Isnin, 16 Februari 2015

Impian ku dan impian mu

Alhamdulillah.
Assalamualaikum.

Di tengahari yang sunyi di pejabat ini, saya tengah membayangkan saya berada di rumah bermain dengan anak comel saya sambil menjana pendapatan secara aktif dan pasif secara online. Bagus kan?

Impian mahupun bayangan bukan satu yang mustahil mahupun membazir masa. Impian kita adalah satu bayangan masa depan yang ingin kita capai. Jangan berhenti mengimpikan sesuatu. Kalau belum ada, mulakan mencipta impian anda sekarang. Impian tak perlu kos ya. Dia perlukan kasih sayang, dia perlukan keberanian, dia perlukan keinginan. Impian perlukan anda berfikir apa yang anda inginkan sangat. Usah takut. Semuanya bermula dengan impian, selepas akan bermulanya usaha mencapai impian tersebut.

Apakah kita terus takut dibayangi tekanan hidup? Sehinggakan kita tidak mahu membayangkan kehidupan bahagia yang mewah, berkat dan bermakna. Sehingga detik ini, saya tak pernah berputus asa untuk menjadi kaya. Saya mahu jadi kaya dan berjaya. Mungkin sekarang belum waktu saya, tetapi saya yakin satu hari akan tiba juga waktu saya duduk di rumah bermain dengan anak-anak saya, sambil menjalankan perniagaan di dalam ruangan rumah saya. Semua tidak mustahil.

Marilah, kongsikan impian anda dengan saya dengan meninggalkan komen di bawah. Usah putus asa, usah gentar. Allah mengabulkan doa hambaNya. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan