Sembang Santai

(oleh: Lenny Boniface)

Salam.

Alhamdulillah.

Bagaimana dengan hari anda? Semoga diberkati dan dirahmati Allah s.w.t.

Hari ini, saya cuma nak sembang-sembang di blog ini. Sebenarnya, kebelakangan ini saya agak buntu sikit. Disebabkan bajet saya yang lari sedikit. Nak buat macam mana, saya kena bayar hutang kepada mak saya. Apapun, semua ok. Alhamdulillah.

Persoalan saya yang bermain di kepala saya sekarang ini ialah " Bagaimana nak boost sales" Bagaimana ye? Siap surf online carti tips, tapi disebabkan minda tengah serabut jadi apa yang dibaca tidak masuk otak. Sekadar baca semata.  Walaubagaimanapun, saya sepatutnya terus mohon kepada Allah s.w.t. untuk sales yang banyak. Sebab Allah yang pegang hati manusia kan.

Kenapa apabila saya hendak memohon kepada Allah saya rasa saya tak layak untuk memohon? Tetapi, saya pernah mendengar seorang ustaz (ataupun baca dari mana-mana buku),"Doa itu ibadah". Namun, saya tetap susah nak mohon dari Allah. Ada sesiapa boleh ajar macam mana saya nak buat? Saya doa pun tersekat-sekat. Entahlah macam mana harus saya buat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

TERKINI : Sarang Burung Walet Untuk Dijual.

Eh Eh... Orang Kampung saya laa