Rabu, 20 April 2016

Jurnal Hamil LBJ : 6

Assalamualaikum.

Ya Allah penatnya sekarang ini. Sepanjang hari berada di Hospital Serdang untuk check-up ECHO, dan Combine Cardio.

Sekarang ini terasa nak baring terus tak nak bangun. Tapi nekad juga nak catatkan Jurnal Hamil ini. Penat badan ini sebab menunggu lama.

LBJ ini sejak dari lahir mengidap penyakit jantung berlubang. Agak kronik juga la. Tapi Alhamdulillah, LBJ menjalani pembedahan pembetulan jantung pada usia 12 tahun. Alhamdulillah, selepas pembedahan itu LBJ hidup dengan lebih sihat.

Namun, kes macam LBJ ini, harus follow-up di hospital untuk monitor fungsi jantung.

Jadi, apa cerita pada hari ini? LBJ terlambat nak pergi ke Hospital kerana Iman bangun awal, jadi kena pujuk dia dulu sebelum boleh bergerak. LBJ bergerak dalam pukul 7.40 pagi (lebih kurang). Encik husband yang hantarkan. Parking di hospital amatlah sukar. Anda pun faham kan.

Sampai di hospital, LBJ makan sarapan dulu. Tak nak berlapar nanti menunggu. Dan beli roti letak dalam beg in case memang lama sangat sampai tak boleh lunch. * Pesanan LBJ, sekiranya pergi ke hospital kerajaan untuk check-up di klinik pakar, bawalah bekalan sikit. Sebab masa menunggu sangat lama, kerana pesakit hospital kerajaan bukan sikit ya.

Lepas dah settle isi perut dan lain-lain, LBJ pun pergi ke kaunter pendaftaran. Hari ini LBJ tak ambil gambar kertas no giliran. No LBJ 1229, dan no yang sedang dipanggil ialah 1045 (lebih kurang macam tu). Lama juga menunggu. Tapi tak apa, LBJ dah biasa. Tapi, LBJ puji la kaunter pendaftaran. Memang laju layan orang ramai. Bayangkan lebih 100 orang boleh settle dalam sejam. Kira laju la. Kalau ikut calculation LBJ, 5 minit seorang pelanggan.

Alhamdulillah, LBJ dapat daftar pada pukul 9.30 pagi, dan terus ke Klinik Pakar Kardio untuk ECHO.

Di klinik Echo memang lama ya. Bukan first time LBJ datang klinik kardio. Kenapa lama? Sebab seorang pesakit minimum mengambil masa 30 minit untuk buat ECHO. Bukan senang buat ECHO. Kena scan, tangkap gambar. Cari angle lain, scan, tangkap gambar, check pula bunyi jantung. LBJ sendiri mengambil masa lebih 1 jam untuk proses ECHO. Berita agak tak sedap, jantung LBJ tak berfungsi dengan optimal.Tapi LBJ masih dalam keadaan ok.

Baring di katil ECHO sambil tengok MA buat scan. Tapi satu pun LBJ tak faham. Ya la, gambar hitam putih, ada graf bagai. Hanya MA yang faham.

LBJ siap di ECHO dah pukul 3.10 petang. Lepas itu, kena pergi ke Klinik O&G untuk Combine Cardio. Di sana LBJ jumpa balik doktor yang pernah LBJ jumpa beberapa bulan lalu. Alhamdulillah kandungan ok.

Lain-lain details LBJ tak boleh nak catatkan di sini, sebab LBJsendiri tak faham terma-terma medical kan.

Dan Setakat ini dulu catatan kali ini. LBJ perlu berehat. Semoga Allah berikan kesihatan baik dan sempurna kepada LBJ dan anak dalam kandungan ini. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan