Protege ABDR - Puan Nurhidayah Bahar



Salam.


Alhamdulillah.  Salam ukhuwah.

Wah! Makin ramai menyertai Akademi Bekerja di Rumah. Saya ingin memperkenalkan salah seorang protege yang baru tidak berapa lama menyertai Akademi Bekerja di Rumah, iaitu Puan Nurhidayah Bahar. Beliau baru menyertai ABDR pada sekitar 25 Febuari 2014. Mari kita berkenalan dengan beliau melalui entri pengenalan yang beliau karangkan di bawah ini.


Pengenalan

Teks : Nurhidayah Bahari

Nama sebenar Nurhidayah Bahari. Saya dilahirkan pada 2 November 1986 di Kulim, Kedah seterusnya dibesarkan di Seremban, Negeri Sembilan. Kini saya kembali menetap di Kulim, Kedah kerana mengikut suami yang berkhidmat di daerah ini. Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Seri Kelana, Seremban, Negeri Sembilan. Seterusnya melanjutkan persekolahan di peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Ampuan Durah, Seremban, Negeri Sembilan. Tamat persekolahan saya melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma di Kolej Shahputra, Kuantan, Pahang dalam jurusan Pengurusan Perniagaan.

Saya mula berkhidmat didalam sektor kerajaan pada 2 Mac 2009. Setelah enam bulan bekerja, saya mengambil keputusan untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah di Universiti Putra Malaysia di dalam bidang Pembangunan Sumber Manusia. Saya memilih bidang ini kerana saya sangat berminat tentang aspek pembangunan diri seseorang individu.

Saya mendirikan rumahtangga pada 22 Oktober 2011 bersama pilihan hati saya Mohd Hafis Ibrahim. Suami saya seorang guru. Kami tinggal berasingan selama 1 tahun selepas berkahwin disebabkan permohonan pertukaran tempat kerja saya belum diluluskan. Syukur kepada Allah kerana pada Oktober 2012 permohonan pertukaran tempat kerja saya telah diluluskan. Bermulalah episod kisah hidup saya sebagai 'Surirumah Tangga Bekerjaya'. Barulah saya merasakan bagaimana keadaannya menjadi isteri dan dalam masa yang sama bekerja. Pengurusan masa dan rumahtangga adalah isu utama.

Jujur saya katakan bahawa saya agak tertekan dengan kehidupan baru ini. Memikul tanggungjawab sebagai surirumah, pekerja, dan pelajar dalam satu masa amat menekan jiwa dan perasaan saya ketika itu. Mungkin kerana kurangnya pengalaman memikul tanggungjawab-tanggungjawab ini. Tambahan pula ketika itu saya menduduki semester terakhir pengajian saya. Jadi penumpuan dan fokus yang lebih perlu diberikan.

Alhamdulillah atas segala kurniaan Allah, saya berjaya menyempurnakan pengajian saya pada Jun 2013. Ketika inilah saya suarakan hasrat kepada suami untuk meletakkan jawatan sebagai penjawat awam.  ....





Gambaran blog Nurhidayah Bahar

Panjang lagi entri beliau, mari singgah di blog Puan Nurhidayah Bahar untuk cerita sepenuhnya, klik
SINI.

Bagaimana? Apa pendapat anda mengenai blog-blog protege ABDR? Menarikkan? Ingin memiliki blog mempunyai gaya penulisan yang berpengaruh? Mari sertai kami. Hubungi saya maklumat yang lebih terperinci.


Untuk pertanyaan, tempahan & pembelian, sila hubungi :
Lenny Boniface
di
lennbj608@gmail.com
016-8749195 (SMS/WhatsApp)
https://www.facebook.com/lenny.Boniface




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

TERKINI : Sarang Burung Walet Untuk Dijual.

Eh Eh... Orang Kampung saya laa