Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2017

Ah huat Coco Review

Imej
Assalamualaikum.

Bulan lepas saya menerima satu sampel minuman koko dari Ah Fatt. Dihantar melalui pos. Dalam sampel itu ada 2 paket. Maka saya pun cuba.





Ikut panduan yang tertera di paket, ada dua cara boleh menikmati Coco Ah Huat ini iaitu sejuk atau panas.




Saya suka minuman panas, jadi saya bancuh dengan air panas. Apa rasanya? Sedap lemak berkrim.






Jika berminat mencuba Ah Huat Koko boleh lah dapatkannya di kedai bedekatan.

Log Ramadhan 5

Assalamualaikum.

Bukan senang nak keep up dengan catatan sendiri. Maksud akak, bila kita kata nak catat setiap hari, ada saja yang membawa kita ke kerja lain. Boleh juga disebut halangan. Tapi bagi saya la kan tu bukan halangan tapi distraction. 
Banyak yang saya nak buat tapi tak terbuat kerana kuasa fokus saya sangat lemah. Kena latih tubi nampaknya.
****rehat*****

Sekarang ini malam. Ingin menambahkan entri di blog.  Sebentar tadi melawat blog zenhabit. Saya suka gaya penulisannya. Dan penulisannya berpengaruh.

Untuk menjadi penulis yang efektif bukan ambil masa sehari dua. Tapi bertahun-tahun dengan latihan setiap hari. Semoga saya boleh mencapai gaya penulisan efektif.


Log Ramadhan Hari ke - 3

Assalamualaikum.
Alhamdulillah Ramadhan ke 3. Hari ini bersahur macam biasa. Cuma semalam tak sempat buat bubur nasi Aina untuk bekalnya hari ini.
Hari, saya berada di Hospital Serdang untuk followup kardio.
Tak ada apa yang menarik lagi, masih menunggu. Semoga saya bertabah. 
*****rehat****

Log Ramadhan 2017 yang Pertama

Assalamualaikum.

Kali ini saya buat lagi catatan berkaitan Ramadhan yang saya lalui tahun ini. Nak sangat rekodkan untuk tatapan diri sendiri di masa hadapan.

Harin ini Ramadhan Pertama. Bangun sahur. Tapi otak belum adjust untuk suasana berpuasa. Sipi-sipi lagi tadi nak capai makanan.

Saya doakan Ramadhan tahun ini, saya boleh baca Al-Quran a.k.a paksa diri baca Al- Quran biar 1 ayat pendek. Amin Amin Amin. Makbulkanlah doa saya.

Semalam saya dan geng pejabat ada majlis Tahlil dan baca Yasin. Tiba-tiba saya diberikan ilham oleh Allah yang Maha Berkuasa, - Persoalan dan permasalahan yang saya hadapi sekarang ialah berkaitan DOA.

Iman saya nipis, ilmu cetek. Semalam saya mendapat ilham dari Allah berkaitan Doa. Doa adalah hubungan kita dengan Allah. Selama ini saya anggap doa ini macam permintaan kita. Tapi semalam saya mendapat ilham - bahawasanya doa adalah hubungan kita dengan Allah. Doa menunjukkan kebergantungan manusia kepada Allah, dan menunjukkan bahawa kita percaya Allah lah K…

Doaku Untukmu

Assalamualaikum.

Hari ini 26 Mei 2017 - Jumaat, hari terakhir sebelum bermula Ramadhan.

Dengan ini, saya ingin mendoakan dan mengucapkan Selamat Berpuasa di Bulan Ramadhan kepada semua. Semoga semua diberi pengampunan dosa dan keberkatan pahala.

Amin.

Perasaan hari ini

Assalamualaikum.
Hari ini nak catatkan perasaan saya. Pernah tak saya katakan dulu, bahawa saya tak pernah bayangkan saya akan berkeluarga. 
Entah. Tiada siapa yang boleh meramalkan takdir Allah dan menghalangnya. 
Hari ini saya mempunyai suami dan 2 anak. Siapa pernah sangka kan. Kenapa saya nak catatkan ini? 
Entah sebagai bukti bahawasanya kita takkan agak apa akan jadi masa depan. 
Dulu saya sangat 'lone ranger' ke mana sahaja seorang, janji mak tak halang. Sekarang ke mana sahaja ada 3 orang ikut. Kecuali kalau kerja ataupun saya kena pergi tanpa keluarga.
Entri hari ini tanpa dirancang. Cuma nak catat sebagai rakaman kehidupan saya. 
Pesanan saya, walau apapun situasi hidup kita, sentiasa bersyukur. Sebab itu semuaa kurniaan dari Allah.

saja fikir

Selama mana kita laburkan usaha, selama tu kita akan dapat hasil walaupun sikit

testing

Testing from another platform

Petua Atasi Hidung Sumbat di Kalangan Bayi dan Kanak-kanak (tanpa ubat)

Imej
Assalamualaikum.

Bersiaran lewat malam ni. Baru balik dari meronda-ronda di bandar Putrajaya dan Bangi.

Saja nak buat sharing dan juga sebagai nota sendiri di masa hadapan (or maybe nota untuk anak di masa akan datang bila ada anak sendiri. Mana tau kan).

Kisahnya Aina dan Iman selsema kebelakangan ini. Dan malam-malam kadang-kadang hidung mereka sumbat akibat selsema. Tadi baru teringat dulu suami ada amalkan satu petua ni, guna bawang merah dan bawang putih.



Ada sekali tu, suami hidung sumbat akibat selsema, jadi pak mertua bagi la satu petua dia dapat dari internet, iaitu dengan meletakkan bawang merah dan bawang putih dipotong-potong di dalam bilik masa tidur. Berkesan juga. Suami pun kata hidung clear, hilang sumbatnya.

Jadi malam ini, saya pun minta tolong suami buatkan bawang potong letak di dalam bilik. Semoga membantu si kecil kami tidur lebih lena. Kemudian, masa suami potong-potong bawang tadi, tiba-tiba tanya pasal kunyit hidup. Baru teringat, ada orang bagi petua sapu kun…