanapun, situasi ini juga bersifat sementara kerana berdasarkan kepada maklumat yang diterima dari Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) keadaan paras empangan Sungai Selangor masih ditahap yang rendah dan kritikal dan pelepasan air mentah ke sungai masih terus dikawal dan dikurangkan.

Pada masa yang sama, berikutan beberapa persoalan dan aduan yang kerap diutarakan oleh pengguna berkenaan dengan pelan catuan ini, SYABAS ingin menjelaskan perkara-perkara berikut:-

1.  Aduan mengenai kawasan catuan bekalan air tidak disusun secara adil

Kesemua kawasan terlibat dengan catuan bekalan air bagi Peringkat Pertama Ketiga dan Keempat adalah disebabkan oleh perkara-perkara yang dinyatakan di atas. Oleh itu ingin ditegaskan di sini bahawa tiada pengguna di kawasan tersebut yang dikecualikan kecuali kategori pengguna yang diluluskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) seperti yang tersenarai di dalam notis catuan bekalan air dan disenaraikan semula seperti berikut:-

  • Pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya dan pusat pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor dan Pusat Bandaraya Kuala Lumpur
  • Lapangan terbang antarabangsa KLIA dan Subang
  • Pelabuhan Kelang
  • Zon Perdagangan Bebas (FTZ)
  • Hospital Kerajaan dan Swasta
  • Pusat dailisis
  • Stesyen Janakuasa Salahuddin Abdul Aziz, Kapar

2.  Aduan mengenai kawasan yang tidak di dalam catuan tetapi dicatu bekalan air

Nama-nama  kawasan pengguna yang terlibat dengan catuan di senaraikan dengan seberapa terperinci yang mungkin dan senarai ini boleh diperolehi  daripada notis catuan bekalan air yang dikeluarkan oleh pihak SPAN/SYABAS dengan melayari laman web SYABAS (www.syabas.com.my). Walaubagaimanapun, ada kemungkinan terdapat nama-nama kawasan secara khusus tidak tersenarai namun kawasan tersebut telah termasuk di dalam nama keseluruhan kawasan besar yang terlibat yang meliputi kawasan berkenaan.

Dalam perkara yang sama, pihak SYABAS akan memaklumkan dari masa ke semasa kepada pengguna melalui media, laman web dan edaran notis kepada pengguna terlibat jika terdapat keperluan untuk membuat perubahan dan/atau penyusunan semula zon-zon catuan bagi melicinkan lagi perjalanan pelan catuan bekalan air.

Ada juga keadaan gangguan bekalan air berlaku disebabkan paip pecah dan telah dianggap sebagai catuan bekalan air.

3.  Aduan berkenaan kawasan bersebelahan tidak dicatu bekalan air

Dalam perkara ini, ingin dijelaskan sekali lagi bahawa pelan catuan bekalan air yang sedang dijalankan disebabkan oleh perkara berikut:-

  • Pelan catuan bekalan air Peringkat Pertama
Pelan catuan yang mula diaktifkan sejak 27 Februari 2014 yang lalu di beberapa kawasan di Wilayah Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang ini adalah di atas arahan pihak Kerajaan Negeri Selangor dengan kelulusan SPAN disebabkan oleh penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi ekoran pencemaran ammonia di dalam Sungai Langat.

Sehubungan itu, kawasan pengguna di Wilayah Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang yang tidak menerima bekalan air dari kedua-dua loji tersebut tidak dicatu bekalan air walaupun berhampiran di antara satu sama lain.

  • Pelan catuan bekalan air Peringkat Ketiga dan Keempat
Pelan catuan Peringkat Ketiga dan Keempat dilaksanakan sejak 10 Mac 2014 dan 4 April 2014 di beberapa kawasan di Wilayah Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang yang lalu adalah di atas arahan pihak Kerajaan Negeri Selangor dengan kelulusan SPAN. Ini berikutan pelepasan air mentah dari empangan Sungai Selangor dan empangan Klang Gates masing-masing dikurangkan sebanyak 1000 Juta Liter Sehari (JLH) dan 30JLH oleh Kerajaan Negeri Selangor disebabkan paras simpanan air mentah yang rendah di kedua-dua empangan.

Sehubungan itu, kawasan pengguna di sembilan (9) wilayah tersebut yang tidak menerima bekalan air dari sumber air mentah empangan Sungai Selangor dan empangan Klang Gates tidak dicatu bekalan air walaupun berhampiran di antara satu sama lain.

4.  Aduan atau permintaan bantuan air menggunakan lori tangki dan tangki statik semasa catuan

Dalam perkara ini, seperti dinyatakan di dalam notis pelan catuan yang dikeluarkan oleh SPAN/SYABAS, pihak SYABAS ingin menegaskan sekali lagi bahawa semasa catuan air:-

•    bantuan air menggunakan lori-lori tangki dan tangki air statik tidak akan dibekalkan kepada zon yang dijadualkan tiada air kecuali bagi pengguna-pengguna kritikal atau situasi yang amat memerlukan seperti upacara kematian, kenduri dan rumah kebajikan.
•    bagi zon dijadualkan ada bekalan air tetapi mengalami gangguan bekalan air disebabkan berada di kawasan tinggi atau di penghujung sistem agihan, bantuan air menggunakan lori-lori tangki dan tangki air statik akan disediakan. Tangki-tangki statik akan diletakkan di tempat-tempat yang sesuai mengikut keutamaan.    
•    bantuan bekalan air melalui lori tangki air dan tangki air statik tidak akan diberi kepada pengguna komersial dan industri. Pengguna komersial dan industri walaubagaimanapun boleh memohon pembelian air dari pihak SYABAS dengan menyediakan pengangkutan sendiri dan tertakluk kepada kelulusan SYABAS.

5.  Permintaan supaya tempoh catuan dipendekkan kepada satu (1) hari

Berkenaan tempoh catuan 2 hari ada air, 2 hari tiada air, ingin ditegaskan di sini bahawa tempoh masa yang ditetapkan ini perlu bagi memastikan bekalan air sampai ke premis pengguna seperti yang dijadualkan memandangkan kawasan yang terlibat dengan catuan air adalah sangat luas di mana pengaliran air ke semua kawasan memerlukan masa yang agak lama dan ada di antara kawasan tersebut bekalan air memerlukan pengisian kolam-kolam sedutan terlebih dahulu dan dipam ke kolam-kolam perkhidmatan sebelum dapat diagihkan kepada pengguna.

6.  Permintaan mengenai bekalan air perlu dibuka di waktu pagi bukan pada jam 4 petang

Dalam perkara ini ingin ditegaskan sekali lagi bahawa bagi zon yang dijadualkan ada air, pembukaan injab bekalan air dibuka bermula jam 9:00 pagi hingga 11:00 pagi. Pengaliran air adalah bersifat hidraulik dan pengalirannya dipengaruhi oleh graviti dan topografi kawasan yang dibekalkan serta penyaluran bekalan air juga tertakluk kepada kelainan saiz paip, tekanan pam air dan kepanjangan paip tersebut. Secara umumnya, bekalan air dijangka diterima oleh kebanyakkan pengguna pada jam 4 petang pada hari pertama zon tersebut dijadualkan mendapat air.

7.  Aduan berkenaan bekalan air diterima melewati jam 4 petang

Kelewatan bekalan air diterima dari yang dijadualkan pada jam 4 petang adalah berpunca dari faktor-faktor yang dinyatakan di atas. Bagi mengatasi isu ini, beberapa langkah dan tindakan penambahbaikan telah dilaksanakan oleh pihak SYABAS, antaranya seperti berikut:-

  • menggunakan kemudahan seperti SCADA, telemetri, model hidraulik secara sepenuhnya bagi menentukan kawasan yang lewat menerima bekalan air apabila bekalan dibuka.
  • setiap kali semasa pelan catuan bekalan air dinaiktaraf seperti Pelan Catuan Bekalan Air Kedua kepada Pelan Catuan Bekalan Air Ketiga, proses  penyelarasan dan semakan dilakukan bagi melancarkan lagi perlaksanaan pelan catuan seterusnya.
  • setiap kali selepas pembukaan injap, siasatan dan pemeriksaan fizikal dilakukan sepanjang sistem agihan bagi kawasan tersebut bagi memastikan tekanan mencukupi dan mengelakkan berlakunya masalah mendapan udara (airlock) di dalam sistem perpaipan tersebut dalam usaha memastikan jangka masa bekalan air tersebut sampai ke destinasinya di dalam tempoh yang dijadualkan.
  • kakitangan tambahan dari unit-unit lain termasuk kakitangan tambahan dari syarikat bersekutu seperti Puncak Niaga (M) Sdn Bhd dan tenaga kerja sokongan dari Kerajaan Negeri Selangor yang ditugaskan mengendalikan pengoperasian injap yang pada mulanya kurang mahir kini dengan latihan dan pengawasan berterusan, mereka sudah lebih cekap.
  • bagi mengelakkan kelewatan mendapat bekalan air disebabkan bekalan air perlu melalui pengisian tangki simpanan premis kediaman bertingkat, pihak SYABAS telah mengunjungi dan berbincang dengan Badan Pengurusan Bersama (JMB) premis-premis seperti ini agar menutup dan membuka bekalan air dalaman seiring dengan jadual SYABAS dan juga mengawal paras tangki sehingga ke paras stabil sebelum penyaluran air dibuka kepada penghuninya.
  • pihak SYABAS akan terus memantau kawasan-kawasan catuan mengikut zon yang telah ditetapkan dari semasa ke semasa dan mengambil tindakan penambahbaikan dan  menghaluskan pelan khususnya dari segi tempoh pemulihan bekalan air di semua kawasan terlibat seperti yang telah dijadualkan.

8.  Aduan berkenaan kekerapan berlaku kejadian paip pecah semasa catuan

Pihak SYABAS juga ingin memaklumkan bahawa dalam kes-kes tertentu semasa catuan ini berjalan berlaku juga kejadian paip pecah apabila bekalan air yang dibuka semula telah menyebabkan mampatan udara (airlock) pada paip yang telah kosong dan mengakibatkan kejadian paip pecah. Di dalam perkara ini, pihak SYABAS akan melonggarkan sedikit jadual catuan di kawasan yang terlibat disebabkan kejadian paip pecah atau kegagalan lain-lain sistem agihan seperti rumah pam.

9.  Aduan mengenai air yang diterima semasa catuan keroh dan berkeladak

Berhubung dengan aduan berkenaan kualiti pada air di peringkat permulaan ianya diterima pengguna, pihak SYABAS ingin memaklumkan kekerohan atau perubahan warna pada air adalah disebabkan oleh kekacauan yang berada di dalam rangkaian sistem paip agihan yang sebelum ini telah kosong. Air yang berwarna tersebut dibawa naik bersama oleh pengaliran air di peringkat permulaan bekalan diterima balik oleh premis pengguna dan ianya adalah bersifat sementara sahaja. Apa yang perlu dititikberatkan bahawa pihak SYABAS sentiasa menguji dan memantau mutu bekalan air tersebut dan mendapati ia menepati piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia dan selamat untuk digunakan.

Di dalam keadaan biasa pun, air terawat yang dibekalkan oleh loji-loji rawatan dan diagihkan oleh SYABAS sentiasa mematuhi piawaian yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Pemeriksaan dan pemantauan kualiti air oleh SYABAS dan Jabatan Kesihatan Malaysia dilaksanakan berdasarkan parameters yang ditetapkan di dalam Program Jaminan Kualiti Air Kementerian Kesihatan Malaysia. Oleh yang demikian, air yang diterima pengguna adalah dijamin selamat.

Pada masa yang sama, keadaan tangki simpanan premis kediaman rumah pengguna dan tangki simpanan di premis kediaman bertingkat juga mempengaruhi perubahan warna air yang diterima. Justeru, para pengguna dan badan pengurus bangunan disarankan membuat penyenggaraan berjadual terhadap tangki-tangki tersebut.

10.         Aduan berkenaan kawasan yang di catu masih menerima bekalan air seperti biasa

Dalam perkara ini pihak SYABAS ingin menjelaskan bahawa keadaan ini pada kebiasaannya adalah disebabkan, masih terdapat bekalan air di dalam paip sistem agihan di kawasan pengguna dan bekalan air di tangki kediaman bertingkat pengguna masih mempunyai baki bekalan air. Walaubagaimanpun situasi ini akan berakhir setelah baki simpanan air tersebut habis.

11.         Aduan berkenaan pelan catuan masih diteruskan walaupun hujan telah turun di kebanyakan kawasan

Dalam hal ini pihak SYABAS ingin menegaskan bahawa pelan catuan dibuat adalah di atas arahan pihak Kerajaan Negeri Selangor dengan kelulusan SPAN dan bukannya ditetapkan oleh SYABAS. Pada masa yang sama pihak SYABAS berkeyakinan bahawa keputusan Kerajaan Negeri Selangor ini tertakluk kepada keadaan takungan di empangan dan juga kadar pencemaran di Sungai Langat di mana paras kandungan ammonia masih tidak menentu.

Selain daripada itu, tambahan aliran sungai ekoran dari penurunan hujan tersebut akan digunakan oleh loji-loji rawatan air berkenaan untuk menambahkan pengeluaran air terawat. Tambahan air terawat ini akan terus disalurkan oleh pihak SYABAS ke kawasan yang sedang mangalami catuan seberapa banyak yang mengizinkan. Walaubagaimanapun situasi ini adalah bersifat sementara.

