Assalamualaikum.

Sembang santai di pagi hari. Bagaimana kita boleh menulis/mengarang setiap hari di blog? Apakah isi yang patut dikarang?

Sebelum saya menyertai kumpulan ABDR ini, saya telah mempunyai blog. Idea saya banyak tapi caca merba lah. Tak fokus, tak tau bagaiman hendak memasarkan produk dan sebagainya. Ayat-ayat tak mencerminkan seorang yang menjual. Lepas tu entri macam rojak, tak berkualiti. Kemudian, saya belajar dari ABDR, rakan-rakan blog ABDR. Setiap penulisan kita biar santai dan berinformasi dan seboleh-bolehnya kongsi manfaat produk ke, tips ke, petua ke. Sebab perkongsian itu menyebarkan jalinan, walaupun tak nampak tapi kita menyebarkan kebaikan. In syaa Allah.



Dan saya sekarang nampak perbezaan gaya penulisan saya, lebih teratur, lebih fokus, dan setiap hari akan mencari isi-isi yang baik itu dikongsikan di alam maya ini. Saya suka menulis, tetapi sangat lah jarang. Untuk berjaya di alam blog dan menjana pendapatan melalui blog ini, saya nasihatkan, tulis dari hati yang ikhlas (itu yang Guru Online ajar). Tulis apa yang kita suka - kita suka makan, kita tulis makanan yang kita suka, apa yang kita rasa dari makanan itu dan sebagainya. Selepas itu paling penting, kena selalu menulis, selalu mengarang entri. Rutin ini akan menyebabkan kita lebih peka akan tulisan, kita akan selalu peka nak mencari bahan di sekeliling kita untuk kita kongsikan bersama pembaca. Insyaa Allah.


Untuk menjadi penulis yang hebat, bukan kena jadi orang yang sangat pandai atau berbakat, tetapi, bakat menulis ini boleh kita latih setiap hari. Latihan itu yang menjadikan tulisan kita sempurna. Insyaa Allah.

Bagi penulis-penulis yang mempunyai bakat terpendam ini, saya sarankan sertailah ABDR, untuk anda luaskan bakat dan skop tulisan anda. In syaa Allah dengan berkat kesabaran, kegigihan dan fokus, anda akan berjaya.

Inginkan maklumat lanjut dan pembelian supplemen Shaklee? Jangan segan-segan jangan malu-malu, hubungi saya melalui cara-cara yang anda selesa, SMS boleh, WhatsApp boleh, e-mail pun boleh :

Lenny Boniface
di
016-8749195 (SMS/WhatsApp)
lenny.boniface@gmail.com
https://www.facebook.com/lenny.Boniface
*Boleh isi Borang Pertanyaan@Cadangan di sebelah kanan Blog ini





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

TERKINI : Sarang Burung Walet Untuk Dijual.

Eh Eh... Orang Kampung saya laa