Kelebihan dan kebaikan B Complex

Bismillah.

Alhamdulillah.
Assalamualaikum.

Ini adalah entri saya upload di blog vita-tips dulu. Dan saya rasa sesetengah entri yang saya suka dan sayang akan saya transfer ke blog saya ini. Semoga perkongsian saya bermanfaat. 

Vitamin B. Sangat banyak kebaikan dan manfaat vitamin B ini. Jom kita baca perkongsian ini yang saya translatekan dari web ini : http://dailyburn.com/life/.


Sumber asal dan ditulis oleh : (Health  by Nicole McDermott on 2/25/2014)

Dirujuk sebagai vitamin B Complex, lapan jenis vitamin B -  B1, B2, B3, B5, B6, B7, B9, B12 - memainkan peranan yang sangat penting dalam mengekalkan tubuh badan kita berjalan seperti "mesin yang diminyakkan dengan sempurna". Nutrien-nutrien penting membantu menukarkan makanan kepada bahan bakar, dan menyebabkan kita kekal bertenaga sepanjang hari.

Kebanyakan vitamin ini berfungsi seiring, dan masing-masing mempunyai kelebihan yang tersendiri - dari membantu mengekalkan kesihatan kulit dan rambut sehingga kepada mengelakkan masalah hilang ingatan atau migrain.

Jadi ini adalah masa untuk mula kumpulkan B Complex? Tidak semestinya ujar pakar dietari Tanya Zuckerbrot.

"Mengambil B Complex tidak akan meningkatkan daya tumpuan ataupun tenaga seperti mana kafien bertindak," kata Zuckerbrot, penulis buku The Miracle Carb Diet: Make Calories and Fat Disappear — with Fiber. Dari sudut lain pula, "Sebenarnya, orang kebiasaan telah mengambil banyak vitamin B dariapada makanan yang mereka ambil." Dan teruskan pembacaan untuk mengetahui kenapa setiap vitamin B adalah sangat penting, dan pastikan anda mengambil makanan yang betul untuk mendapatkan banyak vitamin tersebut dalam diet anda.


B1 (Thiamine)
B1  membantu tubuh menghasilkan sel-sel yang sihat. Dan ia selalu disebut sebagai vitamin anti-stress kerana ia mempunyai keupayaan untuk melindungi sistem imun. Apabila mengambil karbo yang banyak (carbo-loading) - sama ada persiapan untuk perlumbaan atau disebabkan pizza yang sangat sedap- kajian menunjukkan bahawa vitamin ini perlu untuk membantu menguraikan karbohidrat yang ringkas ini.
Sumber vitamin ini : Bijirin penuh, kekacang, bayam, kale, germa gandum dan blackstrap molasses


B2 (Riboflavin)
Vitamin B ini berfungsi sebagai anti-oksidan untuk melawan radikal bebas (zarah-zarah dalam tubuh yang merosakkan sel-sel) dan dipercayai boleh mencegah penuaan awal dan pembentukan masalah kesihatan jantung.  Riboflavin juga penting untuk penghasilan sel darah merah yang penting untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh badan. Beberapa kajian menunjukkan B2 boleh membantu mencegah migrain, tetapi kajian terperinci harus dilakukan untuk mendapat kepastian. Dan berwaspada ya, cahaya matahari memberikan kebaikan kepada tubuh badan, tetapi cahaya ultravoilet mengurangkan kandungan ribofalvin dalam sumber makanan. Sebagai contoh, susu, adalah lebih baik dibeli dalam bekas yang legap untuk mengekalkan vitamin ini daripada terurai.
Sumber vitamin ini : Almonds, wild rice, milk, yogurt, eggs, Brussels sprouts, spinach and soybeans


B3 (Niacin)
Salah satu penggunaan utama niacin (B3) ialah untuk merangsang kolesterol HDL ( juga dikenali sebagai kolesterol baik). Dan semakin tinggi kolesterol HDL seseorang individu, semakin rendah kolesterol 'jahat' dalam darah. Kekurangan Vitamin B3 adalah sangat jarang berlaku di negara maju, namun masalah pengambilan alkohol terbukti mengurangkan kandungan B3dalam badan seseorang itu. Niacin telah digunakan secara sapuan dan juga dimakan, dan kajian juga menunjukkan ia berkesan untuk merawat masalah jerawat.
Sumber vitamin ini: Yis, daging merah, susu, telur, kekacang dan sayuran hijau.

