Khamis, 25 Februari 2016

ESP

Assalamualaikum.

ESP ----> RM 150 + Free Postage

Kebaikan:

1. Lebih bertenaga

2. Kulit Gebu dan cantik

3. Membantu penyusuan - milk booster

4. GI rendah - sesuai untuk yg mengawal pemakanan

Untuk pembelian whatsapp/sms ke 016 874 9195

Panduan pemakanan diberikan selepas pembelian. 



HUTANG DHUHA - post sari FB

Assalamualaikum.

LBJ ingin kongsikan 1 post yang bagi LBJ bagus untuk bacaan semua. Sebagai perkongsian sahaja. semoga bermanfaat.


COPY & PASTE dari FB


Mhd Muhayadi Ahmad
9 hrs
HUTANG DHUHA
Saya terpanggil untuk berkongsi dengan anda ilmu tentang solat dhuha.
Seorang Ustaz dari Indonesia yang bernama Ustaz Yusuf Mansur sangat memperjuangkan dan membudayakan kelebihan dan manfaat melakukan solat dhuha dan sedekah di negaranya.
Didalam bukunya bertajuk “ Undang saja Allah; Belajar Syukur, Belajar Yakin” beliau memperkenalkan konsep “ Hutang 2 Rakaat Dhuha”.
Di dalam buku tersebut beliau membahaskan konsep bahawa kita sudah terlalu banyak berhutang dengan Allah sebenarnya.
Kerana kita terlupa untuk “membayar” bayaran kerana kita memakai mata, tangan, kaki, jantung serta organ kita yang lain kepada Allah.
Oleh kerana Allah tahu bahawa kita tidak akan mampu membayar semua nikmat tersebut menggunakan wang, oleh itu Dia dengan kasih sayangnya mensyaratkan bahawa solat sunat dhuha 2 rakaat sebagai bayarannya.
Seperti yang tercatat di satu hadis “
Pada setiap manusia terdapat tiga ratus empat puluh sendi. Setiap satu sendi harus disedekahi olehnya. Para sahabat bertanya, ‘ siapakah yang sanggup melakukannya wahai Rasulullah? Rasulullah bersabda, jika terdapat kotoran dimasjid, tutuplah dengan tanah ( buang dan bersihkan), dan jika ada sesuatu yang merintangi jalanan, jauhkanlah. Jika engkau tidak sanggup melakukannya maka solat dhuha dua rakaat sebagai gantinya bagimu” (HR. Imam Ahmad)
Dan menurut riwayat yang lain, “ Setiap pagi semua anggota badan masing-masing dari kalian wajib disedekahi. Setiap kali tasbih adalah sedekah.
Setiap kali tahmid adalah sedekah. Setiap kali tahlil adalah sedekah. Setiap kali takbir adalah sedekah. Amar ma’ruf dan nahi mungkar adalah sedekah. Semuanya terpenuhi dengan dua rakaat solat dhuha.” ( HR. Muslim ).
Melalui hadis diatas, semakin jelas kepada kita bahawa kita sudah banyak berhutang kepada Allah selama ini rupanya. Ada diantara kita yang berumur 20, 30 malah mungkin 50 tahun, akan tetapi baru tahu akan hal ini.
Kita baru tahu yang kita sedang berhutang sebenarnya. Bahkan ini baru hutang dhuha, belum lagi dikira hutang solat wajib, hutang zakat, juga hutang yang lain-lainnya. Pasti sangat banyak kiraannya.
Jika setahun kita berhutang dhuha 2 rakaat, jika dikira agak –agak berapa rakaat yang perlu kita bayar? Jika setiap tahun mengandungi 365 hari di darab dengan 2 rakaat dhuha yang ditinggalkan, jumlah hutang dhuha kita pada Allah setahun adalah 730 rakaat. Maka jika 10 tahun adalah 7300. Masha Allah.
Bagaimana pula jika 20 atau 30 tahun? Sungguh banyaklah bukan?.
Persoalannya disini, adakah betul kita harus membayar hutang hutang tersebut? Jika ya, bagaimanakah cara mahu membuatnya?.
Untuk menjawab persoalan tersebut, saya ingin berkongsi apa yang diceritakan ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut tentang hal ini.
Seorang pekerja kerajaan telah datang bertemunya selepas beliau menyampakan satu ceramah dan pekerja tersebut menceritakan bahawa dia terkena satu musibah.
Wang tabungan yang sudah dikumpul selama setahun telah hilang kerana dicuri. Agak banyak jumlahnya. Dia sangat tertekan dengan hal tersebut dan pergi menemui Ustaz Yusuf Mansur.Ustaz dengan pantas bertanya, “ Ada mengamalkan solat dhuha tak selama ini?” kemudian pekerja itu menjawab bahawa dia tidak atau kalau lakukan pun agak jarang sekali. Kemudian secara langsung ustaz menjawab, “ Patutlah Allah mengambil ( melalui pencuri) duit tersebut, diambil Allah wang tersebut untuk “bayar” hutang rupanya”. Begitu juga kalau berbisnes atau berniaga, setelah sekian lama berniaga, namun kita masih tak dapat membuat simpanan, itu mungkin kerana kita tidak berdhuha selama ini.
Berbalik kepada persoalan bagaimanakah kita ingin membayar hutang-hutang dhuha kita itu, adakah kita perlu bersolat sunat dhuha tanpa henti supaya hutang-hutang kita terbayar?
Adakah kita perlu bersedekah supaya hutang kita itu dilunasi?. Anda rasa bagaimana? Mengikut cadangan Ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut dia ada berkongsi sedikit tips dan cara bagaimana kita boleh membayar hutang- hutang Dhuha kita.
Seseorang bernama Saifullah telah menghantar satu sms
kepada ustaz :
“ Ustaz, saya baru terbaca tentang hutang dhuha di program Dhuha Coffee ustaz. Saya termasuk orang yang mempunyai hutang dhuha dengan Allah. Saya kini berumur 34 tahun 2 bulan. Ertinya jika saya akil baligh umur 10 tahun, saya sudah berhutang 24 tahun. Dalam sekitar 8,760 hari itu saya berhutang 17,520 rakaat. Mungkin ini sebabnya saya merasakan hidup saya kurang diberkati. Sekarang bagaimanakah saya mahu melunasinya? Wassalam”
Antara tips ustaz yang sangat menarik dan relevan untuk diaplikasikan adalah melalui menyeru orang lain juga untuk berdhuha. Ya, ceritakan juga akan konsep hutang dhuha ini kepada sebanyak mungkin orang yang anda kenal. Dengan cara ini sahajalah hutang-hutang anda mampu dilunasi kerana setiap kali orang lain berbuat kebaikan yang mereka dapat inspirasi melalui anda, secara langsung anda akan mendapat pahala. Kebaikan dan amalan yang mereka lakukan secara langsung akan menjadi saham pahala anda juga.
Namun, pasti akan ada yang bertanya, “ Tetapi bukan semua pandai untuk menceritakan perkara- perkara sebegini kepada orang lain”. Pasti akan terdetik difikiran sesetengah antara kalian.
Jika anda tidak mampu menceritakan akan tentang konsep hutang dhuha, apa kata anda mulai dengan mengajak orang berdhuha mengikut keadaan dan tahap yang anda selesa.
Jika anda ada Blog atau Facebook, WhatsApp, Telegram, Wechat dan sebagainya, cuba menggalakkan orang lain supaya berdhuha.
Jika anda sebagai ketua jabatan, sediakan masa 10 minit sebelum memulakan kerja dan mengajak pekerja bawahan anda melakukan solat sunat Dhuha.
Jika anda seorang pengacara Radio atau Televisyen, selitkan manfaat dan kelebihan Dhuha didalam percakapan anda. Jika anda seorang pemimpin, nasihatilah dan berikan motivasi tentang kelebihan berdhuha kepada rakyat anda. Jika anda guru atau pensyarah, sediakan waktu untuk mengajak pelajar –pelajar anda berdhuha disetiap pagi. Namun, jangan hanya menyuruh, ceritakan juga kepada mereka kelebihan melakukan solat dhuha. Supaya mereka lagi bermotivasi.
Setiap di antara anda mampu membayar hutang tersebut jika anda berterusan menyeru dan memotivasikan akan orang disekeliling anda tentang kelebihan solat sunat dhuha.
Oleh kerana saya juga merasakan bahawa diri saya juga memnpunyai banyak hutang dhuha, maka sya rasa penting untuk berkongsi akan konsep ini.
Moga moga jika antara kalian mengamalkan juga menyebarkan kepada orang ramai, harapnya akan terlunas juga hutang dhuha. Semoga amalan kita diterima sebagai amalan soleh.
Jom kita sebarkan kerana Allah...πŸ‘πŸ‘πŸ‘
In shaa Allah...

Rabu, 17 Februari 2016

Wellness Pack yang Masih Berjalan

Assalamualaikum.

Ingin LBJ merujuk kepada entri yang lama iaitu entri berkaitan Wellness Pack

(Sila rujuk Link :http://lennybonifacejubilee.blogspot.my/2015/05/yes-promosi-hebat-tahun-ini.html)

Walaupun YES Program telah sampai ke penghujungnya, tetapi pengguna masih boleh membeli Wellnes Pack ini.

