Rabu, 18 Februari 2015

Happy Chinese New Year

Assalamualaikum. Malam ni malam CNY.  Emosi saya sedikit sedih, kerana tahun ini tak dapat celebrate dengan ibu saya, kerana ibu saya telah tiada. Ya Allah... betapa rindunya dengan mama saya. Kematian itu wajib bagi setiap yang hidup. Cuma bagaimana kita terima hakikat itu. Ibu bapa saya bukan Islam, dan walau apapun mereka adalah akar saya, tunjang saya, harapan saya. Sekarang dah tiada. Sedih kan.

Ya... tak dinafikan akan ada rasa sedih dalam hidup ini. Tapi jangan kita biarkan kesedihan itu tenggelamkan kehidupan kita. Kita harus tabah dan terus berharap kita buat terbaik untuk diri kita sendiri dan keluarga dalam urusam dunia dan akhirat. Saya tak alim, saya tak berdisiplin. Tapi jangan putus asa. Saya yakin, saya akan capai impian saya. Mungkin 5 tahun akan datang, mungkin lebih lama lagi. Tapi jangan putus asa. Allah tak suka orang yang putus asa dari rahmatnya.

Dengan ini, saya ingin ucapkan XING NIAN KUAI LE kepada kawan-kawan cina, saudara-saudara saya. Semoga panjang umur murah rezeki.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan