Selasa, 3 Februari 2015

Setting semula

(Teks : Lenny Boniface)

Assalamualaikum.

Sudah lama tidak bersiaran ya. Manusia ni ada macam-macam ragam, dan ragam saya - saya jenis senang lupa dan daya saing kurang. Kenal diri sendiri? Saya sendiri pun kurang kenal diri sendiri, tetapi apabila diri dah setting untuk menuju ke sebuah kejayaan, maka mata akan pandang ke dalam dalam mencari kelemahan diri dan kelebihan diri. Sebenarnya bukan saya tidak boleh berjaya. BOLEH sebenarnya, tetapi mana letaknya fokus saya? Sebagai seorang wanita, saya sering diselubungi rasa bersalah dan rasa tanggungjawab terhadap keluarga. Semua itu tidak salah, yang salah saya membiarkan keadaan menguasai saya, dan bukan saya menguasai keadaan. Itu sungguh menyedihkan (pathetic- orang luar kata).

Sebenarnya saya boleh lakukan banyak perkara, tetapi saya tidak lakukan. Kenapa? Kerana saya biarkan perasaan negatif kuasai diri saya, saya membiarkan keadaan menentukan arah tuju saya. Dan paling salah sekali, mengatakan itu 'takdir' saya sedang saya tidak berusaha sedikit pun. Jadi sekarang macam mana? Apa yang saya boleh lakukan? Banyak perlu dilakukan. "Membaikpulih" dalaman harus dilancarkan segera sebelum terlambat. Akan saya kuatkan jiwa ini dengan memohon semangat jihad untuk memperbaiki diri sendiri dan juga membina keluarga yang berjaya dunia dan akhirat. Jangan lupa - DUNIA dan AKHIRAT... bukan dunia sahaja.

"Akan aku runtuhkan tembok-tembok yang mengelilingi aku."



Tiada ulasan:

Catat Ulasan