Kejayaan, Mari Ke Mari...

Assalamualaikum.

ML  ingin mencatatkan buah fikiran di saat ini. ML sedang berusaha menuju kejayaan. Dan sesiapa yang sedang berusaha untuk mencapai kejayaan, mereka faham perjalanan tidak mudah dan usaha harus dilakukan setiap hari.

ML sendiri tidak memahaminya sehingga hati ini betul-betul hendakkan kejayaan dalam perniagaan sampingan ML iaitu Shaklee.

Bukan mudah ya. Sebagai seorang wanita, kita pegang 3 atau 4 tanggungjawab - anak, isteri, ibu dan mungkin juga pekerja. Menggalas ketiga-tiga tanggungjawab bukan mudah. ML kadang-kadang ingin juga melepaskan salah satu daripada 3 tanggungjawab itu, tetapi TAK MUNGKIN bak kata Upin Ipin. :)

Jadi, bagaimana ML nak mengejar kejayaan?

DENGAN :
Fokus, Matalamat yang Jelas & Spesifik, Istiqomah, Sabar, Cekal, dan beberapa lagi nilai yang kita harus miliki dan terapkan sebagai seorang wanita.

Boleh ke ML berjaya? Itulah perangkapnya di situ. Perangkapnya ialah PEMIKIRAN NEGATIF,
Boleh ke ML berjaya? BOLEH. BOLEH. BOLEH. Kita wajib/harus meyakinkan diri sendiri sedemikian sehingga menjadi kenyataan yang paling nyata.

Dalam diri mesti ada satu laungan "MARI KE MARI KEJAYAAN ~  MARI KE MARI KEJAYAAN ~   MARI KE MARI KEJAYAAN ~"
 
Jadi, mulai hari ini, sesiapa yang ingin mengejar kejayaan atau mendapatkan kejayaan, jom kita ciptakan satu 'mantra' merangkap brainwash kita untuk mencapai kejayaan.

ML karang dulu nanti ML akan updatekan di blog. OK.


Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

TERKINI : Sarang Burung Walet Untuk Dijual.

Eh Eh... Orang Kampung saya laa