Bukan itu sahaja, ini adalah peluang anda untuk menikmati rebate sekiranya anda membeli dan menjadi ahli Shaklee pada masa yang sama.

Untuk maklumat lanjut sila Whatsapp atau SMS LBJ di  016 874 9195.



Selasa, 16 Februari 2016

Kisah Kehamilanku

Assalamualaikum.

LBJ sebenarnya fikir banyak kali sebelum buat keputusan menulis tentang kehamilan LBJ kali ini.

Sebelum ini, LBJ tak pernah rakamkan detik-detik indah kehamilan.

Semasa kehamilan pertama dan kedua tak dirakamkan dalam jurnal LBJ. Kali ini LBJ nekad nak rekodkan dalam jurnal harian LBJ. Kenapa ya? Kerana ada kemungkinan ini adalah kehamilan terakhir LBJ, memandangkan usia LBJ serta keadaan kesihatan tubuh LBJ tak berapa mengizinkan. Tapi apa pun semua berbalik kepadaNya. Jika Allah takdirkan LBJ akan dapat anak lagi, Alhamdulillah, akan LBJ terima dengan tangan terbuka.

Alhamdulillah kehamilan kali ini LBJ sihat dan semua terkawal. Dan paling tak disangka ialah kehamilan kali ini ada dua kantung. Tapi sayangnya, hanya satu bayi. Satu kantung lagi kosong. Alhamdulillah, bayi sihat.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.... tak terucap rasa kesyukuran dan terima kasih LBJ kepadaNya.

In Shaa Allah akan LBJ sambung kisah kehamilan ini.



*******************************************

Ingin mendapatkan produk Shaklee? Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?
WhatsApp/SMS    ke --- 016 874 9195 Lenny

Kedai E-book dan produk-produk ilmiah lain di 

Rabu, 10 Februari 2016

6 Tips Membantu Naikkan Trafik Ke Blog

Assalamualaikum.

Hari ini, LBJ nak kongsikan sedikit tips LBJ menaikkkan trafik di blog.

Tips ini adalah tips yang LBJ lalui, jadi boleh lah kongsikan dengan pembaca semua. Tahu tak trafik terkini pada saat ini di blog ini ialah 39 435.

1.  Sertai ABDR untuk jaringan yang lebih luas. *Boleh hubungi LBJ untuk maklumat lanjut.

2.  Kemaskini blog kerap. Kalau tak setiap hari. 2 atau 3 kali seminggu.

3. Blogwalking ke blog-blog yang ada di alam maya. Pilih blog-blog yang aktif kemaskini entri.

4. Tukar-tukar link blog dengan kawan-kawan blog.

5.  Kongsikan pengalaman-pengalaman peribadi seperti resepi, tempat pernah dilawati atau tips-tips yang bermanfaat untuk semua golongan.

6.  Kongsikan link blog ke personal facebook atau facebook fan page.


Tips-tips di atas adalah perkara-perkara yang LBJ pernah lakukan dan sedang lakukan untuk naikkan trafik.

Kita harus ingat, benda baik patut kita kongsikan. Sebab bukan sahaja dapat pahala, orang lain pun dapat kebaikan.

Kadang-kadang fikir juga, apalah gunanya LBJ buat kebaikan. Tapi ingat balik kata-kata ustaz dalam TV, dunia ini bukan sahaja cari keuntungan dunia, malah kena juga cari keuntungan akhirat.

Peace No War...


*******************************************

Ingin mendapatkan produk Shaklee? Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?
WhatsApp/SMS    ke --- 016 874 9195 Lenny

Kedai E-book dan produk-produk ilmiah lain di 


Isnin, 1 Februari 2016

Kehidupan Kita?

Assalamualaikum.

Hai.

Bagaimana hari u olls? Macam mana kehidupan?

Kadang-kadang, LBJ lebih suka bercerita tentang kehidupan orang lain daripada hidup LBJ sendiri. Kenapa ya?

Kerana kebiasaan kita akan rasakan kehidupan orang lain lebih menarik daripada kita, lebih bahagia daripada kita, lebih tragik daripada kita.

Apa kata kita - you and me - kita cipta kehidupan yang kita nak, daripada "drooling over somebody else's life.

Kita mulakan dengan doa, dan disusuli dengan usaha yang berterusan untuk terus berubah.

LBJ dapat formula daripada FB, 80% Tawakal dan doa + 20 % usaha.

Dapatkan keyakinan, dapatkan iman, dapatkan ilmu doa, semoga kita berjaya.