Sabtu, 7 Februari 2015

Jatuh dan jatuh

Bismillah.

Alhamdulillah.
Assalamualaikum.

Is it really that hard to be successful? Dan realitinya - YA.. sangat susah... UNLESS kita WANT IT SO BADLY.... masa itu, susah ke, senang ke, kita akan redah sahaja. Betul ke betul?

Ini mengingatkan saya kepada 2 perkara yang pernah berlaku dalam hidup saya. Pertama : Masa saya gagal matapelajaran kimia masa kolej. Waduh-waduh, sedih nian di hati. Memang padan muka saya pun, sebab saya ingat saya pandai kan, tak belajar dan tak fokus masa lecturer ajar. Memang lebih dari 200% confirm gagal la. Masa itu, saya sedih sangat sampai naik bengang, saya nekad nak lulus kimia juga. Siap ajak kawan-kawan belajar sama, siap tunjuk ajar lagi. Wah wah... and hasilnya... LULUS. Alhamdulillah. Hasil belajar sunggu-sungguh dan memahami dan mendalami ilmu kimia, dan itu  melibatkan masa dan usaha.

Perkara kedua : Belajar Roller Skating. Di kolej juga masa tu. Masa tu saya tengok beberapa senior saya main roller skating, saya tak pernah ada roller skate, dan tak pernah roller skate pun. Tengok senior-senior saya main roller skate, "Wah Cool nya". Nak juga lah. Dan saya berjaya meminjam roller skate dari salah seorang rakan di kolej untuk belajar skating. Dan saya berjaya menguasai dalam masa semalam saya belajar. Heheheh. Dan untuk pegetahuan you all, saya jatuh banyak-banyak kali  malam tu (sehingga saya sendiri pun tak ingat berapa kali) baru saya dapat kuasai skating.


Realiti check... Untuk berjaya memang tak senang, saya pernah lalui benda-benda kecil untuk mencapai kejayaan-kejayaan kecil. Untuk kejayaan-kejayaan besar, entah berapa kali lah saya akan jatuh ya. Tapi, saya nekad, biarlah saya melalui banyak-banyak kali jatuh daripada langsung tidak berbuat apa-apa dengan hidup saya ini.

Saya impikan sebuah kejayaan perniagaan, doakan saya ya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan