Selasa, 25 Mac 2014

Tips Tingkatkan Jualan

Salam.

Alhamdulillah.

Apa khabar mommy-mommy ABDR dan mommy-mommy di luar sana? OK. Kali ini saya ingin bercerita mengenai tips untuk tingkatkan sales bisnes. Tapi tips ini saya ambil dari link di bawah. Saya cuma nak fokus 3 tips yang diberi oleh blogger Anis:

  http://alongjourneytogether.blogspot.com/2013/09/tips-niaga-cara-tingkatkan-sale-bisnes.html


 Blogger Anis telah kongsikan beberapa tips dari buku yang telah dibaca oleh beliau iaitu 50 Idea Pemasaran Doktor Azizan.  Sangat menarik perkongsian beliau. Dan ada 3 tips yang telah mendapat perhatian saya, yang ingin saya kongsikan dengan mommy-mommy ABDR:


 

1. Blog
Sekiranya anda merasakan yang anda tidak mahir menulis untuk laman web,apa kata gunakan blog.Ia adalah percuma dan mudah untuk anda berkongsi kepakaran anda.Blog yang bagus akan membuatkan anda popular dan mempunyai pengikut di dalam bidang kepakaran anda.

2. Sentiasa update maklumat baru di dalam laman web/blog anda
Anda tak perlu bimbang tentang strategi SEO(Search engine optimisation) untuk meningkatkan ranking laman web anda di enjin carian seperti Google.Apa yang anda perlu lakukan adalah sentiasa update maklumat/informasi terkini atau aktiviti terkini setiap minggu atau sekerap yang mungkin.Anda akan terperanjat melihat ranking laman web anda meningkat dalam masa yang singkat.

3. Tulis dan kongsikan profil atau kisah anda
Ya,pelanggan suka mengenali latar belakang pengasas atau pemilik sesuatu perniagaan,apatah lagi anda yang mungkin pernah gagal dan hari ini lebih berjaya.Ia memberikan inspirasi dan meningkatkan nilai diri anda.



 Sebagai "Pengusaha Blog Online" saya amat sensitif dengan perkataan BLOG, macam allergic pun ada (hehehe). Jadi saya cuma fokus 3 tips ini sahaja dengan mommy-mommy sekalian. Sikit-sikit tips, lama-lama jadi banyak tips kan.  Lagipun, kalau bagi sikit-sikit, lagi senang nak ingat. Jika ada yang ingat baca tips yang banyak sikit, boleh pergi ke link yang diberikan di atas. Terima kasih blogger Anis kerana perkongsian ya.




Sebarang pertanyaan mengenai Akademi Bekerja di Rumah boleh hubungi saya ya:

 Lenny Boniface
di
lennbj608@gmail.com
016-8749195 (SMS/WhatsApp)
https://www.facebook.com/lenny.Boniface


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan