Cabut Gigi

Assalamualaikum. Urgh... sakit gusi dekat pipi. Semalam baru sahaja cabut gigi geraham bongsu. Ya Allah, pengalaman yang sangat menakutkan. Mana tak nya, dah bertahun-tahun tak cabut gigi, tiba- tiba semalam kena cabut gigi. Ya Allah, hanya Dia sahaja yang tahu perasaan takut saya. Jadi pesanan mak cik, jaga gigi tu elok-elok supaya tak gigi tak berlubang dan tak perlu cabut.

Kenapa saya cabut gigi tu? Sebab gigi tu dah berlubang dan gigi tu pula susah nak capai oleh berus gigi orang dewasa. Biarlah saya cabut, untuk mengelakkan masalah di masa hadapan. Gigi lain semua ok, sihat walafiat. Gigi geraham bongsu je yang selalu rosak. Doakanlah agar saya cepat sembuh. Gusi masih rasa kesan jahitannya lagi. Nak nangis je I.

Ingatkan nak cuti daripada update blog kesayangan ini, tapi hati teringat-ingat blog comel ni. In syaa Allah saya akan update lebih banyak info tentang Shaklee dan ABDR. Tinggalkanlah jejak anda di blog ini, supaya saya boleh lawat blog anda ya.

Wasalam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

TERKINI : Sarang Burung Walet Untuk Dijual.

Eh Eh... Orang Kampung saya laa