Angin Menderu, Perasaan Membadai ~~~

Assalamualaikum.

Bersiaran dari kampung halaman kesayang ML -Dalat, Sarawak. Berbagai perasaan membendung dan menyelubungi diri ML apabila berada di sini.

Teringat waktu-waktu kecil sehingga sekarang, bagaimana ML membesar dan berubah mengikut waktu. Namun memori tidak pernah berubah. Ya Allah, betapa perasaan ini menyelubungi diri ini. Perasaan yang tidak boleh ML gambarkan melalui kata-kata atau tulisan.

Untuk pengetahuan umum, ML mama dan papa ML dah meninggal dunia, dan sekarang keluarga ML hanya tinggal ML dengan adik kandung ML. Jadi apabila berada di kampung, kenangan menderu-deru menyerbu diri ini. Terkenang mama dan papa. Terkenang keadaan waktu dulu waktu kecil bersama papa dan mama. Terkenang waktu bersekolah.

Sesungguhnya semua dah berubah. Setiap perkara di dunia ini tidak kekal. Yang ada hanya kenangan, itupun kadang-kadang ia hilang kerana suatu hari mungkin kita akan hilang ingatan dek dimamah usia.

Andainya boleh ML gambarkan dengan kata-kata perasaan ML sekarang, memang akan terasa teramat syahdu. Namun, sebagai orang beriman, kita harus pandang ke depan dan teruskan perjuangan untuk meraih pahala sebagai tiket ke Jannah.

"Milik siapa dunia ini?" - Allah
"Milik siapa dunia ini?" - Allah
"Milik siapa dunia ini?" - Allah
"Milik siapa nyawa ini?" - Allah
"Siapa yang Maha Kekal dan Maha Hidup?" - Allah

Moga-moga ML sentiasa ingat perkara yang ML sebut di atas.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

TERKINI : Sarang Burung Walet Untuk Dijual.

Eh Eh... Orang Kampung saya laa