Log Ramadhan 2017 yang Pertama

Assalamualaikum.

Kali ini saya buat lagi catatan berkaitan Ramadhan yang saya lalui tahun ini. Nak sangat rekodkan untuk tatapan diri sendiri di masa hadapan.

Harin ini Ramadhan Pertama. Bangun sahur. Tapi otak belum adjust untuk suasana berpuasa. Sipi-sipi lagi tadi nak capai makanan.

Saya doakan Ramadhan tahun ini, saya boleh baca Al-Quran a.k.a paksa diri baca Al- Quran biar 1 ayat pendek. Amin Amin Amin. Makbulkanlah doa saya.

Semalam saya dan geng pejabat ada majlis Tahlil dan baca Yasin. Tiba-tiba saya diberikan ilham oleh Allah yang Maha Berkuasa, - Persoalan dan permasalahan yang saya hadapi sekarang ialah berkaitan DOA.

Iman saya nipis, ilmu cetek. Semalam saya mendapat ilham dari Allah berkaitan Doa. Doa adalah hubungan kita dengan Allah. Selama ini saya anggap doa ini macam permintaan kita. Tapi semalam saya mendapat ilham - bahawasanya doa adalah hubungan kita dengan Allah. Doa menunjukkan kebergantungan manusia kepada Allah, dan menunjukkan bahawa kita percaya Allah lah Kuasa paling tinggi yang akan menolong hambaNya.  ( Coretan ini pemikiran saya, maafkan jika mengangggu anda). Dan saya ingin rekodkan di sini untuk peringatan kepada saya, kenapa saya berdoa, dan kenapa perlunya saya berdoa.

Berbalik kisah berpuasa hari ini, tahap kesabaran masih di tahap paling rendah. Sebab asyik marah-marah anak. Kena latih tubi lagi ini.

****rehat*****

Berbuka puasa tadi dengan Spageti. Alhamdulillah, ala kadar. Tidak berlebih-lebihan. Secara peribadi bagi saya la kan, boleh berbuka dengan sedikit makanan dah cukup nikmat. Teringat zaman bujang dahulu, saya hanya berbuka dengan apa yang ada di dapur sahaja. Tidak ada juadah bazar ramadhan dan sebagainya. Kerana saya pun jenis malas nak cari makanan masa puasa ini. Apa yang ada itulah dia. Masak pun kadang-kadang malas. Hehehe.

Saya doa suatu hari nanti, memasak bukan sesuatu beban kepada saya. Tetapi sebagai pilihan saya nak masak atau tidak dan tiada paksaan dan bebanan di situ. Amin.

Hari ini sempat baca 2 ayat akhir Surah Baqarah. Alhamdulillah. Ada juga membaca al Quran. Semoga konsisten.

Saya hendak meletakkan target untuk dicapai sepanjang masa.

1. Hidup minimalis.
2. Menjadi pengedar Shaklee yang Efektif dan Berjaya
3. Menjadi penulis yang Efektif.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

TERKINI : Sarang Burung Walet Untuk Dijual.

Eh Eh... Orang Kampung saya laa