Rahmat-Nya

(oleh : Lenny Boniface)

Salam.

Alhamdulillah.

Semoga kita selalu mengucapkan syukur dan puji-pujian kepada Allah s.w.t.

Alhamdulillah syukur. Saya diberi peluang untuk bekerja hari ini di pejabat saya. Sebenarnya, saya tidak puas hati. Bukan tidak bersyukur ya. Saya cuma tidak puas hati dengan prestasi saya dengan keluarga, kerana saya terpaksa bekerja 8 pagi sehingga 5 petang, kadang-kadang kena buat over-time, maka masa saya dengan anak adalah sedikit berbanding surirumah. Ironinya, saya suka kerja sebab saya tidak perlu terperuk di rumah. Sekarang saya dilanda krisis, anak saya tiada pengasuh, dan ini menambahkan tekanan kepada saya. Sekarang anak  saya dijaga oleh mak mertua dan pak mertua saya. Walaupun mak mertua dan pak mertua saya boleh menjaga anak saya, saya tak sampai hati nak bagi mak mertua dan pak mertua saya jaga. Kerana mereka sudah berumur, sudah sampai masanya mereka tidak perlu bersusah payah menjaga anak-anak kecil lagi. Tapi apa boleh saya buat, saya sekarang terikat dengan kerja. Dan saya bergantung dengan kerja tetap saya disebabkan pinjaman dengan bank. Jadi, pesanan saya kepada pembaca di luar sana sekiranya tidak ada keperluan mendesak membuat pinjaman, jangan membuat pinjaman yang akan mengikat anda.

Namun, saya ingin mengingatkan diri saya dan pembaca, jangan berputus asa dari rahmat Allah. Kerana setiap halangan dan musibah ada jalan penyelesaiannya dan disertai keberkatan yang kita tidak sedari. Saya hendak mengajari diri saya untuk menyebut ALHAMDULILLAH selalu.



Kerana Allah menurunkan rahmatNya selalu. Jadi jangan berputus asa dan bersedih. Semuanya ada jalan keluar dan juga rahmat, selagi kita beriman dengan Allah s.w.t.. Bagi diri saya, waktu-waktu susah lah yang memberikan erti kepada kehidupan kita. Ingatkah kita pada waktu-waktu kita tiada duit untuk membeli makan? Atau duit tidak cukup untuk membeli minyak kereta? Nak bayar bil pun kena korek tabung? Waktu-waktu itu yang terpahat kuat dalam jiwa kan? Masa susah bukan musibah, tetapi peringatan kepada kita bahawa ada juga orang lain yang hidup susah macam kita. Waktu susah bukan musibah, kerana di situ kita belajar kehidupan ini sementara sahaja dan kehidupan sentiasa berubah. Kadang-kadang kita susah, kadang-kadang kita senang. Itu yang menjadi coretan hidup kita yang kita ingat sampai bila-bila. Jangan susah hati. Sekiranya anda susah hati, ambil lah barangan anda atau duit anda yang sedikit atau banyak, infaqkan, sedekahkan. Buat selalu, hati anda akan lapang kerana itu rahmatnya apabila kita bersedekah. Saya bukan orang alim, tetapi saya percaya semua janji Allah. Jadi jangan kita ragu-ragu. Semuanya rahmat. Jangan kita menzalimi diri sendiri dan orang lain. Jangan kita kufur. Jadilah orang selalu bersyukur, dan anda akan jadi insan yang bahagia dan gembira.

Perjalanan menuju WAHM harus diteruskan dan perjuangan tidak akan berhenti sehingga tercapainya impian saya. Alhamdulillah.




Berminat untuk menambah pendapatan anda atau mencari pendapatan sampingan? Inginkan maklumat lanjut? Jangan segan-segan jangan malu-malu, hubungi saya melalui cara-cara yang anda selesa, SMS boleh, WhatsApp boleh, e-mail pun boleh :

Untuk pertanyaan, tempahan & pembelian, sila hubungi :
Lenny Boniface 
di
lennbj608@gmail.com
016-8749195 (SMS/WhatsApp)
https://www.facebook.com/lenny.Boniface






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

TERKINI : Sarang Burung Walet Untuk Dijual.

Eh Eh... Orang Kampung saya laa