Khamis, 27 Mac 2014

Blog Blog Blog Power


(Oleh : Lenny Boniface)

Salam.

Alhamdulillah.

Blog.. blog.. BLOG... blog... BLog.. BLock... Kenapa dengan blog? Ada apa dengan blog? Teringat first time saya terbaca artikel menjana duit dengan blog pada tahun 2010. Selepas itu, saya pun dengan teruja-nya pergi membuat blog. My First blog http://coloursversuses.blogspot.com/. Tak tahu mana hala tuju, tak tau apa guna saya ada blog, tapi dengan niat nak buat side-income, maka saya pun buat blog. Bolehlah sekiranya sudi melawat blog lama saya yang tak ada hala tujuan. Saya takde niche, atau tujuan dengan blog saya masa tu. Cuma sekadar mencuba nasib dengan blog. Anyway, setelah beberapa entri sahaja, trafik tak banyak, in-come tak nampak, jadi ke-ter-uja-an saya pun menurun. Namun saya masih teruskan dengan gelap gulitanya ke dalam alam blog.But it was fun. Kenapa? Sebab alam penulisan ini ada masanya menyeronokkan dan ada masanya bagaikan terapi untuk menghilangkan stress. Dan blog pertama saya tiada arah tujuan.

Kemudian selepas saya berpindah ke Semenanjung Malaysia, saya telah membuat blog kedua saya iaitu http://lennbjbisnes.blogspot.com. Kali ini saya lebih mempunyai agenda, di blog ini, ingin saya lakarkan catatan berkaitan perniagaan yang ingin saya buat, atau idea-idea perniagaan yang bermain di minda saya. Jadi, kali ini saya telah mempunyai niche dan hala tujuan. Namun, masih lagi tidak menjana pendapatan dari blog ini.

Tak lama saya buat blog kedua, saya teringin pulak buat blog ketiga, blog berkaitan kehamilan saya. Saya pada masa itu mengandung, jadi ingin mencatatkan pengalaman kehamilan di blog. Blog ketiga saya : http://dairimamarugged.blogspot.com/

Saya dah ada tiga blog, tapi kemudian lahir blog ke-4 saya setelah saya jadi ahli Shaklee. Heheheheh... Gila blog saya ni. Setiap blog yang saya miliki mempunyai agenda tersendiri kecuali blog pertama saya. Setiap blog yang mempunyai agenda atau objektif, pemilik blog lebih ter-fokus dan lebih teliti dalam memilih isi setiap entri blog tersebut. Secara peribadi, saya sangat menyukai blog berbanding Facebook atau lain-lain media sosial. Kenapa? Sebab entri/posting pada blog berubah sekali sehari atau 2 kali - terpulang pada pemilik blog. Tetapi, di Facebook saya, macam-macam posting dalam sehari. Kadang-kadang berlambak-lambak posting di wall saya, akibat saya suka share post-post yang menarik di FB. Lepas tu, kalau nak cari posting yang penting untuk rujukan  di Facebook, saya kena skroll ke bawah berpuluh-puluh posting. Pening kepala nak posting yang nak kita rujuk balik. Tak macam blog, kita ada label dan archive untuk carian. Senang dan tersusun. Banyak lagi kebaikan blog yang boleh saya ceritakan, tetapi saya nak simpan supaya pembaca-pembaca yang belum ada blog, merasa teruja ingin tahu. Sebenarnya, perjalanan dalam mencatatkan / menulis setiap entri itu adalah paling berharga sekali. Pengalaman dan ilmu dan didapati dari mempunyai blog, hanya pemilik blog yang faham.

Saya ingin menjemput/mempelawa/mencadangkan/ mengesyorkan, pembaca-pembaca yang belum mempunyai blog menyertai kami - Akademi Bekerja di Rumah (ABDR)  untuk menelusuri pengalaman membina blog pertama anda.

Akhir kata.... roger-roger saya untuk maklumat lanjut/pembelian e-book/bersahabat pun boleh.
Senyum-senyum selalu.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan