Khamis, 13 Mac 2014

Rakan Protege - Christina sc yong

Salam.

Alhamdulilah.

Saya ingin memperkenalkan rakan protege saya, yang sama-sama berada di bawah tunjuk ajar cikgu Wani. Christina SC Yong, berasal dari Sabah. Seorang wanita yang tabah dan cekal. Itu yang saya baca dari blog beliau. Beliau amat meminati bidang kecantikan. Saya ingin memperkenalkan blog beliau di sini. Mari baca sedikit  daripada entri Christina SC Yong, mari kita kenali beliau.

 

Membentuk Kening

 Teks:Christina sc yong


Ramai dikalangan wanita modern,mengabaikan teknik yang betul dalam membentuk bulu kening mereka.Teknik membentuk bulu kening yang salah boleh mempengaruhi wajah seseorang itu,misalnya wajah seseorang itu menjadi garang atau sedih.Bulu kening yang dibentuk sepadan dengan bentuk muka boleh menambah seri dan kejelitaan.

Bukan semua wanita memiliki kening yang sempurna,ada segelintir memiliki bulu kening yang lebat dan tebal.Manakala ada wanita yang mempunyai bulu kening yang nipis dan halus.Bagi wanita yang mempunyai kening yang lebat dan tebal adalah satu bonus bagi mereka,ini adalah kerana proses pembentukan kening sangat mudah.Manakalah bagi mereka yang memiliki bulu kening yang nipis kepakaran dan teknik yang betul dalam membentuk kening adalah sangat penting.Terdapat lima bentuk kening yang asas iaitu normal,bersudut,melengkung,serong dan lurus.Manakala saiz bulu kening pula diketegorikan kepada tiga tebal,nipis dan sederhana.
Membentuk kening hendaklah sesuai dengan bentuk muka,dahi dan mata individu.Adakalahnya saiz bulu kening bergantung kepada kehendak individu itu sendiri.Terdapat enam bentuk wajah yang harus dititik beratkan dalam membentuk bulu kening.

01.Bentuk wajah panjang:bagi bentuk wajah panjang,kening haruslah dibentuk menjadi rata dan panjang pada ekor bagi impak keseimbangan pada bentuk wajah.
02.Bentuk muka segiempat:selalunya di bentuk secara melengkung bagi menghilangkan pandangan pada rahang pipi.Jika bentuk bulat atau segitiga di bentuk padah mereka yang mempunyai bentuk wajah ini,akan menampakan penampilan tulang rahang yang agak besar.
03.Bentuk wajah bulat:bagi mereka yang mempunyai bentuk wajah bulat,tajamkan sedikit bahagian puncak kening untuk membentuk wajah menjadi sedikit bujur.


Untuk bacaan lanjut sila klik link di bawah ini:

http://christinadilla.blogspot.com/2014/02/membentuk-kening.html





Ingin memperkenalkan blog anda di sini? Ingin memperkenalkan produk anda atau servis anda? 
Atau ingin mempelajari cara-cara membina blog secara berkesan dan berpengaruh serta mempunyai jaringan blogger?  Jangan segan-segan jangan malu-malu, hubungi saya melalui cara-cara yang anda selesa, SMS boleh, WhatsApp boleh, e-mail pun boleh :

Untuk pertanyaan, tempahan & pembelian, sila hubungi :
Lenny Boniface
di
lennbj608@gmail.com
016-8749195 (SMS/WhatsApp)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan