Ahad, 22 Februari 2015

Fokus Frust Facebook

Bismillah.

Alhamdulillah. Argh!!! Frust!!! Kenapa Frust? Sebab apabila saya buka sahaja laptop, fokus terus lari. Sepatutnya membuat pemasaran, saya jadi melilau ke facebook ke entah mana-mana. Tambah lagi, kalau anak nak macam-macam benda semasa nak fokus tu. Ya Rabbi... Sabar itu susah dalam kamus kehidupan saya.

OK. Apa resolusi saya untuk masalah ini? Apa resolusi anda untuk masalah seperti saya?
OK, saya ceritakan idea resolusi saya dalam masalah ini ialah 5-10 minit sahaja melayari Facebook untuk pemasaran.
Masalah saya ialah saya tidak boleh fokus, jadi saya cuma boleh luangkan masa 5 sehingga 10  minit sahaja untuk tujuan pemasaran. Lebih daripada itu, saya dah mengarut dah.

Maka, mulai saat ini, saya akan fokus pada pemasaran melalui BufferApp dan group FB untuk pemasaran dalam tempoh 10 minit. Dan cukup masa kena matikan laptop. Kalau tidak, membazir masa sepanjang hari di depan laptop. Jadi, I'll keep you updated ok bagi resolusi saya ini.

Wasalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan