Selasa, 4 Mac 2014

Impian di Hati

Salam.

Alhamdulillah.

Perjalanan menuju WAHM masih diteruskan. Walaupun perlahan namun niat di hati tetap utuh ingin bebas dari hidup kerja 8 pagi hingga 5 petang. Kadang-kadang takut juga apabila terfikir apabila dah berhenti kerja, hidup cuma di rumah sahaja. Saya tidak boleh hidup duduk terperuk di rumah sahaja. Jadi, saya harus fikirkan kerjaya yang memberikan kebebasan masa kepada saya dan juga saya tidak perlu duduk di rumah sepanjang hari. Ada ke?



Ada. Saya impikan pejabat sendiri. Saya impikan membeli sebuah lot kedai dan di situ saya bekerja. Saya ingin memiliki perniagaan sendiri dan waktu kerja saya 9 pagi sehingga 8 malam. (Saya sedang menulis impian saya ya). Apabila saya memiliki perniagaan saya sendiri dan juga memiliki lot kedai sendiri, maka kebebasan yang boleh saya perolehi. Betul tak?  Jadi perjalanan ke arah itu adalah sangat sukar (walau apapun saya katakan). Namun, kita harus mempunyai impian dan berjuang untuk mencapai apa jua impian kita. Saya harus mulakan dari langkah kecil setiap hari. Kecil-kecil dan konsisten. Itu yang akan membawa kita ke arah impian kita. Kejayaan tidak datang bergolek, kita harus bergerak ke arahnya.

Mula-mula memang susah untuk bertindak, tetapi setelah kita mulakan satu tindakan, dan satu lagi tindakan akan menyusul. Maka dari situ kita akan dapat momentum untuk terus bergerak ke hadapan.  Mungkin sekarang saya cuma bermula sedikit-sedikit dengan mempromosi kelas blog, dan ada kemungkinan di masa hadapan, promosi yang sedikit-sedikit ini membantu saya menambah pendapatan saya. In sha Allah. Semua bermula dengan niat dan tindakan. Jangan berputus asa.



Berminat untuk menambah pendapatan anda atau mencari pendapatan sampingan? Inginkan maklumat lanjut? Jangan segan-segan jangan malu-malu, hubungi saya melalui cara-cara yang anda selesa, SMS boleh, WhatsApp boleh, e-mail pun boleh :

Untuk pertanyaan, tempahan & pembelian, sila hubungi :
Lenny Boniface 
di
lennbj608@gmail.com
016-8749195 (SMS/WhatsApp)
https://www.facebook.com/lenny.Boniface


Tiada ulasan:

Catat Ulasan