Catatan Ramadhan ke 14

Assalamualaikum.

Apa yang ML belajar hari ini?

1. Berniaga itu tidak mudah. Perlukan kesabaran, fokus, konsistensi dan usaha tanpa putus asa. Jadi, bolehkah diri kita melakukannya? Sebenarnya, boleh.



2. Bersyukur itu nikmat. Jangan selalu mencari keburukan - dalam orang, dalam benda, dalam makanan sekalipun. Apabila kita bersyukur, kita lebih banyak diam daripada komplen. Sebab, kita dah tahu semuanya datang dari Allah s.w.t.

3. Masa -ML harus belajar memperuntukkan masa untuk Yang Maha Mencipta. ML harus belajar untuk fokus dalam mengerjakan kebaikan dan ibadah. Kerana itu adalah pelaburan akhirat. Pernah juga terbayang (tak sengaja), diri jadi mayat. Alangkah menakutkan jika diri sendiri tidak membawa bekalan ke sana. Sebab di sana kita semua bersendirian dan tiada keluar masuk lagi di Dunia Barzakh itu.

Setakat itu sahaja pembelajaran ML hari ini.


****************************************************

IklanEka Mama Lenny

Promosi Bulan Julai 2015
.
.
.
\/

(1) Beli 4 dengan HARGA 3



(2) Beli 7 dengan HARGA 6







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

TERKINI : Sarang Burung Walet Untuk Dijual.

Eh Eh... Orang Kampung saya laa