Selasa, 30 Jun 2015

Projek Mencari dan Menanam Pahala : BANTU ARING 2, GUA MUSANG, KELANTAN

Assalamualaikum.

Mencari pahala untuk kehidupan akhirat. Dan di sini ML temui satu aktiviti untuk membantu mangsa-mangsa banjir Kelantan di ARING 2, Gua Musang. Jom kita usahakan sesuatu untuk membantu saudara-saudara kita di sana. Bentuk bantuan anda boleh dalam wang ringgit, bantuan secara fizikal dan juga boleh doakan mereka mendapat bantuan yang secukupnya sehingga dapat rumah. Maklumat ini ML dapatkan daripada page Dato Husam Musa. Sila pergi ke link Dato Husam Musa untuk pertanyaan dan maklumat lanjut.



BANTU ARING 2, GUA MUSANG, KELANTAN !!!
Saya menerima berita duka dan kiriman gambar terkini
keadaan di perkampungan ARING 2, Gua Musang. Sebahagian gambar tidak di siar, menjaga hati tuan rumah.
34 buah keluarga semuanya. Mereka antara yang hilang rumah tempat berteduh, dihanyut banjir besar.

Penduduk sekitar 200 orang termasuk beberapa pakcik yang sakit tua dan bayi.
Tinggal di khemah yang semakin mereput di bawah terik mentari. Aring 2, telah dibantu oleh pelbagai NGO terutama Yayasan Darul Hijrah dan Briged Sukarelawan Kebajikan Pasir Putih diketuai Cikgu Yuganu. Saya sendiri telah ziarah dan bermalam di sana dan mengusahakan beberapa fasa bantuan utiliti, surau dan bantuan motivasi/kerohanian.
Catitan ziarah dan ikhtiar boleh dibaca di sini:
http://msomelayu.blogspot.com/…/bermukim-di-kampung-pupuk-a…
Bagi tujuan bantuan, Sukarelawan Yayasan Darul Hijrah akan ke Aring 2, Jumaat ini untuk merencana dan hulur bantuan seterusnya.
Teman-teman yang simpati untuk hulur bantuan khusus untuk Aring boleh berbuat demikian melalui sumbangan zakat/infaq/fidyah/sedekah ke :
Yayasan Darul Hijrah akaun Maybank
5660 1060 9934
dan email maklumat sumbangan ke
darulhijrahmalaysia@gmail.com dan
whatsApp ke 0183590403 untuk tujuan rekod dan audit.
Moga diganjari sebaik baik ganjaran oleh Allah swt.
Jazakumullah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan