Konsep Minimalis

Assalamualaikum.

Hari ini cukup panas. Kalau duduk di pejabat tak rasa sangat sebab sepenuhnya air-cond. Duduk di rumah, memang terasa bahangnya. Walaupun pasang air-cond bilik, langsung tak rasa. Masih berpeluh-peluh.

Musim hamil ni, kalau kena panas saja mesti rasa sakit kepala dan pening. Sebab itu, saya mengelakkan keluar rumah di hari panas. Tak sanggup menanggung sakit kepala.

Iman pula hari ini asyik sebut sakit perut. Tak tahu dia sakit perut sebab apa. Nak sapu minyak tak bagi pula.

Sebenarnya saya nak catatkan tentang MINIMALISM.

Satu konsep yang sebenarnya ada dalam Islam tetapi lebih diamalkan oleh orang-orang mengadaptasikan konsep minimalist ke dalam hidup, terutamanya orang-orang barat.

Konsep itu menarik perhatian saya, dan saya sedang cuba untuk mendalami konsep ini.

Kenapa ya? Kerana saya dah penat tengok rumah saya penuh dengan barangan tetapi tak digunakan pun. Apabila nak cari sesuatu barang susah, apabila dan simpan atau susun barang pun susah. Jadi, saya akan pelajari konsep minimalist ini untuk saya aplikasikan satu hari nanti.

Adakah anda juga mengamalkan minimalism? Jika ya, tinggalkan komen ya, supaya kita boleh betukar-tukar ilmu.

****************************

Displaying tawaran april2016.jpg


Displaying tawaran april2016.jpg
Displaying tawaran april2016.jpg



Ingin mendapatkan produk Shaklee? Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?
WhatsApp/SMS    ke --- 016 874 9195 Lenny

Kedai E-book dan produk-produk ilmiah lain di 



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

TERKINI : Sarang Burung Walet Untuk Dijual.

Eh Eh... Orang Kampung saya laa