Isnin, 23 Februari 2015

Kanak-kanak Perlukan Supplemen?

Assalamualaikum. Kanak-kanak perlukan supplemen. Ye ke? Macam tak percaya je.

Sebenarnya, kanak-kanak juga perlukan makanan tambahan (supplemen).  Zaman dahulu kala, iaitu zaman belum ada teknologi canggih-manggih ni, ya. Kita tidak perlukan supplemen. Zaman itu, pencemaran kurang, medan elektomagnetik (EMF) tak berleluasa, makanan khasiatnya dalam kuantiti yang sepatutnya dan semulajadi, dan kurangnya makanan ubahsuai genetik.

Dan perhatikan zaman sekarang, pelbagai pencemaran, pelbagai jenis makanan yang diubahsuai genetiknya, peralatan elektronik berleluasa dan lain-lain. Perhatikan sekeliling kita sekarang, dikerumuni atau dikepung oleh radikal bebas. Radikal bebas ini jahat. Ia boleh menyebabkan pelbagai perubahan dalam tubuh badan kita, dan dia jugalah yang menyebabkan penuaan sebelum usia.

Sebab itulah, kita perlu amalkan supplemen, termasuk golongan kanak-kanak. Zaman saya kecil dulu, mama saya juga bekalkan saya dengan 'supplemen'. Supplemem mama saya, sup ayam, sup burung layang-layang, sup organ binatang, dan macam-macam lagi. Mama saya cina, jadi banyak petua-petua orang cina untuk kuatkan badan termasuk imunisasi badan.  Susah dulu. Sekarang senang, saintiss dah permudahkan untuk kita. Jadi kita gunakan je lah.

Saya memang percaya yang anak-anak kita perlukan makanan tambahan. Tengoklah betapa 'hectic'nya kehidupan anak-anak kita sekarang, pagi petang pergi sekolah, malam kadang-kadang kena tuisyen. Jadi apa salahnya kita bekalkan supplemen yang sepatutnya untuk anak-anak kita kan? Supplemen membantu meningkatkan imun badan, membantu tubuh berfungsi dengan lebih efisien, dan supaya badan cukup bertenaga untuk melakukan aktiviti sepanjang hari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan