Jumaat, 7 Mac 2014

Perancangan dan momentum

( Oleh : Lenny Boniface)


Salam.

Alhamdulillah.

Perancangan itu penting. Hari ini, saya mendapati sekiranya hari saya tiada perancangan, saya akan membuat kerja tanpa hala tuju yang tetap. Maksudnya, saya tidak dapat membuat KERJA PENTING yang ingin saya buat. Jadi, perancangan itu amat penting kepada kita, wanita yang mempunyai pelbagai peranan sebagai ibu, surirumah, isteri, dan pekerja. Kerana tanpa perancangan, proses kerja seharian akan berlaku tanpa kita melakukan sesuatu yang bermanfaat untuk kerjaya atau matlamat peribadi kita.



Sebagai contoh, saya ingin membuat pemasaran produk Shaklee, tetapi saya harus membuat perancangan yang mudah dan jelas supaya saya tahu apa produk yang saya ingin pasarkan atau highlightkan sepanjang bulan atau sepanjang minggu. Dengan perancangan yang mudah dan jelas, kita tidak akan tersasar dari matlamat kita. Misalannya, bulan ini saya ingin highlight-kan Energizing Soy Protein (ESP), maka dalam dairi harian atau perancangan harian saya harus catatkan berapa kali saya hendak uploadkan gambar ESP ke dalam fanpage facebook saya ataupun wall personal facebook saya. Apabila ada perancangan jelas dan mudah, maka kita akan melakukan kerja dengan lebih santai dan lebih fokus berbanding kita tiada perancangan.

Perancangan memudahkan kita, namun yang paling penting ialah langkah pertama ataupun tindakan. Langkah pertama, atau tindakan pertama adalah yang paling berat dan paling susah sekali hendak dilaksanakan. Sebagai contoh blog saya ini, pada permulaannya amat payah untuk diri saya mengemaskini entri di blog ini. Namun setelah saya membuat beberapa entri, maka datang  momentum untuk terus mengemaskini blog ini.




Jadi, paling penting ialah langkah pertama kita. Kita harus terus lakukannya walaupun sangat berat dan payah untuk diri kita lakukannya. Saya berdoa saya pun dapat momentum yang baik untuk tugas-tugas saya dan tanggungjawab saya yang lain.

Pesanan saya, jangan berputus asa. Mulakanlah dengan langkah kecil tapi konsisten. Maka perubahan akan berlaku dalam hidup.


Berminat untuk menambah pendapatan anda atau mencari pendapatan sampingan? Inginkan maklumat lanjut? Jangan segan-segan jangan malu-malu, hubungi saya melalui cara-cara yang anda selesa, SMS boleh, WhatsApp boleh, e-mail pun boleh :

Untuk pertanyaan, tempahan & pembelian, sila hubungi :
Lenny Boniface 
di
lennbj608@gmail.com
016-8749195 (SMS/WhatsApp)
https://www.facebook.com/lenny.Boniface



Tiada ulasan:

Catat Ulasan