5 Cara Pelangsingan Badan

Assalamualaikum.




Berat badan berlebihan. Apakah anda menghadapi masalah berat berlebihan? Ingin melakukan sesuatu untuk menghilang lemak-lemak di badan anda?



Sebenarnya berat badan berlebihan boleh mengundang pelbagai penyakit. ML sendiri mempunyai berat badan yang agak ideal tetapi jika tidak menjaga kuantiti makanan yang diambil, ML juga akan mengalami berat badan berlebihan. Ditambahkan pula ML mempunyai masalah kencing manis dan jantung, ML wajib mengawal pemakanan dan menjaga kesihatan. Kesihatan adalah perkara paling berharga di dunia tetapi  ramai yang 'take for granted'.


Apa yang kita boleh buat untuk mengatasi masalah ini?
Sebenarnya banyak yang boleh kita lakukan. Dan paling penting dalam proses melangsingkan badan ialah disiplin diri dan tekad yang sangat tinggi.

Jadi ML akan senaraikan beberapa perkara yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan berat badan.

(1) Berpuasa - Berpuasa memang membantu pelangsingan badan. Tapi SYARAT UTAMA - masa berbuka harus mengambil makanan dalam kuantiti yang SEIMBANG, IDEAL & SEDERHANA. Waktu berbuka puasa, hendaklah individu yang ingin mengurangkan berat badan mengambil makanan dalam kuantiti yang perlu sahaja. Dan bukan mengikut nafsu. Kerana walaubagaimana lapar sekalipun, saiz perut kita tidak akan berubah jadi sangat besar.

(2) Bersenam - ML perasan kita jarang melakukan aktiviti senaman. Mungkin faktor keluarga, kerja, tempat kediaman dan sebagainya. Semua itu boleh kita abaikan jika kita hendak mencapai berat badan ideal. Kita boleh sertai kelas Zumba, Yoga, Senamrobik, Pertahanan Diri ataupun pergi ke gym dan berlari atas treadmill. ML suka Zumba, sangat rancak dan dipenuhi dengan lagu Latin. Memang membuatkan badan ingin terus bergerak.

(3) Amalkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kerap - Kadang-kadang kita suka makan makanan 'junk food' di masa lapang. Apa kata kita tukarkan 'junk food' dengan buahan-buahan segar ataupun ulam-ulaman. Sangat membantu pelawasan dan kalori lebih rendah.

(4) Kurangkan minuman bergula - Adalah lebih baik kita minum air kosong daripada meminum air bergula sama ada dah proses ataupun yang kita bancuh sendiri. Air kosong membantu detoks badan, membuang toksin. Toksin ini juga menyumbangkan kepada penambahan berat badan dan juga masalah pembendungan air (water retention).

(5) Amalkan pengambilan supplemen - Sebenarnya supplemen membantu kita untuk mengawal berat badan. Sebenarnya, apabila makanan yang kita ambil seharian tidak mempunyai zat/khasiat yang mencukupi untuk tubuh badan kita.  Maka tubuh badan akan 'lapar' (terutama sel-sel badan), jadi tubuh badan akan menghantar isyarat 'lapar' kepada otak kita, akhirnya kita mencari makanan lagi walaupun sudah makan. Kita akan sentiasa rasa lapar. Sebab sel-sel tubuh badan tidak mendapat zat/khasiat yang cukup. Jadi untuk membekalkan khasiat/zat/nutrien yang sel-sel badan kita perlukan, kita perlu amalkan pengambilan supplemen.


*********************************

Bersempena Program YES yang sedang berlangsung, ML ingin memperkenalkan Set Healthy Fitness. 




Sila hubungi ML di 016- 874 9195 untuk pertanyaan dan pembelian. 
Atau Isi BORANG PERTANYAAN di sebelah kanan blog.





Ulasan