Jurnal Hamil LBJ : 4

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Alhamdulillah dah pukul 6.28 petang, dan LBJ masih boleh bertahan lagi untuk teruskan puasa gantian. Apabila hati dah niat nak puasa in shaa Allah dipermudahkan.

Alhamdulillah, LBJ dah masuk 5 bulan dan on the way masuk  bulan ke-6, badan dah rasa bertenaga sikit.

LBJ nak kongsikan sedikit apa yang LBJ makan semasa sahur tadi. LBJ cuma bancuh ESP Shaklee campur milo segelas dan makan kurma 3 biji. Alhamdulillah boleh bertahan sampai sekarang.

ESP ini wajib semasa bulan Ramadan nanti dan juga bagi sesiapa yang ingin lebih tahan lapar semasa berpuasa.

Sepatutnya, pada hari Sabtu lepas LBJ menyiarkan tentang check-up bulanan dengan Doktor Noraini. Tetapi memang tak sempat, jadi LBJ update di entri kali ini sahaja.

16 April lepas LBJ pergi cehck up di klinik O&G doktor Noraini. Ultrasound menunjukkan semua dalam keadaan normal. Dan EDD di-re-EDD-kan, jadi due date 09.09.2016 pada scan mula-mula sekali adalah tepat. Jadi LBJ dijangka due awal bulan 9. Sempatlah beraya.

Pada saat ini juga LBJ juga nak buat 1 resolution, iaitu LBJ membuat keputusan untuk berjaya dalam bisnes Shaklee. LBJ tahu bukan senang tetapi, LBJ nekad nak jayakan juga, Kena belajar dan belajar.

Memang tak mudah, tapi LBJ rasa jika LBJ tak cuba sekali dengan sepenuh daya upaya, LBJ takkan tahu LBJ akan berjaya ke tak kan. Ini adalah jurnal tentang usaha menuju kejayaan, bukannya jurnal untuk mengalah.

(Kalau boleh dinyanyikan) Akan LBJ tempuh segala yang patut untuk berjaya. Tetapi semua kena ada tunjuk ajar dan pembelajaran. Orang tidak berjaya dalam sekelip mata.

Demi anak-anak dan masa depan, LBJ wajib berjaya dan berkorban masa untuk membina tangga-tangga menuju kejayaan. In shaa Allah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

TERKINI : Sarang Burung Walet Untuk Dijual.

Eh Eh... Orang Kampung saya laa