B5 (Pantothenic Acid)
Sejumkah kecil Vitamin B5 boleh ditemui dalam  hampir semua kumpulan makanan - sinonim dan namanya. Pantothenic berasal dari perkataan Greek - pantothen - yang bermaksud "di mana-mana".
Selain daripada menguraikan lemak dan karbohidrat untuk tenaga, ia juga bertanggungjawab untuk penghasilan hormon seks dan hormon berkaitan stress, ini termasuk testosterone. Kajian menunjukkan B5 juga membantu kesihatan kulit dengan keupayaan untuk mengurangkan kesan penuaan seperti kemerahan dan tompok-tompok kulit.
Sumber Vitamin ini : Avocados, yogurt, telur, daging dan kekacang.

B6 (Pyridoxine)
Selaras dengan vitamin B seangkatan - B12 dan B9, B6 membantu mengawal tahap kandungan asid amino homocysteine (yang berkaitan dengan penyakit jantung). Pyridoxine memainkan peranan utama dalam mengawal mood dan corak tidur kerana ia membantu membantu tubuh menghasilkan serotin, melatonin dan norepinephrine, suatu hormon stress. Sesetengah kajian menunjukkan vitamin B6 boleh mengurangkan keradangan untuk individu yang mempunyai masalah rheumatioid arthritis.
Sumber vitamin ini: Ayam, ayam belanda, tuna, salmon, lentil, biji bunga matahari, keju, beras perang dan lobak merah.

B7 (Biotin)
Disebabkan kaitan vitamin ini dengan kesihatan rambut, kulit dan kuku, vitamin ini juga diberi gelaran "vitamin kecantikan". Vitamin ini membantu individu yang mempunyai masalah diabetes kawal kandungan glukos yang tinggi dalam darah. Vitamin ini juga penting terutamanya semasa kehamilan kerana ia sangat penting untuk tumbesaran yang normal bayi.
Sumber vitamin ini: Bali, hati, yis, ayam, ikan, ubi kentang, Barley, liver, yeast, pork, chicken, fish, potatoes, cauliflower, kuning telur and kekacang.

B9 (Folate)
Anda mungkin pernah dengar nama lain untuk B9 - asid folik -  yang merupakan bentuk sintetik digunakan dalam supplemen dan makanan yang diperkayakan seperti bijirin dan roti. Kajian menunjukkan folat mempunyai kemungkinan untuk menghalang kemurungan dan mengelakkan masalah hilang ingatan. Vitamin ini penting untuk wanita yang hamil kerana ia menyokong tumbesaran bayi dan mengelakkan kecacatan neurologi semasa kelahiran.
Sumber vitamin ini: Sayuran hijau gelap, asparagus, bit, salmon, sayur-sayuran akar, susu,gandum bulgur dan kekacang

B12 (Cobalamin)
Vitamin B ini adalah pemain utama dalam kumpulan vitamin B. Cobalamin berfungsi bersama-sama B9 untuk menghasilkan sel darah merah dan membantu zat besi untuk menjalankan fungsinya : menghasilkan protein yang mengangkut oksigen - hemoglobin. Memandangkan vitamin B12 hanya ditemui di dalam makanan berasaskan binatang, kajian menunjukkan golongan yang tidak memakan daging binatang adalah golongan kekurangan vitamin ini.  “But unless you are a strict vegan or vegetarian,” Zuckerbrot says, “it’s not hard to get enough of this vitamin in your diet.” For those who are deficient, it may be necessary to supplement the diet with B12.
Sumber vitamin ini : Ikan, kekerangan, tenusu, telur dan daging.


 Saya: Saya sendiri mengamalkan pengambilan vitamin B Complex Shaklee - untuk mengekang mood jahat daripada menguasai diri (hehehe), and you know what? It works. Cuba lah.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

TERKINI : Sarang Burung Walet Untuk Dijual.

Eh Eh... Orang Kampung saya laa