Isnin, 3 Mac 2014

Cuti-cuti di Janda Baik - Hanana Chalet

 
Salam.
 
Alhamdulillah.
 
 
Alhamdulillah, saya dan keluarga telah diberi kesempatan untuk  bercuti di kawasan kampung yang indah di Janda Baik. Walaupun perancangan last minute, namun percutian ini sangat membahagiakan. Kenapa? Sebab kami balik ke alam semulajadi. Apabila kita dekat dengan alam semulajadi, perasaan kita akan menjadi lebih baik.
 
 
Kami telah menginap di Hanana Chalet di Janda Baik. Chalet yang baru, dan luas. Muat untuk 4 ke 5  orang dewasa untuk 1 Chalet. Tapi kalau berkeinginana tidur di raungan veranda sekali boleh lah sampai 8 orang dewasa 1 chalet. Hehehe. 
 
 
 
 
 


Yang terbaik dia ialah, kat depan chalet terdapat sungai kecil, jadi anak-anak kita boleh bermain air sungai. Kita tak perlu pergi jauh-jauh untuk masuk sungai, depan chalet sahaja. Bestnyer.....




 
 
 
 
 
Untuk tempat makan, chalet ni tak jauh dengan kedai runcit dan juga kedai-kedai makan kampung. Yang paling saya suka, tempat ini tidak sesak dengan pengunjung. Jadi, kalau bermain dengan anak di sungai saya selesa dan boleh berendam lama-lama.
 
Sekiranya pembaca berminat untuk menginap di Chalet Hanana,  Janda baik boleh lah menghubungi :
 
Hanana Chalet:
Pak Teh : 012-3825406
Mak Teh : 012-9810406
Akmal (Anak Pak Teh) : 012-9882427
 
Gambar-gambar berikutnya ialah gambar-gambar anak saya Shahrul Iman. Heheheh.
 

 
 








 







 Saya amat menyarankan pembaca untuk bercuti di mana-mana kawasan yang masih lagi segar dengan alam semulajadi. Di situ, kita boleh melupakan seketika tekanan kerja, tekanan kewangan, serta memberikan kita perspektif baru mengenai kehidupan ini.


Berminat untuk memasarkan produk anda atau bisnes anda? Inginkan maklumat lanjut? Jangan segan-segan jangan malu-malu, hubungi saya melalui cara-cara yang anda selesa, SMS boleh, WhatsApp boleh, e-mail pun boleh :

Untuk pertanyaan, tempahan & pembelian, sila hubungi :
Lenny Boniface di
lennbj608@gmail.com
016-8749195 (SMS/WhatsApp)

https://www.facebook.com/lenny.Boniface

Tiada ulasan:

Catat Ulasan