Selasa, 25 September 2018

The Nun - Review Kak Len

Assalamualaikum.

Kali ini buat review lagi. (Rasa-rasa, masa akan datang akan buat review movie yang Kak Len tonton untuk kenangan Kak Len sendiri).

Movie yang Kak Len tengok hari tu, The Nun. Kak Len peminat setia cerita-cerita hantu dan seram. Macam mana Kak Len rate movie ini? 4 bintang dari 5.

Image result for the nun malaysia

Meh cerita sikit la. Kisahnya bermula apabila ada satu biara (mereka sebut 'abbey') di Romania telah berlaku kejadian bunuh diri oleh seorang biarawati (nun). Mayat biarawati telah ditemui oleh seorang penghantar makanan. Berita kematian biarawati itu telah sampai ke pengetahuan Paderi besar di Vatican. Maka mereka menghantar Father Burke dan Sister Irene ke Romania untuk menyiasat keadaan di biarawati tersebut. Dalam cerita ini, watak utama adalah Father Burke, Sister Irene dan penghantar makanan yang dia gelarkan diri sendiri Frenchie.

Mereka bertiga telah pergi ke biara untuk menyiasat kejadian bunuh diri biarawati. Jalan cerita agak perlahan. Tapi, setiap babak diselubungi keadaan seram.

Kak Len tak cerita perjalanan movie ini. Cuma nak bagi pendapat dan perasaan sendiri tentang movie ini. Kak Len rasa cerita ini memang seram, sehinggakan tutup-tutup mata la. Kalau nak tengok mesti tengok di pawagam atau TV HD, tahu tak kenapa? Kerana kebanyakkan babak dalam gelap. Jadi nak tengok secara jelas, tengok la di pawagam atau TV besar di rumah.(Perasaan Kak Len saja).

Bagi sedikit pecah rahsia la tentang hantu tu. Hantu tu sebenarnya adalah jin syaitan diseru oleh orang jahat dulu yang pernah mendiami Biara tersebut. Kiranya, di biara itu ada satu 'jalan' untuk jin syaitan itu untuk masuk ke dunia ini.

#reviewmoviekaklen
#kaklenshaklee
#lennyshaklee


KakLen,
Pengedar Sah Shaklee,
Whatsapp : 0168749195 untuk produk  Shaklee & peluang bisnes

Ahad, 16 September 2018

Tiga untuk sepanjang masa

Muda lagi dik?
Berusia ke cik?
Usah gusar. Masih boleh untuk kekalkan kesihatan.
Jaga pemakanan, bersenam.
Plus....
Ambil set ini ðŸ‘‡
KEsihatan bukan mudah begitu sahaja, semua kena usahakan. Jaga makan, bersenam, jaga emosi, jaga spiritual.
Plus, kita tambah sedikit supplemen ke dalam pengambilan harian



Khamis, 13 September 2018

Review Munafik 2

Assalamualaikum.

Baru balik dari panggung, tengok cerita Munafik 2.
Nak bagi review personal ni.

Image result for munafik 2

Best! Best! Best! Tak rugi tengok. KakLen memang peminat cerita hantu. Memang terbaiklah cerita Munafik 2.

Cerita ini berkisah tentang ajaran sesat, dan sihir. Menceritakan bagaimana Ustaz Adam terjebak dalam situasi di mana ajaran sesat berleluasa di suatu kampung dan bagaimana pemimpin ajaran sesat menggunakan sihir.

Dalam cerita ini dua watak yang menonjol, Sakinah dan Ustaz Adam. Walaupun dua-dua tak mempunyai hubungan secara terus menerus, tetapi watak-watak ini yanv paling memberi kesan kepada KakLen.

Paling terbaik, babak hantu, jin memang terbaiklah.
KakLen taknak ulas banyak-banyak. Cuma nak share yang movie ini tak rugi tengok.
Kena tengok sendiri.

KakLen bagi 5  plus plus.



KakLen,
Pengedar Sah Shaklee,
Whatsapp : 0168749195 untuk produk  Shaklee & peluang bisnes