7 Tips Mudah Tidur Semasa Trimester Akhir

Assalamualaikum.

Copy Paste dari FB
Sumber :  https://www.facebook.com/FamiliFitrah/



Set Masa Tidur

Sebaiknya, tidur lah sebelum pukul 11 malam supaya kita dah memasuki paras tidur lena pada jam 12 malam. Jam 12 malam-2 pagi adalah masa badan kita membaiki badan.

Setkan jam pada pukul 10 malam untuk mengingatkan kita supaya tidur awal. Jika tidur pada masa yang sama setiap malam, badan kita akan lebih mudah tertidur. 

Untuk bangun subuh pukul 6 pagi, paling lewat tidur jam 11 malam.
Sebaiknya tidur jam 10 malam supaya dapat bangun sebelum subuh untuk bertahajud. Jika mengamalkan solat sunat tahajud, taubat dan hajat insyaAllah akan lebih dipermudahkan lagi proses bersalin nanti.



Tidur Mengiring

Tidur mengiring dapat megurangkan tekanan pada salur darah yang mengembalikan darah ke jantung. Dengan tidur mengereng sebelah kiri, kita dapat bernafas dengan lebih mudah. Salur darah tersebut berada pada sebelah kanan kita.

Letak bantal di celah kaki dan juga dibelakang untuk support. Boleh juga gunakan bantal yang direka khas untuk ibu mengandung.



Kurangkan minum air 2 jam sebelum tidur

Semasa mengandung kita digalakkan minum air kosong minimum 2L satu hari. Minum sedikit-sedikit sepanjang hari. Tapi lebihkan kepada siang hari. Selepas Isya, kurangkan minum air supaya tidak perlu kerap ke tandas semasa waktu tidur.



Gelapkan bilik

Hormon Melatonin mengawal kitaran tidur dan bangun kita. Cahaya mempengaruhi kadar melatonin dalam badan. Gelapkan bilik supaya badan kita bersedia untuk tidur. Sebaiknya masuk bilik setengah jam lebih awal daripada masa tidur.



Berhenti tengok skrin 2 jam sebelum tidur.

Skrin samada handphone, ipad, laptop, computer atau TV memancarkan cahaya yang membuatkan kita untuk lebih sukar tidur.

Untuk mudah tidur, elakkan penggunaan gajet berskrin pada malam hari.



Alunkan ayat Quran/bunyi alam/musik

Alunan ayat Quran, bunyi alam seperti bunyi angin, ombak dan serangga, dan musik yang lembut membuatkan kita lebih relax.

Badan dan minda perlu relax sebelum tidur untuk memudahkan tidur. 

Berhenti membuat list atau planning apa-apa di dalam fikiran kita. Benarkan badan dan minda untuk berehat. Dengar sahaja alunan itu.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

TERKINI : Sarang Burung Walet Untuk Dijual.

Eh Eh... Orang Kampung saya laa