Selasa, 31 Oktober 2017

Segi Empat, Persepsi dan Kepercayaan

Assalamualaikum.

Saya ingin kongsikan sesuatu  yang saya dapat dari Program Team Building. Saya telah menghadiri satu program TeamBuilding yang dianjurkan oleh Mdec pada 27 Oktober 2017 sehingga 29 Oktober 2017.

OK, bukan saya nak kongsikan tentang pengalaman Team Building, tetapi saya ingin kongsikan tentang inspirasi dan aspirasi yang saya dapat dalam satu daripada permainan tersebut.

Macam mana main permainan itu? Fasilitator  berikan arahan bagaimana permaian itu dijalankan.
Arahan nya ialah:
1. Letakkan kedua kaki di dalam 'segi empat'
2. Apabila arahan 'TUKAR'diberikan, bergerak ke segi empat yang lain.
3. Permainan tidak akan diteruskan sehingga kedua-dua kaki di dalam segi empat.

* Permainan ini kena dijalankan di dalam kumpulan besar.
* Segi empat yang diberikan oleh fasilitator adalah helaian surat khabar.

Semasa permainan berjalan, pada awal permainan peserta bermain dengan santai, sebab tiada kiraan masa. Sehingga suatu tempoh di dalam permainan, helaian surat khabar dihilang atau diambil. Maka 'segi empat' yang diberikan semakin berkurang.


Tujuan permainan ini adalah melatih pemikiran dan kerjasama.

Agak sukar nak saya terjemahkan semua detik dalam permainan ini. Saya cuma ingin kongsikan kesimpulan yang saya dapat dalam permainan ini.

Perhatikan ini:
(syarat-syaratnya ialah)
Segi empat,
bergerak,
kaki di dalam segi empat,
permainan diteruskan

(*fasilitator membentangkan surat khabar di lantai)



Poin 1 : - Persepsi

Segi empat = helaian surat khabar
-sebab fasilator bagi surat khabar dan arahan berdiri di atas helaian surat khabar
- jadi persepsi peserta surat khabar MEMANG segi empat
- dapat berdiri di atas surat khabar - selamat

Poin 2: -Keadaan berubah menjadi suatu 'kesempitan'

Surat khabar dihilangkan / diambil
- peserta cemas
- segi empat berkurangan
- kena cari surat khabar
-berkongsi dengan rakan
- masih percaya surat khabar adalah segi empat



Poin 3 - Mencari jalan penyelesaian
- Peserta memikirkan strategi untuk kekal di dalam segi empat dan bergerak ke segi empat lain
- pemikiran di luar kotak berlaku
-saat genting
- " Bagaimana hendak teruskan permaian dengan selamat."


Outcome of this:
Sebenarnya banyak nak dibahaskan di dalam permainan ini. Saya cuba ceritakan satu-satu ya.

Pertama:
Apa itu segi empat? (rujuk syarat-syaratnya)
Adakah surat khabar itu segiempat? Atau segiempat yang dimaksudkan oleh pemberi permainan?
Fasilitator hanya katakan segiempat. Dia tak kata "berdiri di atas surat khabar" (Rujuk balik syarat-syaratnya)
(Maksud di belakang poin ini ialah ) -
# segiempat yang dimaksudkan adalah berdasarkan pemikiran. Kita fikir surat khabar adalah segiempat, dan segiempat adalah surat khabar. Dapar surat khabar - SELAMAT.
# Dan peserta meyakinkan peserta lain bahawa surat khabar itu adalah segi empat kerana mereka percaya surat khabar itu adalah segi empat.

Kedua:
Apabila surat khabar makin berkurang, dan peserta masih dalam bilangan yang sama, bagaimana hendak mendapatkan segi empat untuk meneruskan permainan.
Keadaan menjadi cemas kerana kekurangan surat khabar, dan peserta perlu surat khabar untuk berdiri di atas segi empat dan permainan boleh diteruskan.
Apbila keadaan cemas berlaku ( boleh dikatakan kesempitan/ cabaran/ kesusahan) - peserta akan cuba berfikir untuk selamatkan keadaan.
Surat khabar makin berkurang dan berkurang dan akhirnya akan hilang semua surat khabar.
Jadi, peserta akan merujuk balik syarat-syarat permainan. Segi empat, bergerak, permainan diteruskan.
Maka di sini, peserta akan cuba memahami maksud 'segi empat' itu apa? bagaimana nak hasilkan segiempat walaupun segiempat dimaksudkan hilang?
Nampak the big picture di sini?

Jadi, beberapa peserta berjaya merungkaikan teka-teki di dalam permainan ini.

Saya sebagai peserta hanya memerhati dan menghadam apa yang berlaku. Saya bukan perungkai teka-teki ini. Tetapi saya dapat inspiras daripada teka teki ini.

Maksud di sebalik Permainan ini

Sebenarnya kita (manusia) ini telah di-preset. Dan persepsi dan pandangan adalah berdasarkan keadaan sekeliling dan apa yang disuapkan kepada kita.

Kita akan berada di dalam keadaan tenang dan selesa sehingga kita dipaksa ke suatu limit, dah sampai limit itu, kita akan mencari jalan sehingga boleh berfikir di luar kebiasaan.

( Sebenarnya, agak sukar untuk saya terjemahkan hasil pemikiran saya)

Maksudnya begini, selagi hidup kita dalam keadaan tenang dan selesa, kita akan hidup dengan tenang dan selesa. Sehingga sampai suatu cabaran melanda, dan semuanya berubah menjadi sukar.
Di situ , kita akan membuktikan kehebatan atau kelemahan pemikiran.

Sekiranya kita seseorang yang hebat, maka akan cuba sedaya upaya untuk mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi sehingga boleh berfikir dan bertindak di luar kebiasaan. Sekiranya lemah, maka kita akan kalah dengan cabaran ini.

Pemikiran kita hanya akan berada di 'luar kotak' sekiranya berlaku cabaran. Sekiranya tidak ada cabaran, maka kita tak dapat menguji kehebatan pemikiran diri sendiri.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan