Kisah Gigi dan kalsium

Bismillah.

Alhamdulillah.
Assalamualaikum.

Kenapa eh kekadang gigi tumbuh tak sekata dan tunggang langgang? Sebenarnya gigi saya sendiri pun tak lurus-mulus. Senget-senget juga. Tapi, saya pernah dengar cerita daripada sepupu rapat saya, tentang bagaimana dia melakukan sesuatu yang menyebabkan gigi anak-anaknya tumbuh cantik dan kuat.


Pertama sekali, sepupu saya ini tak bagi anak-anaknya makan sweets dan candy, sebab sayangkan kesihatan gigi anak-anak.

Secondly, dia cerita yang dia mendapat tips dari satu nurse yang merawat anak-anaknya. Nurse ni kerja di klinik gigi. Nurse ni cadangkan kepada sepupu saya untuk memberikan anak-anaknya kalsium supaya gigi lebih kuat dan tahan. (Masa tu mungkin 8-10 tahun lepas)  Dan nurse itu cadangkan spesific kalsium kat farmasi. Dan sekarang dah tak ada dah kalsium jenis tu, dia jenis cecair. Dan bila dengar cerita ini kan, saya fikir-fikirkan, patut laa gigi saya senget, sebab kurang ambil kalsium masa kecik dulu. Masa saya kanak-kanak dulu, saya tak suka minum susu. Memang anti laa dengan susu. Dulu-dulu saya suka minum nescafe, dan milo - budak yang citarasa macam orang tua. Tapi sekarang dah ok dah, tapi cuma minum susu Dutch Lady je- Fresh Milk. Lain tak nak. Erm.. dah lambat daah untuk gigi cantik.

Anyway, balik ke cerita sepupu tadi, dia pun ikut laa nasihat nurse tu dan bagi anak-anaknya makan. Dan hasilnya, gigi-gigi anaknya tumbuh cantik (apabila bertukar dari gigi susu ke gigi kekal), dan tahan lasak.

The moral of the story, berilah anak-anak kalsium yang cukup, sama ada melalui pengambilan susu, atau makanan yang macam gambar di bawah ini calsiyum (dalam tv tu).. hehehehe..


Melalui cerita sepupu saya, maka saya akan berikan yang terbaik untuk anak saya Iman. Akan saya bekalkan dia dengan kalsium dalam susu. :)

Berminat mendapatkan vitaminShaklee? Hubungi saya

Lenny Boniface
di
016-8749195 (SMS/WhatsApp)
lenny.boniface@gmail.com
https://www.facebook.com/lenny.Boniface
*Boleh isi Borang Pertanyaan@Cadangan di sebelah kanan Blog ini



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

TERKINI : Sarang Burung Walet Untuk Dijual.

Eh Eh... Orang Kampung saya laa