Cantik untuk siapa? Siapa yang cantik?

Teks : Lenny Boniface

Bismillah.

Alhamdulillahirobbilalamin.
Assalamualaikum.

Bersyukur. Rasa menghargai dan berterima kasih atas setiap kurniaan dan pemberian Allah s.w.t.. Itu yang patut setiap manusia rasakan setiap hari. Tetapi manusia ini senang lupa akan nikmat dan rahmat yang Allah berikan (termasuk diri ini). Kenapa saya bercerita tentang perkara ini? Tadi nonton TV. Tengok wajah-wajah manusia yang diubahsuai untuk cantik. Cantik pada pandangan orang itu sendiri. Tapi sebenarnya tak cantik jika kita orang ramai amati betul-betul.


Tahu tak wajah macam mana yang paling cantik? Wajah yang sentiasa bersyukur, sentiasa senyum dan sentiasa semulajadi. Itu cantik. Kadang-kadang kita fikir yang hidung mancung itu cantik, pipi tinggi itu cantik, bibir tebal itu cantik. Tapi sebenarnya cantik itu sabjektif. Cantik itu hanya pada orang yang melihatnya. Bukan itu pemikiran individu. Sebab ada orang suka wajah tembam. Ada pula suka wajah hitam manis. Ada pula suka yang hidung kemek.

Saya tak faham kenapa kita kena ubah wajah kita sendiri? ( Maaf jika ada terasa, sebab ini pandangan saya) Allah dah jadikan kita cukup cantik. Tetapi kitas suka fokus pada yang 'tak cantik' pada wajah kita. Cuba kita tukar mentaliti kita pula, fokus ada yang cantik pada wajah kita. Mungkin kening kita cantik - ucap syukur. Mungkin bibir kita cantik - ucap syukur. Mungkin mata kita cantik - ucap syukur. Apabila kita bersyukur, Allah akan tambahkan seri pada wajah kita. Syukur itu rahmat, dan Allah akan tambah lagi dan tambah lagi.

Kita hanya perlu cantik di depan orang yang kita sayang. Dan semestinya orang-orang sekeliling kita yang saya kita seadanya dan kasihkan kita dengan ikhlas akan selalu tengok kita cantik walau apa pun keadaan kita - semasa sakit, semasa mengandung, semasa tua. Dalam mata mereka kita sentiasa cantik. Jadi bersyukur lah.






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

TERKINI : Sarang Burung Walet Untuk Dijual.

Eh Eh... Orang Kampung saya laa