MLM dan amanah

Assalamualaikum.

ML ingin kongsikan satu coretan daripada 'Granny' ML tentang amanah dan tanggungjawab dalam menceburi business Shaklee ini. Ini adalah sebagai peringatan kepada diri ML sendiri dan juga sesiapa yang berkaitan.  Semoga bermanfaat.

Pesanan Master Norita Idris untuk 'anak-anak'

MLM dan amanah 

Beratnya amanah.
******************

Mungkin ramai yang memandang serong bisnes MLM mahupun direct selling.
Ini disebabkan oleh banyak faktor antaranya adalah pengalaman pahit yang mungkin pernah dilalui sebelum ini bersama syarikat MLM lain. Namun untuk saya 15 tahun dalam Shaklee, banyak perkara yang saya belajar dalam mematangkan fikiran saya.
Walaupun begitu, saya dihujani beberapa soalan yang biasa ditanya oleh ahli-ahli baru iaitu; bagaimana nak dapatkan downline.

Jawapan saya mudah iaitu, teruskan sharing sambil memohon kepada ALLAH didatangkan downline pada kita yang memerlukan Shaklee dan kita mampu membimbingkan ke jalan kebaikan semoga kita mendapat pengakhiran yang baik.

Hakikatnya bukan mudah menjadi seorang upline. Mana anak sendiri lagi nak jaga , suami, bisnes apatah lagi anak2 bisnes. Tak semudah yang disangka.
Allah akan berikan kita downline bila kita dah bersedia untuk menjadi upline.

Mempunyai downline adalah ibarat mempunyai zuriat iaitu anak. Bukan semua wanita diberi kemampuan untuk melahirkan zuriat. Ada yang cepat dan ada yang lambat. Dalam keghairan kita untuk mendapat zuriat anak, bagi mereka yang rasional mereka tahu betapa beratnya tanggungjawab ibu bapa dalam membentuk anak yang hatinya tawaduq pada ALLAH selain berjaya dunia dan akhirat.

Kejayaan anak yang perlu dibanggakan bukanlah kerana mereka berjaya merangkul segulung ijazah universiti tetapi bagaimana mereka menjadi insan yang berguna kepada ibu bapa, keluarga dan agama. Hebatkah ibu bapa yang mempunyai anak bekerja hebat, kereta dan rumah yang gah tetapi tidak solat dan terlibat dengan jenayah kolar putih tanpa disedari?

Saya masih teringat kata kawan saya, tak hebat mana anak yang boleh speaking English tapi tak mampu nak solat. Sebab harta yang nak kita bawa mati adalah doa anak yang soleh.

Maka samalah dalam bisnes MLM ini. Hebatkah seorang upline jika mempunyai downline yang naik dengan cara kotor iaitu menindas dalam senyap? Hebatkah seorang upline yang sentiasa merasakan dia memberikan sokongan dan kepercayaan yang padu pada downline tetapi tanpa disedari downline bertindak diluar batasan?

Setiap kali ujian datang , saya terkenangkan semua downline saya sehinggalah level ke 6. Boleh saya gambarkan perasaan Nabi Muhammad saw pada umatnya seperti kita. Baginda tak begitu risau pada zaman para sahabat kerana sahabat baginda masih dekat dan ilmu yang disampaikan adalah dari baginda sendiri. Yang paling baginda risaukan ialah kita, umat yang sangat jauh dengan zaman nabi dan para sahabat.

Sebab itu tak semudah yang disangka apabila mempunyai downline apatah lagi downline yang ramai.
Hanya doa yang mampu dipohon pada ALLAH supaya semua downline dibawah organisasi saya baik mereka kenal atau tidak saya , itu tidak penting. Paling penting adalah semua downline berusaha berniaga dengan baik dan jujur supaya beroleh barakah dan hasil yang kita lakukan untuk bayar zakat dan sedekah diterima ALLAH.

Maka buat semua leader2 yang dirahmati ALLAH, jangan lupa tanggungjawab yang berat yang kita pikul adalah untuk berjawab dengan ALLAH apa yang kita didik pada anak2 bisnes kita.
Mari kita doa semoga semua anak didik kita dibekalkan hati yang tawaduq pada ALLAH, yang jujur dan amanah serta beroleh keberkatan dunia dan akhirat.

Ingatlah kejatuhan orang2 terdahulu dari kita adalah kerana melampaui batas. Semoga ALLAH memelihara semua anak2 bisnes kita dari melampaui batas. Nikmat itu boleh ditarik sekelip mata terutama apabila kita lupa mengingatkan mereka tentang hukum ALLAH.
Sesungguhnya akan datang yang haq dan lenyap yang bathil.
Teruskan perjuangan dan bangkitlah pada jalan kebenaran.

Buat semua downline baru atau lama atau mereka yang baru berjinak dengan bisnes Shaklee, jangan lupa ;

1. Shaklee tidak membenarkan menjual trial pack secara online.
2. Shaklee tidak membenarkan pengedar menurunkan harga di bawah paras harga ahli.
3. Shaklee tidak membenarkan gunakan url Shaklee untuk website blog dan page.
4. Shaklee tidak membenarkan kita mempamerkan free gift atau apa sahaja yang bukan ditawarkan oleh Shaklee.
5. Shaklee tidak membenarkan pengiklanan di majalah dan television.
6. Shaklee tidak membenarkan kita menggunakan nickname Shaklee di fb atau media2 internet.

Akhir kata, semoga kita mempunyai anak2 bisnes yang mampu mendoakan kita bila kita tiada di dunia kelak. Kejayaan upline tidak memberi impak besar kepada downline sebaliknya kejayaan downline yang berjaya dan punya hati yang tawaduq pada ALLAH dan agama adalah harta yang paling hebat dalam dunia MLM. Tiada manusia yang tidak pernah membuat silap namun kita masih berpeluang mengubahnya dan menjadikan hari esok lebih baik dari sebelumnya.

Salam sayang!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

TERKINI : Sarang Burung Walet Untuk Dijual.

Eh Eh... Orang Kampung saya laa