12.         Aduan berkenaan notis catuan tidak diedarkan secara menyeluruh

Untuk makluman, notis catuan bekalan air ada dikeluarkan melalui iklan yang ditempah khusus dengan akhbar-akhbar utama oleh pihak SYABAS.  Di samping itu, notis yang sama juga dipaparkan sepanjang masa di dalam laman web SYABAS (www.syabas.com.my). Di samping itu, walaupun kawasan yang terlibat adalah begitu luas di seluruh Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, pihak SYABAS juga ada membuat edaran tangan notis tersebut melalui kaunter-kaunter perkhidmatan SYABAS, wakil-wakil penduduk dan Badan Pengurusan Bersama (JMB) premis kediaman bertingkat. Justeru, bagi para pengguna atau mana-mana pihak yang masih belum mempunyai maklumat lengkap berhubung senarai kawasan dan jadual Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama, Ketiga dan Keempat yang sedang dijalankan pada masa ini, maklumat tersebut boleh diperolehi secara terperinci dari laman web ini.

Sementara itu, selain terus menggunakan air dengan berjimat cermat, para pengguna juga terus diingatkan agar tidak melakukan aktiviti-aktiviti terlarang dan menyalahi undang-undang semata-mata untuk mendapatkan bekalan air seperti merosakan sistem paip agihan kerana perbuatan ini akan mengakibatkan pembaziran dan kehilangan/kekurangan lebih banyak bekalan air serta menyebabkan masalah kekurangan bekalan air bertambah teruk. Pengguna juga dilarang untuk menggunakan bekakan air dari mana-mana pili bomba kerana perbuatan ini merupakan satu kesalahan di bawah Akta Industri Pembekalan Air 2006 dan boleh dikenakan penalti yang tinggi. Justeru, kerjasama dari para pengguna amatlah diharapkan untuk bersama-sama menjimatkan penggunaan air khususnya pada ketika pelan catuan ini dilaksanakan.

Pihak SYABAS juga menyarankan agar para pengguna pada masa ini tidak membuat panggilan ke talian bebas tol PUSPEL 1-800-88-5252 hanya untuk mendapatkan maklumat mengenai pelan catuan bekalan air seperti kawasan terlibat dan juga jadual catuan. Ini disebabkan terdapat kemungkinan besar panggilan tersebut sukar menembusi PUSPEL yang sedang berhadapan dengan kemasukan jumlah panggilan yang amat tinggi.

- tamat -

PRISCILLA ALFRED
Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam

**Para pengguna di seluruh Negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang mempunyai pertanyaan atau laporan berhubung  bekalan air disaran agar menghubungi talian bebas tol (PUSPEL) di talian 1-800-88-5252 yang beroperasi selama 24 jam sehari atau hantarkan SMS ke 39222 dengan menaip PUSPEL <jarak> aduan/pertanyaan>, atau emel ke puspel@syabas.com.my. Para pengguna juga boleh membuat laporan kepada SYABAS menerusi laman web web Twitter dan Facebook dengan mendaftar di laman web berkenaan.

Jumaat, 4 April 2014

TERKINI : Promosi & Pakej E-book yang Terhebat

(oleh: Lenny Boniface)

Salam.

Alhamdulillah.

Dup dap... dup dap... Jantung saya berdegup-degup saspen. Kenapa? Kerana sesuatu insiden yang tak dapat saya ceritakan. Anyway... Kita sudah masuk ke bulan April. Sungguh laju masa berlalu, sudah suku tahun pertama dah. Untuk bulan April mari kita lihat apa yang tersedia di Akedemi Bekerja di Rumah untuk keperluan pembaca-pembaca yang mencari ilmu untuk menambahkan pendapatan.

1.  PROMOSI PAKEJ MULA BISNES MAKANAN

Harga sebenar pakej ini ialah RM 130, tapi untuk bulan April yang ceria ini, kami menawarkan harga RM 100 SAHAJA!!   Terbaik!!!

 




2. PAKEJ DUO   >>  RM 50   >>  2 E-Book POWER!!

Dua e-book hebat yang memberikan panduan untuk anda mengusahakan perniagaan secara online. Harga yang kababoom!! Sangat-sangat murah berbanding ilmu yang diberikan... Jangan lepaskan peluang.. MASA TERHAD!!! Fuyoo!


 



Inginkan maklumat lanjut? Jangan segan-segan jangan malu-malu, hubungi saya melalui cara-cara yang anda selesa, SMS boleh, WhatsApp boleh, e-mail pun boleh :