Khamis, 16 Julai 2015

Kisah Pelik di Sebalik Sejarah Inkubator

 Assalamualaikum.

ML terbaca 1 artikel di internet berkaitan sejarah inkubator, dan bagaimana kisah seorang "survivor" yang mula-mula dimasukkan ke dalam inkubator dan kisah pelik di balik cerita inkubator ini menjadikan ML teruja nak kongsikan di blog ini.

 (Diterjemahkan oleh : ML)
 (Sumber : npr.org )


Hampir 1 abad yang lalu, Coney Island New York pernah terkenal dengan pertunjukan jalanan. Pulau Coney dipenuhi dengan papan-papan tanda besar yang mewar-warkan tentang wanita-wanita bertatu, orang-orang yang menelan pedang - dan juga pameran bayi-bayi kecil.






Bayi-bayi ini adalah bayi-bayi pra-matang yang dibiarkan hidup di dalam inkubator yang dipelopori oleh Dr. Martin Couney. Pertubuhan perubatan (pada waktu itu) telah menolak penggunaan inkubator ciptaan beliau, tetapi Dr Couney tidak pernah mengalah untuk mencapai impian beliau. Setiap musim panas selama 40 tahun, beliau mencari biaya untuk hasil kerja beliau dengan mengadakan pameran bayi-bayi dengan mengenakan bayaran kepada pengunjung - iaitu 25 sen untuk mneyaksikan pameran bayi.

Sebagai pulangan, ibubapa tidak perlu membayar yuran perubatan, dan ramai bayi yang peluang hidup yang rendah, telah berjaya diselamatkan .

Lucille Horn adalah salah satu daripada bayi yang berjaya diselamatkan. Dilahirkan pada tahun 1920, dia juga pernah dimasukkan di dalam inkubator di Pulau Coney ini.
"Bapa saya kata saya sangat kecil, dia dapat meletak saya dalam genggaman tangannya," Lucille ceritakan kepada anak perempuannya sendiri, Barbara, dalam satu lawatan bersama StoryCorps di Long Island, NY. "Saya fikir saya hanya lebih kurang 2 pounds (0.9kg), dan saya tak dapat hidup dengan kudrat sendiri. Saya terlalu lemah untuk hidup."

Lucille mempunya kembar, tetapi kembarnya telah meninggal sewaktu dilahirkan. Dan pihak hospital tidak memberikan apa-apa harapan tinggi kepada Lucille. Staff hospital mengatakan mereka tidak mempunyai tempat untuk Lucille; dan memberitahu bapanya yang Lucille tak akan ada peluang untuk hidup. 

"Mereka tidak mempunyai sebarang bantuan untuk saya," kata Lucille. "Ia seperti : Awak akan mati sebab awak bukan milik dunia ini."

Tetapi bapa Lucille enggan terima semua itu sebagai penyelesaian terakhir. Dia terus balut Lucille di dalam sehelai selimut, menahan sebuah teksi dan terus bawakan Lucille ke Coney Island, - dan menuju ke pameran bayi Dr Couney.

Dr. Martin Couney holds Beth Allen, one of his incubator babies, at Luna Park in Coney Island. This photo was taken in 1941. 
 (Gambar di atas : Dr Martin Couney memegang Beth Allen, salah seorang daripada bayi inkubator, di Luna Park, Coney Island. Gambar ini diambil pada tahun 1941. Sumber : Beth Allen).


"Apa yang ibu rasa bila mengetahui orang ramai bayar untuk melihat ibu?" Tanya anak Lucille.
"Ia rasa ganjil, tetapi selagi mereka melihat saya, saya adalah hidup, jadi semua adalah baik," kata Lucille. "Saya rasa ia lebih kepada pertunjukan pelik. Sesuatu yang luar dari kebiasaan."

Teknik rawatan Lucille dipertontonkan untuk orang ramai yang membayar untuk suatu tempoh yang agak lama. Lucille akhirnya meninggalkan inkubator selepas 6 bulan.

Bertahun-tahun kemudian, Lucille mengambil keputusan untuk melihat sendiri bayi-bayi inkubator, sebagai seorang pelawat. Semasa lawatan Lucille, kebetulan Dr Couney berada di sana, dan Lucille mengambil peluang untuk memperkenalkan dirinya.

"Dan di sana ada seorang lelaki yang berdiri di depan inkubator melihat bayinya sendiri, dan Dr Couney terus pergi lelaki tersebut dan meletakkan tangan di bahunya" kata Lucille.
"Tengok wanita muda ini," Dr Couney memberitahu lelaki itu. "Dia adalah salah seorang bayi inkubator. Dan seperti itu jugalah anak awak akan membesar."

Lagipun, Lucille adalah 1 daripada ribuan bayi pra-matang yang Dr Couney rawati dan pamerkan di pertunjukan dunia, pameran dan taman-taman tema bermula dari tahun 1896 sehingga 1940an. Dr Couney meninggal dunia pada tahun 1950, dan tak selepas kematian beliau, inkubator yang mirip ciptaan beliau diperkenalkan di kebanyakan hospital. Pada waktu itu, usaha Dr Couney tidak ketahui umum, walaubagaimanapun,  sekurang-kurangnya terdapat seorang insan yang tak akan lupakan beliau.

"Nak tahu, tidak ramai doktor yang boleh lakukan sesuatu untuk saya pada waktu itu. 94 tahun kemudian, saya masih di sini dan sihat. Saya sangat bersyukur masih berada di sini,"



*StoryCorps is a national nonprofit that gives people the chance to interview friends and loved ones about their lives. These conversations are archived at the American Folklife Center at the Library of Congress, allowing participants to leave a legacy for future generations. Learn more, including how to interview someone in your life, at StoryCorps.org.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan