Terlepas Catatan

Assalamualaikum.

LBJ pernah katakan nak catatkan pengalaman mengandung kali ini kan? Haish... langsung tak dicatatkan.

Mulai hari ini, LBJ akan catatkan minimum 7 ayat setiap hari berkaitan pengalaman mengandung kali ini.

LBJ telah membaca satu artikel online (blog) berkaitan Strategi untuk Mencapai Azam (apa-apa azam atau resolusi) yang kita ingin capai.

LBJ kena draf dulu ayat-ayat yang sesuai kerana artikel dalam bahasa Inggeris.

Jadi, LBJ catatkan sedikit tentang kehamilan LBJ.


Semalam adalah hari check up rutin di Klinik Kesihatan. Dan LBJ setiap kali pergi check up hati mesti dup dap dup dap. Sebab LBJ takut sekiranya ada apa-apa yang tidak normal. LBJ kadang-kadang risau juga jika bacaan urin atau tekanan darah atau bacaan HB tidak memuaskan. Setiap kali ambil ujian makmal, hati berdoa saja. Risau HB rendah, kencing kotor ataupun darah tinggi.

Alhamdulillah semalam semua bacaan adalah dalam julat normal. Alhamdulillah.

Hari ini pula, rasa badan sangat penat. Entah lah. Tak tahu faktor cuaca ke apa ke.  Penyelesaiannya - LBJ kena konsisten ambil supplemen Shaklee - B-Complex, Vita-Lea, Vita-C dan malam nya kena paksa diri makan Ostematrix. Entah kenapa rasa susah sangat nak telan ostematrix tu. Sedangkan pil nya kecil. Memang  semata-mata halangan mental.


******************************




Ingin mendapatkan produk Set Pre-Natal Shaklee? 
WhatsApp/SMS    ke --- 016 874 9195 Lenny

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

TERKINI : Sarang Burung Walet Untuk Dijual.

Eh Eh... Orang Kampung saya laa